Posts

Showing posts from May, 2011

apa crita?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

takda crita.
eh, ada crita. tgh pindah library baru,dlm uitm jgk. tp bangunan lain. lebih besar. lebih cantik. lebih selesa.
dah seminggu pindah. masih tgh ngemas barang2. lina internet takde lg. ada wifi je. tp saya takde wireless adapter tu,so takleh berinternet. padan muka. update fb pakai henset sj. bosan betul.

ahh. tgh seronok2 nak sambut baby baru, ada sj crita yg membuatkan hati gundah gulana. entah apa yg sedang Allah takdirkan utk kita. pasrah lah. berserahlah.

dahlah, nantri crita lagi. bosan.

:: it's a 3rd year! ::

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

saya suka kedai tomyam, dia suka nasi kandar.
saya suka spaghetti, dia suka mee goreng.
saya suka wayang, dia suka cd pasang kat tv.

tetapi,
dia sentiasa jd air, bila saya jd api.
dia sentiasa positif, bila saya sedang negatif.
dia umpama tongkat, bila saya tak nampak jalan.

dia suami tercinta, yg sudah 3 tahun hidup bersama dlm sebuah 'rumahtangga'.


: saya tidak tinggi dr dia, cuma tanah yg kami pijak agak berbukit : perut sama boroi, saya 6 bln masa ni, dia entah berapa belas bulan.haha!
23 Mei 2011 - 3 tahun bersama sbg suami isteri.
Semoga kebahagiaan ini berpanjangan.
Semoga lebih baik dr hari2 semalam.
Semoga lebih rukun dan damai.
Semoga lebih bertambah iman dan amal.
Semoga terus sejahtera hingga ke syurga.
Amin. Amin. Amin.

Syukur atas segala nikmat dr Allah SWT. Alhamdulillah.

(ucapan utk suami, err..tak tertulis kat sini. Kita bisik kat dia sudahla. hihihi)

Tahun ke 3, sambut bertiga. nanti tahun ke empat, …

check-up 32 weeks

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

semalam, genaplah kandungan saya 32 minggu.
hmm..dah 32 minggu saya jejak kaki ke Mekah.
rindunya kaabah.
masjidil haram.
masjid nabawi..
seronoknya abg cik afif dan ili, (diorang ada kat sana skrg,ikut kakak dan abg ipar saya mengerjakan umrah)

eh nak crita pasal apa ni?

semalam, saya buat check-up dgn doc pakar di hosp BM.
alhamdulillah. semua baik2 saja. baby dah 1.7kg. air ketuban pun ok (tak mcm masa pregnantkan nawal dulu)
gula dlm darah pun ok,masih kena control diet.takpa,small matter je tu. kurangkan nasik.kurangkan makanan manis. berat pun tak naik byk. ngam2 sj naik 1kg dlm 1 bulan.
alhamdulillah,pendek kata,semua dlm keadaan baik2 saja. moga2 berkekalan hingga akhirnya.amin.

dan bulan dpn, bila cukup 36 minggu, 16/6 - sekali lg, (mungkin yg terakhir) saya perlu check-up utk tentukan samada saya boleh bersalin normal, atau perlu dibedah. Ya Allah, mulalah rasa berdebar2. takut. risau. suspen. semua ada.


barang2 ba…

Selamat Hari Lahir, Suami..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

beliau sudah 31 hari ini.
dia pemimpin saya.
dia pelindung saya.
dia ayah kpd anak2 saya.
dia adalah syurga saya.
Insya-Allah..

abang,
ayg cintakan abg, lebih dr sejak ayg bertemu abg buat pertama kali hampir 9 tahun lalu.
maafkan ayg atas segala kekurangan.
terima kasih kerana sayangkan ayg selama ini.
semoga Allah merahmati hidup kita dunia dan akhirat..amin.

selamat hari lahir
we love you..


lots of luv, Ummi, Nawal dan baby.

Wahai puteriku..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah lama tak letak pic nawal secara pukal.
hari ni nak letak.








Aisyah Nawal sudah menghampiri 2 tahun ( 22 bulan) Alhamdulillah, dia adalah ummi's BFF.
lokasi : rumah tokyim (mak lin, rumah ayah) date : 11/5/2011 - 5.45 pm tudung : tajaan kakak nadzirah mak andam : mak teh kekekekeke

2 minggu lg.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


isk..dah dekat 3 tahun rupanya jd isteri org.
kejap saja masa berlalu.
3 tahun yg penuh suka duka.

teringat lagi kata2 seseorang pd saya dulu.

"Salleh sekurg2nya akan ambil masa 3 tahun utk berjaya (dgn berniaga sendiri)" - ini ayat motivasi ok.

tapi ni tak sampai 3 tahun lg, baru nak masuk 2 tahun berniaga sendiri. tp Alhamdulillah, saya dah nampak hasil usahanya.
semoga Allah berkati usahanya dan murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

take note :
17/5 - birthday suami.
23/5 - ulangtahun perkahwinan yg ke 3.

nak bg hadiah apa ye? hadiah baby dlm perut ni aci tak? huahuahuahua

skrg ni zaman FB lah~!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Abg Lan aa : hangpa tak habaq pun yg mak ngah abg pi meninggal isnin ari tu.

Ma : lorr..ma mintak maap, ma tak dan nak habaq. dok kalut2 nak p aloq setaq lupa nak tepon Lan.

Abg Man : tu lah, lain kali tgk fesbuk, baru tau berita terkini. org la ni tak pakai henpon2 semua ni. org pakai fesbuk ja. (dgn nada berlagak)

Lan aa : aku mana ada fesbuk !!!! (dgn nada tension)


------------------------------------------------------------------

tahun ini, dlm 5 bulan pertama ini, sudah 6 org di kalangan keluarga terdekat yg pergi menjemput seruan Ilahi.

- Ayah sendiri.
- Ayah ngah @ kedai lalat (suami sepupu)
- Tok Teh (nenek tiri)
- Mak Ngah @ alor star (ibu saudara abg ipar)
- abg pi'e (adik angkat ma)
- Bonda ayah cik @ pasir mas (ibu kpd ayah cik, adik ipar bongsu ayah)

semoga mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman. Al-Fatihah.

dah masuk 3rd trimester.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kalau sebelum2 ni, saya bayangkan apa makanan pun, saya akan terliur.
kiranya, pelawa lah mkn apa pun, semua ok sj pd tekak dan perut saya.

tp nampaknya. masuk je minggu ke 29, selera saya berubah.
saya penat perah otak utk pikir apa saya nak mkn.
tp malangnya, saya tak nampak bayangan apa2.
makanya, saya mkn apa sj yg ada, dan mkn sekadarnya saja.

moga2 berat turun sikit.
sakit pinggang sgt ni.

isnin lps saya mengurut dgn seorang kakak ni.
Alhamdulillah, rasa lega sikit tubuh. dia betulkan urat2 yg bersimpul.
mujur badan tak byk angin.

selasa smlm sepatutnya saya kena jumpa doc di klinik k.s.
tp boleh plak jd malasssssss gila nak pegi melangut di klinik.
minggu dpn lah pegi.

keja2 di library sudah makin kurang,sbb students dah mula bercuti.
tinggal buat kerja2 pejabat dan mengemas brg skit2.
kami nak pindah ke library baru bulan ini. InsyaAllah.
finally, nak pindah jgk..

ok,tu je lah mengarut utk hari ini. entah bila nak u…