XPDC @ Sabah Part 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Perjalanan kami ber5 (baca : saya, suami, nawal, ma dan abg man) bermula jam 6.45 ptg dr Kg Petani menuju ke BBB. sampai bangi dlm jam 11.30 mlm.

kakak bgtau esok pg kena kuar rumah jam 4.30pg. tp cik nawal dia buat perangai tak nak tido dan meraung2 sampai jam 4 pg. bygkan, saya tak tido langsung. kepala dah pusing.

tiba di LCCT jam 6.05am. flight terbang kul 6.30, dah lah kena pintu hujung sekali, F106. penat berjalan dgn kepala pening. cik nawal boleh plak dok gelak2 mcm tak bersalah. sabar je lah.

saya, abg aleh dan nawal naik flight asing dr kakak sekeluarga, ma dan abg man. flight diorang jam 8.00, so kami sampai di KK jam 9.00, menanti dgn sabar sampai diorang sampai jam 10.30 pg.

kami disambut oleh Kamil, wakil dr agen yg kakak booked kondo dan kereta. dia sudah siapkan kami sebuah van Nissan 3.0D yg boleh memuatkan 15 org, jd sgt selesa utk kami yg 11 org ni. (baca : kakak, abg pi, anak2 - ifah, syaza, afif,ili , saya, abg aleh, ma, abg man dan si kecik nawal.)

mcm ini lah rupa van tu. ok kan?



dan mcm ni lah kami di dalamnya. oklah,takla sesak sgt.


disebabkan kami hanya boleh check in jam 2 ptg, maka kami teruskan xpdc kami ke Kundasang, utk melihat gunung kinabalu secara dekat. dan abg man telah terpilih utk menjadi driver kami. keh keh keh

jauh perjalanan dr KK ke Kundasang, lebih kurang 2 jam 30 minit. jalan dia mcm nak naik cameron highlands,tp rasanya yg ni ok lg kot. sbb saya tak pening pun. hehe

sepanjang perjalanan ke sana, sikit demi sikit kita bleh lihat gunung kinabalu. subhanallah, cantik! 








walaupun masa ni jam dah hampir 1 ptg, tp cuaca sejuk  dan redup. kami berhenti di satu kawasan utk bergambar.

 saya masih dgn baju masa naik kapal terbang. mana nak cari org yg pegi panjat gunung kinabalu pakai jubah?? saya sorg je. hahahahaha!!


 sebuk sj abg man ni, org nak capture puncak kinabalu tu. haih!



 ok, 1,2,3 lompat!!! tp abg man pasaipa mcm nak terberak sj?? kah kah kah kah!!!

 ok, sekali lagi. 1,2,3, lompat!!! kalau tak mengandung mesti saya lompat jgk. hihihi



konon2 tgh angkat awan. ek eleh.

sampai di kinabalu park jam 1.30 pm. tempat ni selalu disebut org sbg kaki gunung kinabalu,tp sbnrnya kalau nak panjat gunung kinabalu, ada chek point di tempat lain utk mula. kat sini mcm kawasan rekreasi utk perkelahan atau apa2. kami lunch disini - makanan dah tapau dr KK.


lapar gila. mkn mcm org kebulur, tp mmg tgh kebulur pun.

gambar2 seterusnya adalah di kinabalu park. cuaca sejuk wpun tak sesejuk cameron.

nawal yg serabai. baju pun tak tukar,ummi dia malas buka beg.

 Suami siapalah ni yg gagah perkasa??ehem ehem!


 anak saya yg tak reti duduk diam. rantai di leher tinggal kenangan.



 nawal dan ayah ngah nya.


 abg cik afif ikat tali kasut, dia pun sebut nak ikat jgk.
 ma bersama anak2 perempuannya - si sulong dan si bongsu.



 ya, ini penaja terbesar kita, ibu dan ayah long - semoga Allah murahkan lagi rezeki kalian dan merahmati hidup kalian sekeluarga. amin. sayang kalian sepenuh hati.

 ini keluarga kecil tp besar yg besar bdn je la. haha

 nawal dan tok ma tgk apa tu?



alhamdulillah, bkn senang nak berkumpul mcm ni. tu pun ralat sbb masih ada yg tak dpt join sekali. takpa, nanti kita plan xpdc lain ok!



alahaiii!!! anak siapa ni?? sekali lg, rantai di leher tinggal kenangan.. *sedih. T_T

kami turun lebih kurg jam 3.30 ptg, sampai KK jam 6 ptg.
dan kami menginap di Mutiara Court Kondominium, bersebelahan Promenade Hotel.

kondo ni selesa, ada 3 bilik,dapur,ruang tamu, lupa nak amik gambar dlm rumah mcm mana. ada swimming pool dsb.

ok, akan bersambung pd part seterusnya. nantikan. cewwaaahh!!

Comments

elmo chemo said…
Dya pun teringin jugak lah macam ni..
Dah ramai sangat yang ke Sabah, nak pergi jugak lah..
RieNa said…
boleh2..booking tiket cpt. hahaha

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...