:: Kelahirannya adalah rahmat dan ujian ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Semua yang berlaku adalah takdir dr Ilahi.

Saya selamat melahirkan Ali Nufail tanggal 5.27pm, Isnin 11 July 2011 secara normal setelah 24 jam bertarung dgn kesakitan. dan hampir 5 jam dlm bilik bersalin. Rezeki saya agaknya. tak apa,kifarah dosa. :)

bila saya berjaya pushkan Ali keluar, Ya Allah, hanya Engkau sj yg tahu betapa saya lega sgt2. berkali2 alhamdulillah keluar dr mulut saya.tp aneh, bayi saya tidak menangis. semua org panik. dgn segera bayi saya dirawat, dipasang tiub, dan entah apa lg. misi sempat tunjukkan saya bayi sekejap saja, sbb dia perlu diselamatkan segera.dia tidak lemas, dia tidak tertelan najis. tp entah kenapa paru2nya sgt lemah utk berfungsi.

akhirnya, baby Ali ditempatkan di ICU, kerana tekanan udara/oksigen dlm paru2nya sgt rendah. maka sejak dr awal, tiub dan ubat-ubatan menjadi sebahagian dr dirinya.Doctor tidak menjanjikan apa2, kami diminta utk bersedia atas sebarang kemungkinan. kata mereka, anak kami dlm keadaan kritikal dan sgt tidak berdaya. hati ibu ayah mana yg mampu mendengar kata2 ini? luluh hati kami dibuatnya. saya dan abg aleh hanya mampu menangis tersedu2. anak lelaki yg kami nantikan penuh debaran sejak 9 bln yg lalu, tak dpt kami kucup dan peluk lg..










apa lagi yg perlu saya katakan..saya redha  dgn ujian ini. Allah kurniakan saya anak, dan saya diuji dgnnya. saya pasrah. namun doa saya tidak putus utk kesihatan dan kesembuhan Ali..Allah maha Berkuasa. Segala keajaiban adalah milikNya..

satu2nya gambar Ali yg saya ada,itupun atas ihsan adik angkat saya, Dr Lisa yg bertugas di hosp.

kata2 dr seorang sahabat saya yg selalu jd kekuatan saya :

Subhanallah..aku x mampu nak call hang..lbh baik sms ja..nnt aku takut aku pulak yg x stabil..satu hari ni aku asyik mintak semua org doakan baby hg..tapi dlm hati aku,walau apa pun yg terjadi,aku yakin baby ali adalah seorg baby yg amat istimewa..dari janin lagi dah sampai ke makkah..dah ikut ummi nya buat haji..dan cukup kuat menempuh dugaan sewaktu di tanah suci..sikit pun darahnya tak tumpah walaupun umminya sibuk ke sana sini..dan ditakdirkan oleh Allah utk jadi bayi lelaki pula :) insyaAllah,bayi ni akan membawa rahmat buat ibu ayahnya sekeluarga..apapun yg terjadi,percayalah yg itulah kehendak Allah buat hampa..kuatkan semangat,dekatkan diri dgnNya..dan yakinlah dgn kekuasaanNya!


terima kasih kawan, kata2 ini benar2 buat aku kuat!

utk semua, tolong doakan kesejahteraan anak saya. amin!

Comments

elmo chemo said…
Yang tabah ya kak.
Nihlah Insyirah said…
Semoga Allah memberikan yang terbaik buat Riena sekeluarga. Benar kata Sarah, Ali sangat istimewa. Semoga Riena sekeluarga tabah menempuh ujian ini. Allah sayang kamu. La tahzan Riena!
MyzwaR said…
Aku mendoakan kesejahteraan Ali Nufail utk kembali di pangkuan ummi & ayahnya.. dan membesar dgn sihat menjadi anak yg soleh.. ameen.. ameen.. ameen..
sarah sofian said…
Aku tumpang doa mizwar: Ameen!! :)
p/s: moga Allah mengekalkan persahabatan kita semua! Ameen!! :)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::