Thursday, 23 June 2011

:: Aisyah Nawal is 2~!! ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

23 Jun 2011 : Masa berlalu pantas. puteri sulong kecintaan saya sudah mencecah usia 2 tahun. ya, baru 2 tahun. jauh lagi perjalanan utk saya dan ayahnya dalam membesarkan dan memberi didikan utknya.
Nawal - 23/6/2009 : hari pertama menjengah dunia.

                                                     ini nawal umo setahun - 23/6/2010

rasanya tahun ni takde celebration sampai 3x mcm tahun lps.
ummi pun tak larat nak bwk bdn.
mungkin kita mkn kek je kot.
insyaallah, tahun dpn mungkin.nawal pun dah besar skit.

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, Nawal akan ke nursery bulan depan. mulai 1 julai. ia sebagai langkah pendedahan awal utknya berkawan dan bersaing dgn rakan-rakan sebaya. moga lebih byk potensi dirinya akan terserlah lps dia masuk 'sekolah'.

dear Nawal sayang,
selamat hari lahir yang ke dua,sayang.. ummi dan ayah tak mampu utk hadiahkan nawal apa2 permainan dr gedung permainan terkemuka. juga tak mampu anjurkan parti harijadi yg gah yg dihadiri oleh ramai org. ummi dan ayah cuma mampu doakan nawal supaya membesar sbg anak solehah, yg menyenangkan dan membahagiakan hati kami semua. selamat menjadi kakak yg baik, yg dpt menjaga dan melindungi adik2 nawal nanti. terima kasih kerana membahagiakan ummi dan ayah selama ini.semoga nawal terus memberi kebahagiaan hingga akhir hayat kami. amin..
ummi dan ayah janji sayang, selagi masih ada hayat kami, insyaAllah, ummi dan ayah akan berikan kasih sayang yg tak berbelah bagi utk nawal. nawal permata hati kami, cahaya hati kami. nawal adalah harta kami yg paling berharga dunia dan akhirat. Aisyah Nawal adalah "anugerah kehidupan" yg paling tinggi nilainya utk kami. Terima kasih Ilahi atas anugerah ini..

selamat hari lahir syg. semoga Nawal terus membesar dgn sihat dan bijak. nawal anak baik. nawal anak cerdik. ayah dan ummi sayang nawal, tiada tolok bandingnya. amin.

love.
Ummi, Ayah & adik.

happy birthday my dear!!


special video from Nawal. *maaf kualiti gambar gelap. suara ummi sj yg over.

video


3 comments:

Nihlah Insyirah said...

happy birthday Nawal. Semoga menjadi anak yang solehah kebanggaan Ummi dan Ayah:)

RieNa said...

amin! trima kasih aunty + uncle!

shaliza said...

Happy birthday Nawal...

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...