Friday, 20 May 2011

check-up 32 weeks

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, genaplah kandungan saya 32 minggu.
hmm..dah 32 minggu saya jejak kaki ke Mekah.
rindunya kaabah.
masjidil haram.
masjid nabawi..
seronoknya abg cik afif dan ili, (diorang ada kat sana skrg,ikut kakak dan abg ipar saya mengerjakan umrah)

eh nak crita pasal apa ni?

semalam, saya buat check-up dgn doc pakar di hosp BM.
alhamdulillah. semua baik2 saja. baby dah 1.7kg. air ketuban pun ok (tak mcm masa pregnantkan nawal dulu)
gula dlm darah pun ok,masih kena control diet.takpa,small matter je tu. kurangkan nasik.kurangkan makanan manis. berat pun tak naik byk. ngam2 sj naik 1kg dlm 1 bulan.
alhamdulillah,pendek kata,semua dlm keadaan baik2 saja. moga2 berkekalan hingga akhirnya.amin.

dan bulan dpn, bila cukup 36 minggu, 16/6 - sekali lg, (mungkin yg terakhir) saya perlu check-up utk tentukan samada saya boleh bersalin normal, atau perlu dibedah. Ya Allah, mulalah rasa berdebar2. takut. risau. suspen. semua ada.


barang2 baby pun hampir complete. dah siap susun elok2. tinggal tunggu ma jahit sarung bantal yg baru. walaupun saya ckp tak payah dah,yg lama masih elok,ma tetap nak buat jgk. ma kata boleh tukar2 nanti. cuma beg hospital masih belum kemas. mungkin minggu dpn kot. seronok. tp suspen. walaupun anak kedua,tp debarannya tetap sama.

Aisyah Nawal makin mcm2 sekarang. ada2 sj perangainya yg buat saya geram. mungkin sbb dia dah menghampiri 2 tahun. atau mungkin sbb dia bakal punya adik. makin nakal. makin keletah. makin cerdik. makin mcm2. pernah dia mengamuk (sbb tak cukup tidor) saya rasa geram yg amat,tp masih mampu utk tahan dr tinggikan suara mahupun memukul/mencubit dia. saya rasa kagum jgk dgn diri sendiri sbb mampu sabar (kalau anak2 sedara rasanya dah kena cubit dah. hahaha). tp sbb saya fikir kalau saya marah pun, itu tak mengubah kemengamukan dia. saya kena cari 'switch' utk turn-off kan dia punya mengamuk. itu lah yg susah.

bila saya critakan pd ma, pesan ma cuma 1 :
jgn terlalu ikut hati bila geram/marah pd anak. cuba bayangkan,kalau dia tiada dlm masa sesaat dr skrg,bagaimana kamu tanpa dia?.(tiada tu bkn maksud apa2, mungkin tiada sbb ada dgn org lain, atau pegi tido mana2, atau mcm2 lah)

betul jgk..tak sanggup..tak sanggup. jd sabarlah tangani kerenah anak.

oh ya, saya gatal mulut tanya doc, jantina bakal baby, (tak reti lah nak surprise2 nih) doc ada bgtau, tp ada ayat "tp tak gerenti aaaa.."..alahai, kalau camtu ka, kira mcm surprise jgk lah.
kalau anak perempuan,alhamdulillah. byk baju boleh dipakai,recycle dr baju kakak nawal.
kalau anak lelaki,alhamdulillah. salah satu doa saya di Mekah dimakbulkan Allah.
semoga anak sihat,selamat,menyenangkan dan membahagiakan hati. amin amin amin. Itu yg penting.

doakan kami sejahtera. amin.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...