apa khabar?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

mak aiii..malas menulis blog semakin menjadi2 skrg nih.
sungguh, takde perkara menarik yg berlaku. kalau ada pun, hmmm..malas nak share.

oleh itu, marilah kita cerita yg terkini tentang mak buyung ini :

semalam gi check-up di Hosp BM. nampaknya setiap bulan saya kena jumpa doc pakar di hosp utk memantau keadaan saya dan baby, disebabkan saya melahirkan secara pembedahan utk anak pertama dulu.dan juga kerana saya ada GDM semasa mengandung kali ini. apa itu GDM? mari rujuk di sini.

saya cuma perlukan diet control, takdelah sampai kena cucuk insulin. Alhamdulillah. so setiap kali nak buat ujian BSP, saya jaga makan, kalau tak buat, tak jaga makan. hahaha! terukkan saya?
haa,apa itu BSP? saya pun tak pasti BSP itu stand for what,tp bahasa bukunya mcm ni :
Pemantauan glukosa di dalam darah dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya.
saya perlu diuji darah beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Biasa saya buat 4x sehari, di klinik kubang semang, jam 8pg, 12 tghari, 5 ptg dan 10 mlm. bukan buat tiap2 hari, biasanya sehari sebelum jumpa doc, samada doc di klinik dan doc di hospital.

panjang cerita sbnrnya utk org yg kena diabetis masa hamil ni, nak buat mcm mana.ini faktor keturunan. saya warisinya dr arwah ayah. :)

utk hari rabu, result BSP saya cantik : 4.8 , 4.8 , 4.8 dan 5.8.
jadi doc cuma minta teruskan diet control saja. Alhamdulillah.
tumbesaran baby normal, tak besar seperti yg biasa dialami oleh ibu hamil yg ada diabetis. Alhamdulillah.
baby sudah 1.2kg. (byk masa lg utk kamu membesar,sayang..)
air ketuban pun ok.
semua baik2 saja. Alhamdulillah.

oh ya, nanti bila cukup masa 36 minggu, doc akan periksa samada saya boleh melahirkan secara normal atau kena ikut tingkap jgk. disebabkan hari tu saya operate kerana poor progress (bukaan setakat 4cm shj) maka kali ini bukaan itu akan diperiksa samada boleh sampai 10cm atau mmg ditakdirkan setakat itu sj. jadi kalau mmg tak boleh, kita boleh pilih tarikh utk di operate. fuhhhh..dengar pun dah meremang bulu  roma. takutnyaa..semoga Allah permudahkan jalan utk saya. sungguh saya nak bersalin normal. moga Allah izinkan.amin!

jantina? saya malas nak tanya doc,since dia pun tak ckp apa. saya dah discuss dgn abg aleh, kami nak surprisekan jantina baby kali ini. tentu seronok,kan? :) samada it's a boy @ girl, kami terima dgn lapang dada. semuanya adalah anugerah Allah yang sgt disyukuri. cuma nama kena ready utk kedua2nya. baju kita pakai baju kakak nawal saja. pink pun pink lahh...hahaha! baju baru mungkin sehelai dua sj, utk pakai gi klinik.

dan kos utk akikah, kena ready utk 2 ekor kambing. :)

semalam sudah masuk 28 minggu, suda 7 bulan. weehoo~!! (sambil lap peluh di dahi)
pantas masa berlalu, tak lama lg je nak sampai 36 minggu. lps tu kita check, lps tu kita tgk, samada tunggu sampai baby nak keluar, atau kita pilih tarikh utk keluarkan baby. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk saya.
tamat cerita tentang mak buyung.

-----------------------------------------------------------------------------------------

cerita tentang si Aisyah Nawal pulak.

dia sgt talkative, well, u know lah kan mewarisinya dr siapa. hua hua hua!
suka bertanya, "ni apo? tu apo?"
suka ajuk percakapan. so senang nak ajar dia sebut apa2 perkataan atau word.
selalu ajar dia baca doa, baca ABC, alif ba ta. sbb dia mahu mengikut.
jgn ajar bukan2, sbb dia senang nak ajuk. so,kena hati2.
kalau ada je yg cuba nak ajar ayat2 yg saya tak berkenan, cepat2 saya twist balik. penat jgk buat nih.

dah pandai berckp dlm 1 ayat. cth : umi, nak atan acik ngan ayoq.
translate : ummi, nak mkn nasik dgn teloq.
byk perkataan dia suka letak huruf A kat dpn. cth : teloq jd ayoq, sayoq pun ayoq jgk. kak long jd ayong, ibu jd abu, pempes jd apeh,tv jd abi, apa lg ntah,byk jgk lah.

pendek kata, kena dgr betul2 apa yg dia ckp. boleh konpius.

suka berkawan, suka baby, suka mkn, main. berat cuma 11 kg sj. tp lenguh jugak mendukung.
selalu cium adik (sbnrnya cium perut ummi sj. hahaha..sweet betul!)
suka buat muka comel bila kena marah.
suka mengamuk nak ikut ummi/ayah setiap kali kami nak keluar bekerja.
oh ya, kan ada iklan yg susu ada byk gula kan? nak beli anmum x mampu lg, so saya cuma kurgkan susu dlm sukatan setiap kali bancuh, dan nawal minum tanpa byk songeh. lega rasanya. dia tak perasan ke susu tu tawar skit? hohoho. bagus nawal, kamu mmg anak baik,yg selalu senangkan hati ummi.

dia lah kwn baik saya skrg, dah boleh ajak dia tgk wayang, sbb hari tu bwk dia tgk crita Cun yg Maya Karin dan Remy Ishak tu, dia so behave. nanti boleh bwk lg,kita tgk Nur Kasih plak ye!

oklah, crita dah habis. kita tamatkan dgn gambar 2 beranak yg bajet comel. hahaha!!

Comments

MyzwaR said…
start solat hajat dr skrg supaya dipermudahkn urusan bersalin secara normal.. insyaAllah, Allah mendengar rintihan hamba2NYA.. jika sebaliknya.. percayalah, Allah lebih mengetahui apa yg tebaik utk kamu..:)
si Qish...dah 12.5kg....tembam gitu....banyk cakap jugak...tapi sha tak faham langsung...hahaha...sha doakan na leh bersalin normal...insyaAllah.....

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...