nurse cucuk kat mana? - kat sini!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selama ni, dok tgk dan tumpang risau bila anak2 org lain kena warded. kasihan kalau anak kecil jatuh sakit dan kena dok spital. rupanya anak sendiri pun kena jugak. jd, merasa lah. dunia ini ibarat roda, dan kesakitan itu tanda Allah sayang.

selasa 15/3/2011 - pg tu saya tidak ke pejabat, mmg dah berniat nak mc, akibat dr rasa tak selesa di pinggang lps jatuh terduduk tu.  pukul 10.30 pg, keluar rumah dan ke kg pelet rumah kakak ipar, nak tinggalkan nawal kat sana sementara saya ke klinik. setengah jam sj urusan saya, dpt mc, terus balik kg pelet. rehat2 dgn anak2 saudara, nawal mintak susu, lps selesai sebotol, tiba2 dia muntah. habis toto makngah nya.

 masa tu jam 12 pm.

saya agak perutnya masuk angin, sbb pg dia cuma minum susu, mkn keropok yg tok yam goreng, dan air kotak di rumah tok yam. jd pukul 12.30 saya bg dia mkn nasi, byk jgk. sbb dia mintak tambah.

pukul 1.30pm - nawal muntah lg.

pukul 4.30 pm - muntah lg.

isk, dah 3x ni. mesti ada yg tak kena. kak ilah (kakak ipar saya) gesa saya utk bwk nawal ke klinik. biar doc tgk apa yg tak kena. pukul 5, saya ke klinik, nawal muntah lg atas kereta. minum air masak pun muntah. haih.

doc ckp mungkin keracunan, sbb saya tak dpt bg specific apa yg nawal mkn, saya rasa takda yg mencurigakan. doc masukkan ubat ikut punggung, dan ubat mkn.

balik dr klinik, nawal muntah lg sebanyak 4x sampai jam 2pg. dia dah lembik, berdiri pun tak larat.


Rabu 16/3/2011 - pg ni nawal nampak ok, saya pegi keja jgk, sementara ayahnya ada utk tgkkan dia. tok yam bg mandi daun apa-ntah, kot2 anak saya kecacingan, ayahnya nawal masak nasi suapkan anaknya mkn. ok,dia mkn byk jgk. mcm ok lah. jam 11, abg aleh hantar nawal ke rumah kg petani, anak2 saudara saya ada utk jaga nawal. dgn pesanan, kalau nawal muntah, cpt2 sms saya.

jam 12 pm, afif safwan msg "acik,nawal muntah lg.banyak."

ish, ini tak boleh jd. saya minta half day dgn bos.  nak bwk nawal g spital. jam 2 saya dan suami bwk nawal ke hosp BM, unit emergency minta saya ke unit pesakit luar, sbb dia tgk nawal mcm ok. takpelah, menanti lah saya dan suami utk jumpa do, mujur nawal tak muntah time ni. dia cuma terlepek saja. spt gambar di bawah.

kesian kan?kalau budak tak reti dok diam tiba2 lembik mcm kain buruk.

cuma saya yg muntah. mungkin penat, barangkali.

pukul 3.15pm - masuk bilik doc. ok, anak saya mmg kena tahan wad. kena masuk air, dan buat ujian makmal utk beberapa perkara. apa2 ajalah, asalkan anak saya sihat semula.

jam 5 ptg,- nawal kena cucuk utk masuk air, masa dia meraung2 bagai nak runtuh wad kanak2 tu, terdetik dlm hati saya menyesal sbb bawa nawal ke hosp, kesian dia kena cucuk. kenapa lama sgt ni? kenapa dia meraung tak berhenti?

rupanya, urat di kedua2 tgn nawal tenggelam dek terlalu byk muntah. usaha nurse cucuk di kedua tgn takde hasil, yg ada bekas dan raungan nawal. last2 cucuk kat kaki. kesian anak aku oi!! saya cuma positif, tak ada nurse yg sj nak sakitkan bebudak, nurse pun ada anak, dia pun tak nak nurse lain sakitkan anak dia. tak apalah nawal, nasib kamulah. ummi minta maaf atas apa yg jadi.


 lepas sesi raungan yg sgt hebat, nawal lena utk 2 jam. bila dia jg dan teringatkan kena cucuk, mula lah berbunyi balik, mcm mengadu nasib la lebih kurg. bila tanya misi cucuk kat mana? laju dia jawab,"kat sini" sambil tunjuk tgn dan kaki dia. nampak je nurse dtg dekat, terus dia menangis lompat dekat saya, trauma kena cucuk agaknya.

 mlm, sebelum tdur, nawal nampak ok, dah mula berckp, mau mkn, dan minum. susu dia tak nak lg.

tidor mlm yg lena, sbb nawal lena, dan saya pun lena wpun beralaskan kerusi malas. jadilah.
 syukurlah dr kena tidor letak kepala kat katil anak. lg seksa dgn perut besar ni.



                      nawal sengih dan mula pot pet pot pet. mcm tak sakit. nawal, kamu ni berlakon ke?

Khamis 17/3/2011 - abg aleh dtg hospital pukul 8,nawal nmpak lebih baik dr semalam. dah takde muntah atau cirit. pg2 dah mintak nasik.saya tinggal nawal kejap utk ke opis amik GL dan amik mak mentua. tok yam dah nangis bila tau cucu kesayangan masuk wad..

pukul 2, doc tgk nawal dah ok, mau mkn, mau minum susu abis sebotol.mkn byk, kencing berak ok, ceria, so, kita bleh discaj! yeay!

ops, ada masalah lg rupanya. dlm ujian kencing nawal rupanya ada kuman, so kena amik lg sekali sample kencing nawal kot2 yg amik awal td bermasalah. sekali lg nawal meraung akibat dr amik sample kencing secara paksaan (amik pakai wayar tu, bkn tunggu dia kencing kemudian tadah). alahaiii...simpatinya ummi..

doc ckp, bleh blk dulu, tp kalau betul urine nawal ada kuman, kami kena bwk dia ke hosp a.s.a.p.

so, pulanglah kami ke rumah jam 6.30 ptg hari khamis.

saya bekerja mcm biasa hari jumaat.

nawal dah sihat spt sediakala.

dan sehingga ke hari ini, masih tiada panggilan dr hosp. dan saya harap moga ujian urine nawal yg 1st tu salah. sbnrnya urine dia takde kuman. harapnya lah. amin.

sekian cerita dr saya yg panik dan cuak bila anak sakit.

info:
1. punca nawal muntah adalah dr air kotak. sbnrnya air kotak tu dah dibuka pd hari isnin, tak disimpan dlm peti, dan pg selasa nawal sambung minum. saya tak tau perihal air kotak tu. bukan salah siapa2, benda dah nak jd, moga boleh jd iktibar.
2. di hosp, darah, najis, urine nawal di uji utk kenalpasti punca penyakit. dan rumusan, ia adalah keracunan.
masuk air garam skit, dia dah ok. 
3. terima kasih pd Dr Sarah Nur Alya dan Dr Nurullisa Rashid atas nasihat dan gesaan supaya saya cpt bwk nawal ke hosp. info dr kalian sgt berguna.
4. jutaan terima kasih atas doa semua di FB sepanjang saya update tentang nawal masa di wad. kalian mmg prihatin. terima kasih byk2.

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::