Thursday, 7 April 2011

XPDC @ Sabah Part 2

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

ok meh kita sambung.

hari pertama belum berakhir, lps check in kat kondo jam 6, kami tinggalkan anak2 di rumah, sambil di awasi oleh abg aleh, kami gi pasar  mlm dekat dgn kondo, dekat pasar Philippines tu, bertujuan utk beli ikan utk masak sepanjang kami di sana.

mmg ikan fresh2, harga murah sgt. ikan selayang @ nama glemer ikan sardin, 2 kg baru rm3.
sotong sekilo rm6, kalau tak salah lah.
udang besar sekilo rm12.
ikan kayu sekilo rm3.
ikan merah sekilo rm4.
byk lagi lah.
(kakak, kalau salah tlg betulkan.)
mmg rasa nak beli bwk blk penang. hahaha!

jd mlm tu kami masak2, mkn pun puas hati. sbbnya kat sini nak cari makanan halal tu agak susah, sbb nak kenal org yg masak tu muslim ke tidak payah skit. mmg ada kedai tulis makanan islam, tp rasanya kalau masak sendiri lg puas hati kot. dgn ramai2 mcm ni.

jam 9.30 dah tidor. mmg letih sgt.

hari ke dua bermula seawal jam 5. (kan kat sabah subuh masuk awal.)
kami keluar rumah jam 7.30, dgn bekalan mkn tengahari yg siap dimasak oleh kakak dan ma.
singgah di Pasar Tamu. ohhh best gila Pasar Tamu ni, dan saya boleh  plak turun tak bwk duit, ruginya!!!
keronsang,rantai tgn, semua murah2. mcm2 ada. operasi setiap pg Ahad, sampai jam 12.30 tgh hari saja.
kalau nak beli ole2 kat sini lah tempat yg sesuai.

dok sini sampai jam 9.30 pg.



kat belakang tu lah pasar tamu.

destinasi seterusnya, ke Kudat. nak pegi hujung dunia. atau lebih tepat hujung borneo.

ok, mari kita rujuk peta sabah di entry ini.

bentuk negeri sabah kan mcm kepala anjing. kita nak pegi kat hujung telinga anjing tu. disitulah terletaknya Tip of Borneo. di hujung peta. menarik kan?
tp redahlah perjalanan selama 3 jam. dgn jalannya bkn mcm highwat PLUS kita. 


dari KK ke Kudat, makan masa selama 3 jam. tu pun kalau tak singgah mana2. dlm van masing2 riuh bercerita. yg nak tidor pun silakan lah. driver terpilih  adalah abg man, lagi. haha! 
saya cume menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. tgk rumah2 di sabah mcm mana, perkampungan mcm mana, seronok jgk.

kami singgah di Rungus Long House, nak tgk macamana rupa rumah panjang di Sabah.


  budak gumuk dgn ibunya, dpn rumah panjang.


 ma dan cucu


ummi dan nawal - rantai sudah hilang!!!!

 huhuhuhu..kat mana agaknya kamu jatuhkan rantai kamu tu, nawal syg...

 ummi dah termenung bila sedar rantai anaknya hilang..nak beli plak bkn senang oi! dah la emas mahal skrg ni.

 redhalah, dah takde rezeki anak kita - pujuk suami.

 ada 1 keluarga kaum rungus, yg menginap di rumah panjang ini. kira mcm pengusaha rumah panjang ni lah.

dan cucunya sgt comel, sbb mak dan ayah dia hensem dan cantik! org asli sabah ni cantik2 rupanya ye?

kami teruskan perjalanan ke Simpang Mengayau, daerah Kudat. nak sampai hujung borneo ni!

Pukul 1.30 kami sampai di Simpang Mengayau, dimana terletaknya The Tip of Borneo. meh tgk gambar.

  kat sini dah takleh bwk kereta. kena menapak la skit. berbukit. pregnant lady mcm saya gagah gila nak memanjat.

 Subhanallah, cantik sgt2 pantainya.

abg man kata, "abg man tak pernah tgk laut cantik mcm ni."


 kakak berada di hujung pantai.

 pandangan dr jauh..


 pantai yg jernih, tp takde org mandi, sbb nak turun tu tinggi.

 dari atas.

tgh panas bergambar dgn globe.

 dan lagi..
 dan lagi...

 kami dah sampai di The Tip of Borneo!

 sapa boleh baca ni mmg terer. sbb kelabu. hehehe




ok dah. panas terik ni. tak larat dah. takut demam. perut pun dah berkeroncong ni.
jom turun bwh skit, kita berkelah tepi pantai.



lapar..time ni masuk nasi je telan, masuk je telan. takde kunyah2 dah. hahaha!

kawasan pantai agak tak terjaga. walaupun takde sampah sarap, tp dipenuhi semak samun dan kayu2 buruk. mcm takde majlis bandaran yg jaga. tong sampah pun tak byk. anjing je banyak. 




 selepas driver kitorang aka abg man berehat, kumpul tenaga, kami memulakan perjalanan pulang. dalam pukul 3 lebih kurang.

pegi pekan kudat, solat jamak di masjid. pekan kudat sunyi lah. mungkin sbb dah petang. kebanyakan urusan semua dilakukan sebelah pg.

sampai KK jam 8 mlm. letihhhhh..nak masak pun tak larat. kita bungkus KFC saja.

ohh, mlm tu tgk ABP dgn anak2 saudara. yang dewasa semua tidor awal. saya gelak sampai keras pipi tgk usop welcha masa last tu. 
day 3 - masa utk pulang.

pagi2 takde program apa, cuma masak dan mkn baki ikan2 yg masih ada. mengemas beg2 dan anak2 sauara mandi kolam.

pukul 10pg, org2 dewasa ke pasar philippines, utk beli ikan kering/ikan bilis utk dibawa pulang.

harga ikan bilis, sekilo - rm15 (siap siang)
udang kering sekilo rm28.
dan pelbagai ikan kering ikut selera anda.

pukul 12 - check out.

dan pusing2 bandar KK sampai jam 2. flight kakak sekeluarga + ma dan abg man jam 3.30, flight saya dan keluarga jam 6.30. ok, kat mana kami nak melangut ni lps antar dorang??

ohh..mujur tuan punya van aka Kamil bg kami guna van sampai kami ke airport jam 4. lega rasanya. bolehla pusing2 lagi.





sesi melepak di pantai Tanjung Rhu. 

kami serahkan van pd kamil tepat jam 4, kamil dah siap tunggu di airport.
flight jam 6.30 tepat, sampai LCCT jam 9. 
letih tp seronok.

balik penang pg selasa jam 6.45 am, sampai penang jam 12.15pm, terus masuk kerja shift petang.

ok, sambung kemudian. ada sedikit info dan corat-coret.





2 comments:

kinna said...

besnyer pi sabah..lagu femes kat sabah adalah :"tinggi2 gunung kinabalu..tinggi2 lagi saya sayang kamu.." :)

RieNa said...

k riena siap cari lirik sbb nak nyanyi lagu tu..

tinggi2 gunung kinabalu..
tinggi lagi syg sama kamu..

:)

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...