masa kita akan tiba..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

25 April 2011, 4.15 pm - terima panggilan dr adik, Mizah.

" k ina, mak ada tepon k ina dak?"
"takdak pun. pasaipa mijah?"
" ni, tok teh dah tak dak. baru meninggai td ni."
"innalillah..."

nada suara mijah lebih kpd kelam kabut, tidak bernada sayu dan sendu spt mana dia maklumkan saya akan ketiadaan ayah dulu. mungkin Mizah sudah cukup kuat utk terima berita kehilangan nenek @ ibu kpd emaknya.

Tok teh aka Tok limah ialah ibu kpd Mak Lin, ibu tiri saya. dan tentunya ibu mertua arwah ayah. walaupun kami tidak selalu berjumpa, namun mesranya tok teh pd saya seperti cucunya sendiri. eh, mmg cucu dia pun. :) beliau meninggal dunia pd usia 86 tahun, akibat sakit tua. Al-Fatihah buat arwah nenda.

iya, nenda meninggal betul2 selepas 2 bulan pemergian ayah. Allah Maha Berkuasa, senang sj Dia buat kejadian ini genap 2 bulan. Subhanallah.

siapa yg paling dikasihani utk pemergian ini?

kata Khairani pd Hidayah, " kesian kat kita kan..."
balas Hidayah pd Khairani, " a'ah..tp kesian lg kat mak.."

ya, Mak la yg paling kesian. kehilangan suami pd 2 bln lps, dan kehilangan ibu pula pd isnin lps. Ujian besar utk mak. Allah tahu mak kuat utk menanggung ujian ini. Moga Allah terus beri mak kekuatan, utk terus kuat dan jd kekuatan utk kami, anak2 nya. Amin.

semasa tok teh dikapankan, anak2 cucu2 ambil kesempatan ini utk mencium arwah buat kali terakhir, saya berada di penjuru ruang, ditemani Ma, berada di hujung kepala arwah nenek. Sambil mengelap airmata sendiri, saya menyaksikan kepiluan pd wajah setiap anak2 tok - mak lin, pak chaq, mak teh, pakcik bin, paksu tat, mak njang, cucu2 tok - ramaaiii cucu2 tok. semua besar panjang. yg perempuan tersedu2, yg lelaki pun sama. sungguh, kali ni takde lg yg kontrol macho, semua tak dpt lindungi perasaan masing2. bagaimana perasaan kehilangan ibu. perasaan kehilangan nenek.

dan semuanya bagai dipotretkan kembali. tatkala jenazah ayah dikapankan. mungkin ketika itu saya tak perhati org lain sgt, sbb saya cuma pandang wajah ayah, seolah2 tak nak melepaskan wajah itu pergi. mungkin masa tu org lain yg menyaksikan kepiluan pd wajah anak2 dan cucu2 yg kehilangan ayah dan datuk mereka. yg saya tau waktu itu, Afif dan Ili tak boleh cium ayah, sbb diorang menangis teruk, airmata tak berhenti, dan siapa yg tak boleh tahan airmata dr jatuh ke wajah arwah, tak eloklah nak cium arwah.

(panjang dah tulis ni,bila nak berhenti?)

hmmm..saya sudah kehilangan ayah. mak lin sudah kehilangan ibu. dan entah giliran siapa pula selepas ini. berbaktilah pd ayah ibu selagi masih ada hayat mereka. dan buatlah kebaikan sebanyak mungkin selagi masih ada hayat kita.

kerana mati itu pasti. cuma kita tak tahu bila. mungkin 10 thn lg, mungkin sekejap lg.

fuhhhh..(sambil lap peluh di dahi..)

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...