Posts

Showing posts from March, 2011

bercuti? mcm tak percaya.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sbnrnya saya ni takde istilah cuti2 malaysia dlm hidup saya..
i mean yg selalu org lain buat, dlm setahun mesti ada pegi mana2. well-planned, bajet semua mmg dah siap allocated.
cuti2 bg saya biasanya balik kg di Kota Bharu, ke rumah kakak di Bangi, atau mana2 tempat menziarahi saudara-mara.
atau, rehat2 di rumah saja.

tapi bila Januari hari tu, kakak saya ajak,
jom! kita p Sabah nak?
bila?
awal bulan 4 nanti.
hmm..mcm seronok je. nanti tanya abg aleh.

abg, kakak ajak p Sabah. Kak book tiket semua, kita bg duit je kat kak.
hmm..bila?
awal bln 4.
boleh jgk.

makanya, yeay!!!

so dr bulan 1, saya dan suami dah mula menyimpan. iyala,nak bercuti tentu mkn belanja besar, dan kami ni bkn ada gaji riban2. semuanya kena dirancang dgn baik.

dan Alhamdulillah. harinya bakal tiba. walaupun agak khuatir dgn cuaca dan keadaan semasa, kami serah semuanya pd Allah Taala. Hanya pd Dia kita sandarkan segala doa dan harapan,moga diberi perlindunga…

sedang mengidam ..

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

pulut durian

lamb chop

tapi kenapa payah sgt nak tercapai hajat? ada saja aralnya. huhuhu

sabar.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sabar itu sebahagian daripada iman.

nurse cucuk kat mana? - kat sini!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

selama ni, dok tgk dan tumpang risau bila anak2 org lain kena warded. kasihan kalau anak kecil jatuh sakit dan kena dok spital. rupanya anak sendiri pun kena jugak. jd, merasa lah. dunia ini ibarat roda, dan kesakitan itu tanda Allah sayang.

selasa 15/3/2011 - pg tu saya tidak ke pejabat, mmg dah berniat nak mc, akibat dr rasa tak selesa di pinggang lps jatuh terduduk tu.  pukul 10.30 pg, keluar rumah dan ke kg pelet rumah kakak ipar, nak tinggalkan nawal kat sana sementara saya ke klinik. setengah jam sj urusan saya, dpt mc, terus balik kg pelet. rehat2 dgn anak2 saudara, nawal mintak susu, lps selesai sebotol, tiba2 dia muntah. habis toto makngah nya.

 masa tu jam 12 pm.

saya agak perutnya masuk angin, sbb pg dia cuma minum susu, mkn keropok yg tok yam goreng, dan air kotak di rumah tok yam. jd pukul 12.30 saya bg dia mkn nasi, byk jgk. sbb dia mintak tambah.

pukul 1.30pm - nawal muntah lg.

pukul 4.30 pm - muntah lg.

isk, …

mak anak - dua2 sakit.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

rentetan dr kejadian saya jatuh terduduk isnin ptg yg lalu, alhamdulillah, selepas check dgn doc, semua baik2 saja. cumanya lps ni saya nak p berurut jgk, takut jgk kalau uri di bawah. tak nak lah kena rest in bed sampai bersalin. at the end, kena operate. uwaaa!! tak nak tak nak.

jd semalam saya MC.

dan tak semena2, nawal pulak muntah2. mula dr jam 12 tgh hari, sampai ke tgh mlm. bila dah masuk 4x muntah,ptgnya pukul 5 saya bawa ke klinik. doc masukkan ubat ikut punggung, sampai ke mlm dia muntah. minum air masak pun muntah, kesian betul tgk nawal tak bermaya. lembik je.

capeknya bila diri sendiri tak larat, kena handle anak tak sihat. dugaan. ini hadiah dr Allah.
tgh mlm, entah pukul brapa saya terlelap. bangun pg suami bgtau nawal muntah pukul 2 pg semalam. nawal bangun tgh malam mintak nak mkn roti.lps mkn dia muntah lg. kasihannya..

alhamdulillah, pg ni dia nampak ok skit, walaupun tak ceria sgt, tp dah boleh mkn nasi y…

Allah Maha Pelindung.

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


saya tak marah org yg tumpahkan aiskrim tu.
saya cuma terkilan sbb jalan tak pandang bwh.
pandang terus ke depan je.

kakak called saya 10 saat lps saya post status ni di FB, kesian dia, risau benar kat saya.
terima kasih kakak, i really luv u..

esok pagi saya pi scan. nak pi mlm ni tak boleh, saya kerja sampai pukul 10 mlm.
doakan baby dan saya sejahtera. amin.

"Wahai anak, kuatkan lah diri mu seperti mana kamu kuat ketika temankan ummi di Tanah Suci dulu..."

Barakallah abg An!

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Malam pernikahan abg an, mungkin adalah malam paling emosi utk kita adik-beradik.
Malam yg sepatutnya kita tangisi dgn airmata kegembiraan, kita tangisi dgn airmata kepiluan yg teramat.
Malam yg sgt bersejarah utk kita sekeluarga.
Siapa yang tahu, malam pemergian ayah, akan menjadi malam pernikahan abg an..

Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu.

abg an adalah anak yg soleh utk ma dan arwah ayah.
abg an adalah adik yg sgt taat utk kakak dan abg2.
abg an adalah abg yg sgt prihatin utk adik2.abg an adalah bapa saudara kegemaran anak2 sedara kita.
dan semoga abg an akan menjadi suami soleh  terhadap isteri dan ayah yg baik utk bakal anak2 abg an.
amin!

ingat, seorang suami tak boleh syg isterinya lebih dr ibu sendiri. :)

semoga Allah memberkati kalian dan menghimpunkan kalian dlm kebaikan juga mengurniakan kalian anak2 soleh dan solehah..amin.

walimah abg an, kami raikan semeriah mungkin. kami cuba buat sehabis baik. kami cu…

mengah + kalut

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah 5 bulan rupanya..mcm kejap pulak.
perut dah nampak, baby gerak pun dah rasa.
cepat mengah dah. kalau duduk nak bgn alahai, mengahnya..
kena buli plak dgn si nawal,yg sronok tgk ummi termengah2 kejar dia.
moga2 saya dan anak sejahtera hingga akhir..amin...


sabtu ni kenduri abg an, di rumah ma.
kalutnya, aduhai. preparation semua last minit.
nak tlg secara aktif pun tak mampu. yg byk boleh tlg tgk dan tlg dgr masalah. haha hampeh!
jemputlah kengkawan kalau ada kelapangan, sila ke rumah ma di kg petani uk kenduri kawen abg an.

ok, jumpa lg nanti. tata~!

Salam Terakhir ...

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Sebelum kita teruskan entry ini, Al-Fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Hj Yusuf bin Hj Omar , yang telah meninggalkan kami pd Jumaat, 25/2/2011.

seperti yg saya tulis sebelum ini, ayah sakit di hospital, buah pinggangnya perlu dicuci (dialisis), kakinya perlu sentiasa dirawat (diabetis), selain darah tinggi dan diabetis yg perlu dipantau selalu.

 Banyak yang saya ceritakan tentang ayah dalam label Family.

kali terakhir ayah masuk wad ialah pd tahun baru cina, 4/2/2011 - di Hospital Pulau Pinang, tujuannya nak buat CAPD, cuci buah pinggang melalui saluran di perut menggunakan air. 3 hari di sana,7/2/2011 ayah di hantar ke Hosp. Sbrg Jaya, sbbnya, kaki ayah luka teruk, doc tak boleh buat operation di perut sbb takut jangkitan kuman. jadi kaki ayah perlu dirawat terlebih dahulu. dekat 2 minggu jugak ayah di sbrg jaya, ayah kena tebuk di leher,utk buat dialisis,maka bermulalah rutin ayah selang sehari,ayah perlu buat dialisis,bk…

Kehilangan - 25022011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

hari ni, 5 hari sudah ayah tercinta meninggalkan kami.
banyak yg nak saya coretkan, tp masih belum berkesempatan.

selami entry dr hati cucunda ayah yg sulong - bergenang air mata saya.

entry versi saya bakal menyusul kemudian,mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa. kerana janji manusia jarang ditepati, hanya janji Allah yg pasti.