air mata kucing.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, saya dan abg aleh bwk anak2 ke klinik, utk check-up Ali Nufail, 3 bln. sementara menanti misi panggil, abg aleh bwk nawal minum kat kedai sebelah klinik.

nawal : ayah, tu ayaq apa?
ayah : oh, itu ayaq mata kucing. (sbb kat tong air tu tulis camtu.)
nawal : ha? kucing mana? tadak pun? (sambil tunjuk tong air tu.)

ayah dia ketawa. mcm mana nak bgtau pasal air mata kucing kat budak umo 2 tahun 4 bln ni? saya taktau apa yg ayah dia crita kan lps tu.

balik rumah ptgnya, nawal tgk kucing di luar rumah.

nawal : ummi! ambik kucing, buh alam ayaq. ayaq mata kucing. hehehe

hahahaha! matiklah. dia suruh ambik kucing buat ayaq.

kena beli buah mata kucing ni, kenalkan kat nawal yg semakin petah dan suka bertanya.

update Ali :

:: sudah 6.1 kg. itu berat nawal masa 6 bln. mantap anak lelaki ummi!
:: masih fully breastfeeding. alhamdulillah.
:: dah mula terima botol, yeah,practise makes perfect. saya berdoa tanpa henti, sampai sms kinah utk berdoa di Mekah. thanx Kinah!
:: belum pandai meniarap,masih berusaha ke arah itu. tp hisap jari tu biasalah. misi ckp mmg baya dia suka hisap jari.

apa lg hah? oh ya, Ali makin ramah skrg, suka senyum dan berbual.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::