cerita budak becok

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum semua!

dah lama sangat nawal tak bercerita kan? bkn apa, ummi nawal tu kena apa ntah, tak berapa rajin nak mengarang. jd nawal pun ikut sama tak berapa rajin jgk,. hari ni nawal pujuk ummi utk tolong taip bg pihak nawal. sbb byk nak cerita ni.

 hari ni 23hb nawal genap setahun 8 bulan. kejap je kan?rasa mcm baru je selebret 1st birthday hari tu. ni tak lama lg nak sambut 2nd birthday plak. haih. seronok! tp apa yg buat nawal lg seronok, bila nawal dah cukup 2 tahun nanti, nawal akan dpt adik. yeay! Alhamdulillah (muda2 dah dpt adik). tp best ape, ada jgk kawan main bila di rumah. tak lah boring sgt. boleh nawal buli adik ehem ehem excuse me ummi! hehe.

nawal sekarang sgt suka bercakap. ada2 saja yg nawal nak ckp. nak tegur. nak tanya. tak abis2 sampai nawal terlelap.hehe tp ummi layan je nawal. kadang2 bila nawal diam kejap,ummi sj je pancing nawal suruh bercakap lg. sekarang tau kan genetik sape yg turun buat nawal jd talkative ni?hahaha! tp kan, kalau dengan org yg nawal tak biasa, nawal boleh jd pendiam. tiba2 jd seorang yg pemalu gitu. ummi kata nawal pandai berlakon. sebenarnya nawal seganlah, ye laa..takkan nak terus pot pet pot pet dgn org yg tak biasa. kena kontrol la skit,nanti takde org meminang. eh eh?? excuse me ummi..hehehe. bagaimanapun,ayah puji sikap nawal yg itu, tak byk ckp dgn org tak biasa. we have to control ourselves. cewwah~!

lasaknya nawal, mcm budak2 lain jgk lah. tahu berlari je,tak suka berjalan. suka main barang yg  org tak bg main. hehe. dah pandai ikut menyanyi. pandai ikut ummi solat.pandai mkn mcm2. percaya tak kalau nawal kata nawal boleh menghabiskan sepinggan charkoayteow? eheh. tgk la anak sapa kan. excuse me ayah. hehe. makanan yg paling nawal suka, laksa. mmg ikut favourite ummi ayah.

nawal suka menulis, pantang jumpa pen, habis buku ummi nawal conteng. kdg2 nawal buat misai kat muka nawal sendiri, ummi ckp dah mcm misai kucing. kadang2 berebut pen dgn ummi, ayah cik, sampai nawal guling2 menangis. nawal suka suruh ummi lukis mata,hidung, mulut kat ibu jari nawal dan ummi, lps tu kami sembang guna ibu jari. kiut!

esok, nawal nak balik kelantan, kg ummi. ayahcik nak akad nikah sabtu ni.alhamdulillah. doakan ayahcik nawal dgn cik da bahagia dunia akhirat ya. nawal sayang ayah cik. seronok betul nak balik kelantan, tp ummi risaukan tok ayah yg masih di wad. kesian tok lin dgn mak teh mizah, kena jg tok ayah sendiri hujung minggu ni. moga2 tok ayah makin baik dan cpt balik rumah. kesian tok ayah. ahad lepas ummi bawak nawal jumpa tok ayah, nawal mintak dgn ummi nak naik atas katil, nawal baring sebelah tok ayah, nawal gosok2 tgn tok ayah, tp tok ayah tak ckp dgn nawal pun, tok ayah pandang je nawal. tok ayah tak larat,kata ummi. tak apalah tok ayah, nanti kita sembang lg.

hmm..byk dah nawal tulis ni. bila2 kalau nawal rajin, nawal tulis lg ya. jumpa lagi. daaa~!!!

Comments

elmo chemo said…
Nawal jangan conteng-conteng dinding yaa :D
Thara said…
hi nawal! lama dah tak dgr nawal berceloteh! bila kita bole jumpe lagi ye nawal :) nanti dah jadik akak nanti, nawal kene lagi rajin tolong ummi tau! pastu jgn la jeles pulak nnt kalau attention lagi byk pada adik! nawal kakak baik, misti bole beralah lah! :) take care nawal! ummi nawal take care juge ye! :D

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...