38 weeks & 1st day nawal @ school..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


kalau ikut due, mmg tak lama dah. tinggal 15 hari lg. Sungguh, anak kedua ni lg berdebar2 berbanding yg pertama. sbb kita dah boleh jangka, nk jd mcm mana, apa tanda nya, bila, di mana. kalau yg sulong dulu, saya start sakit di rumah lahar yooi, keluar tanda darah, dan terus menuju ke hosp. kali ini mcm mana pulak? adakah saya akan start sakit di pejabat? atau di rumah ma? atau di rumah sendiri? adakah saya akan pecah ketuban? atau keluar darah?atau saya akan "dipaksa' beranak dgn masuk ubat? haih, bila pikir benda2 ni, rasa sgt susah utk lelapkan mata. sampai termimpi2.

betul, serahkan semuanya pd Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk saya. saya cuma perlu bertenang dan banyakkan berdoa. skrg ni kalau rasa leka skit utk solat,cpt2 kena sedarkan diri. kena solat awal waktu,mana tahu kalau saya sakit sblm saya solat, kemudian jd apa2 pd saya, kemudian tak sempat solat,bagaimana saya mahu menghadapNya nanti? TAKUTTTTTTTTT OK!

semalam dpt MC, sbb kena buat BSP. alhamdulillah, result ok mcm biasa. jumpa doc di hosp bm smlm pun dia kata no problem, kalau sakit cpt2 gi hospital.

tolong doakan saya. walaupun berdebar, tp saya tak sabar. Nawal pun hari2 cium perut sambil tanya bila adik nak keluar. hoho~!

ohh ya..sebut tentang nawal, dia ada cerita utk kalian.

Assalamualaikum semua~!!
lama nawal tak crita kat blog ummi ni kan? ummi tu dah kena penyakit malas update blog. dapat tulis seminggu sekali pun dah kira rajin sgt. hehe. sorry kalau ada yg merindukan nawal. ecewah,perasan betul nawal ni. mcm nawal selalu ckp kat umi lps nawal pakai bedak umi, " mi,awa atai dak mi, awa omey dak? " - ummi senyum2 je jwb,"ye, nawal comel syg. perasan lah nawal ni." hahaha!! 
       sebenarnya nawal nak crita, semalam nawal dah mula pegi skolah. umi ckp itu sekolah,tp bila nawal pegi, ada byk mainan, ada ramai kawan. mmg sekolah byk mainan ke? seronok lah nawal. mula2 umi hantar, nawal salama umi dan ayah, nawal cium pipi umi, nawal ingat umi nak ikut nawal sekali, tp umi boleh patah balik pegi dekat kereta. nawal menangis lah. nawal tarik baju umi. nangis2 mintak umi ikut nawal sekali. umi pujuk nawal, ayah pun pujuk nawal jgk. ada cikgu kat situ pimpin tgn nawal,bgtau kat dalam ada ball, ada kawan nak main dgn nawal. nawal tgk ada sorang kwn baya nawal tgk je nawal kat pintu, malu plak rasanya. terus nawal diam dan ikut cikgu masuk dlm rumah. 
           masa ramai2 dlm rumah, cikgu suruh semua org duduk. nawal tgk semua duduk, nawal duduk lah jugak. cikgu bagi semua org biskut. tp bila sampai kat nawal,cikgu tanya nawal nak biskut tak? nawal geleng2. cikgu letak jugak biskut atas riba nawal. tp nawal baling biskut tu. terkejut cikgu. sorry! nawal mmg mcm ni. kalau nawal tak nak apa2, kalau org bg jgk, mmg nawal baling je. ummi ayah selalu marah kalau nawal buat mcm ni. tp entahla, nawal harap nawal boleh buang tabiat ni. nawal byk tgk je kawan2, malu lg kot. esok2 mungkin nawal berani sikit. 
         ummi datang jemput nawal jam 12.30 tengahari. masa tu nawal tgh main bola dgn sorg kawan lelaki. ummi tanya mana kawan2 lain? ramai yg dah tidor masa tu. ada yg tunggu cikgu hidang makan tengahari. tp nawal lebih suka buat hal sendiri. sebelum balik,nawal ambik beg, nawal salam cikgu, dan balik dgn ummi. 
         petang,nawal tidor dgn ummi. bahagianya. (ummi yg terlebih bahagia sebenarnya.hehe) bila bangun tidor, nawal ckp kat ummi," mi, awa nak p olah lagi." ummi senyum je,ummi ckp esok pulak, nanti ayah hantar. nawal kena bangun awal dan mandi mcm hari ini. nawal senyum dan ckp "oke!" 
         itulah crita nawal utk hari smlm. utk hari ni, nawal bukak mata je, terus sebut nak pegi sekolah. ayah mandikan nawal, ummi pakaikan baju merah kat nawal,ikatkan rambut nawal. nawal minum milo dan mkn biskut, sebelum pegi skolah naik motor dgn ayah. hari ini ummi jemput nawal petang,lps ummi blk kerja. tak apa, nawal boleh tunggu ummi kat skolah.
nawal seronok, ummi ckp, nawal dah besar. dah jd kakak. nawal budak baik dan dengar kata. nawal harap nawal boleh senangkan dan bahagiakan hati ummi ayah sampai bila2. amin.
ok, itu je kot. nanti nawal crita lagi. tata!

(adeii..penat ummi taip.)

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...