hari bapa utk ayah (ke utk kami?)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

ahad semalam, hari bapa kan..saya dah ajar si nawal wishkan ayahnya "slmt hari ayah" - dan dia ckp "amat ayah" - jadilaahhh...

disebabkan semalam tiada apa2 plan cth spt : bwk mak mentua ke kenduri @ balik kg petani bertemu buah hati (ma saya lah), maka abg aleh telah membuat plan spontan dgn mengeluarkan ayat "jom p mandi sungai,nak??"

nawal bila dengar je ayahnya sebut mandi sungai,dia terus melompat2. sejak dia belajar mandi sungai di rumah mak saudaranya di Sik, mmg dia sgt suka dgn aktiviti tu. dah 2x dia mandi sungai di sana, sebut ja mandi sungai mesti dia ceria bercerita bagaimana dia menyelam,air sungai sejuk mcm2 lagi lah.

keluar rumah jam 10 pg, mula2 ke kubang ulu, ziarah mak lin dan juga bertemu adik bongsu kesayangan yg pulang bercuti dr UK. Alhamdulillah,Khairani selamat tiba di rumah sabtu lps, makin kurus plak dia. makanan kat sana mahal,walaupun barang2 lain murah. duit kita pun mahal sgt. 2 pound = rm10 lbh kurang lah. kalau tukar RM1000 dpt 200 pound je. Nawal dpt ole2 sehelai gaun dr makciknya, bakal baby pun dpt baju 2 helai dan 3 botol susu. (3 botol susu = 4 pound.murahh gila. non-BPA) saya dpt handbag spt yg saya pesan (bila pesan kena bg duitlah.kesian plak adik kena bayar mahal). happy sgt tgk handbag,akhirnya merasa jgk handbag original dr oversea. harga cuma 15.99 pound. terima kasih suami sbb bayarkan. kekekekeke. abg aleh dpt casing blackberry dia tu,sengih2 ja dia.katanya kat penang payah nk dpt,kena cari di KL,tu pun susah nak jumpa.

mula2 selesaikan kerja abg aleh dulu, beli brg2,kad top up,masukkan e-reload, hantar ke kedai dulu, baru kami bertolak ke Kulim, ke hutan lipur Ulu Paip. abg aleh ajak ke Sedim, tp saya rasa jauh sgt,buang masa ja.lgpun yg nak mandi sgt si Nawal tu sj. bkn dia tau beza ulu paip dan sedim,asalkan ada air sungai, dah kira ok dah utk dia.

 dalam kereta, tunggu ayah setelkan kerja. pantang je seat driver tu kosong, mesti dia nak dok situ.

 atas kereta,on the way ke pdg serai,kedai ayah. masa ni dia dah mengantuk,tp tahan mata takmau tidor. dia ckp "nak andi cungai"

sampai je di sungai, tak menyempat2 dia. sampai ayahnya nak mkn nasik pun dia merengek2 suruh ayahnya bwk dia ke dlm sungai. tak sabar2 dah. nasik pun mkn 2 suap je.

*pic abg aleh kena edit sbb seksa sgt. haha!

anak dan ayah berendam. ummi dok tepi je. tak kuasa nak mandi sungai sbb malas nak salin baju. lagipun nak elak dr apa2 bahaya. malang tak berbau kan? jd saya cuma penonton setia. seronok tgk suami dan anak gembira. hilang gundah gulana di hati.

naik je kereta, nawal habiskan sebotol susu, terus lena hingga ptg. letih betul dia. suami ke kedai, kerja. tinggal kami berdua di ruma ma. ma takda balik kelantan. sunyi betul rumah bila tiada org tua.

happy father's day, ayah. walaupun sbnrnya ayah yg raikan kami. *bayarkan handbag ummi dan bwk nawal mandi sungai. TERIMA KASIH byk2..

dan Al-Fatihah utk arwah ayahanda. slmt hari ayah. moga ayah tenang di sana. kesian adik blk rumah dah tiada ayah yg menanti.
:(

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...