Wednesday, 23 February 2011

cerita budak becok

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

assalamualaikum semua!

dah lama sangat nawal tak bercerita kan? bkn apa, ummi nawal tu kena apa ntah, tak berapa rajin nak mengarang. jd nawal pun ikut sama tak berapa rajin jgk,. hari ni nawal pujuk ummi utk tolong taip bg pihak nawal. sbb byk nak cerita ni.

 hari ni 23hb nawal genap setahun 8 bulan. kejap je kan?rasa mcm baru je selebret 1st birthday hari tu. ni tak lama lg nak sambut 2nd birthday plak. haih. seronok! tp apa yg buat nawal lg seronok, bila nawal dah cukup 2 tahun nanti, nawal akan dpt adik. yeay! Alhamdulillah (muda2 dah dpt adik). tp best ape, ada jgk kawan main bila di rumah. tak lah boring sgt. boleh nawal buli adik ehem ehem excuse me ummi! hehe.

nawal sekarang sgt suka bercakap. ada2 saja yg nawal nak ckp. nak tegur. nak tanya. tak abis2 sampai nawal terlelap.hehe tp ummi layan je nawal. kadang2 bila nawal diam kejap,ummi sj je pancing nawal suruh bercakap lg. sekarang tau kan genetik sape yg turun buat nawal jd talkative ni?hahaha! tp kan, kalau dengan org yg nawal tak biasa, nawal boleh jd pendiam. tiba2 jd seorang yg pemalu gitu. ummi kata nawal pandai berlakon. sebenarnya nawal seganlah, ye laa..takkan nak terus pot pet pot pet dgn org yg tak biasa. kena kontrol la skit,nanti takde org meminang. eh eh?? excuse me ummi..hehehe. bagaimanapun,ayah puji sikap nawal yg itu, tak byk ckp dgn org tak biasa. we have to control ourselves. cewwah~!

lasaknya nawal, mcm budak2 lain jgk lah. tahu berlari je,tak suka berjalan. suka main barang yg  org tak bg main. hehe. dah pandai ikut menyanyi. pandai ikut ummi solat.pandai mkn mcm2. percaya tak kalau nawal kata nawal boleh menghabiskan sepinggan charkoayteow? eheh. tgk la anak sapa kan. excuse me ayah. hehe. makanan yg paling nawal suka, laksa. mmg ikut favourite ummi ayah.

nawal suka menulis, pantang jumpa pen, habis buku ummi nawal conteng. kdg2 nawal buat misai kat muka nawal sendiri, ummi ckp dah mcm misai kucing. kadang2 berebut pen dgn ummi, ayah cik, sampai nawal guling2 menangis. nawal suka suruh ummi lukis mata,hidung, mulut kat ibu jari nawal dan ummi, lps tu kami sembang guna ibu jari. kiut!

esok, nawal nak balik kelantan, kg ummi. ayahcik nak akad nikah sabtu ni.alhamdulillah. doakan ayahcik nawal dgn cik da bahagia dunia akhirat ya. nawal sayang ayah cik. seronok betul nak balik kelantan, tp ummi risaukan tok ayah yg masih di wad. kesian tok lin dgn mak teh mizah, kena jg tok ayah sendiri hujung minggu ni. moga2 tok ayah makin baik dan cpt balik rumah. kesian tok ayah. ahad lepas ummi bawak nawal jumpa tok ayah, nawal mintak dgn ummi nak naik atas katil, nawal baring sebelah tok ayah, nawal gosok2 tgn tok ayah, tp tok ayah tak ckp dgn nawal pun, tok ayah pandang je nawal. tok ayah tak larat,kata ummi. tak apalah tok ayah, nanti kita sembang lg.

hmm..byk dah nawal tulis ni. bila2 kalau nawal rajin, nawal tulis lg ya. jumpa lagi. daaa~!!!

Friday, 18 February 2011

betul2 malas.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sgt tak ada mood nak buat apa2.
dtg kerja asyik jg kaunter sj.
kerja sendiri pun tak siap2 lg.
bgn pg bila teringat nak pi keja,terus rasa malas nak bgn.
jaga kaunter pun muka payah nak senyum, agaknya budak2 ni benci bila saya di kaunter.

minit meeting alumni pun tak buat lg.
minggu dpn nak submit dah.
kdg2 rasa menyesal plak sukarela nak buat job ni, tak sangka nak jd malas mcm ni.
patutlah alumni tak bergerak dr dulu, ia perlukan komitmen yg jitu.
mmg betul agaknya kata pengarah tu, "takyahlaa hangpa buat pertubuhan, kalau rasa tak bleh buat kerja"

cepatlah bad mood dan malas ni berlalu pergi.
saya tak suka keadaan saya mcm ni.

Wednesday, 16 February 2011

tidak semeriah dulu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

blog ni tak mriah mcm dulu,yg byk cerita,byk songeh,byk gambar.
sunyi sepi saja.
saya ok je. selain ayah yg masih dirawat di hospital dan keadaan mood saya yg kurg stabil akibat sakit 'buatan org' (atau lebih tepat, suami sendiri.hua!).

blog yg suram ini kita ceriakan dgn 1 kisah benar.

Azlan telah 2x gagal dalan ujian lorinya di Puspakom. dia telah buat sehabis baik utk lori itu,tp malangnya gagal bila diuji di Puspakom. Azlan buntu memikirkan apa lg yg perlu dibuat utk lori nya lulus ujian Puspakom. dia dah repair, dah cat, semua dah ok.

sehinggalah pd kali ke 3, dia dikehendaki utk lorinya di uji.

Azlan menelefon ibunya, meminta ibu nya mendoakan ia. semoga lori nya lulus ujian kali ini.

dan hari itu dia gembira,akhirnya lori itu lulus ujian puspakom.

saya cuma berkata pd Azlan, si mangsa,

"pasaipa tak suruh ma doa masa awai2 lg? kali ke 3 baru nak suruh ma doa. mcm taktau ma kan ada magic."

moral of the story : hmm,pikirlah sendiri, malas nak taip.

Wednesday, 9 February 2011

kalaulah airmata itu boleh jd ubat...


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

sudah lama saya tidak menangis teresak2, (baca : tangisan yg siap ada sound effect mcm budak kecik menangis ditinggalkan ibu.)
biasanya menangis yg cuma bergenang air mata. (seperti rindukan anak semasa menunaikan ibadah haji hari tu).

tp semalam, saya menangis. ketika dlm perjalanan pulang dr kerja,dalam kereta,sorang2, saya menangis seperti anak kecil. saya cuba utk luahkan segala yg bersarang di dalam hati. segala kerisauan, kesedihan, ketakutan..

dan andainya tangisan saya itu, (dan juga airmata adik beradik saya yg lain) mampu utk menyembuhkan segala sakit ayah, saya rela utk menangis sebanyak2nya.

Ya Allah, hanya Kau Maha Penyembuh, hanya Kau Maha Mengetahui, hanya kuasaMu mengatasi kudrat kami. Bantulah ayah, kasihanilah ayah..ringankanlah penderitaan ayah..limpahkanlah kasih sayangMu pd ayah..ampunkanlah dosa-dosa ayah..tabahkan hatinya, kuatkanlah semangatnya..kami cintakannya Ya Allah...ameeenn,ameennn,ameennn..

(airmata tak berhenti berlinang...)

ayah nak tidoq dgn Man..
                                                                       tidur yg tidak lena..

Aidilfitri 2008 - saya rindukan senyuman ayah..

Monday, 7 February 2011

akhirnya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dah lama mengidam nak buat outdoor photoshoot,  masa kawen dulu tak dpt buat. simpan je niat sampai beranak.
lepas tu siap berazam, nanti nawal dah boleh berjalan,nak buat jgk outdoor,tak pedulik la kuar duit ke, buang karan ke, saya nak jugak! (kalau bercita2 mcm ni utk dpt master ke,khatam quran ke,kan bagus.huhu)

dan akhirnya, dengan izin Allah, hajat saya tercapai jgk. terima kasih suami kerana membantu hajat isterimu ini.
Encik Mizwar dan isteri, 'Aiffah serta anakanda Adib Zaidan, kerjasama kalian amat saya hargai. :)

Date : 16 Januari 2011
Location : Mengkuang Dam, Penanti.
Tukang Gambar : Mizwar dan isteri.

 hai, sorang je?





 pinjam adib satttt..



 hahahaha..sweeettttt...






happy!

nak simpan duit, nak beli DSLR seketul. amin.

Wednesday, 2 February 2011

Magic!

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

semalam, on the way ke hospital BM jenguk ayah, nampak ada org jual durian tepi jalan.

saya cakap kat abg cik Afif," waahhh, durian! sedapnya..tp tak sempat dah nak berenti beli.."

balik dari hosp, singgah umah ma hantar Afif dan Ili, ma bgtau, " ma ada beli durian tu, ina nak mkn pulut durian ka serawa?

abg cik Afif terlopong, dgn spontan,"wahhh..magicnya!!"

kan?kan? naluri ibu, walaupun saya tak bgtau pun saya nak mkn durian. tetiba ting!!! ada durian kat rumah.

saya semestinya happy, terima kasih Allah.

p/s : walaupun dpt mkn durian, tp kena beringat,takleh mkn byk2, kan gula dlm darah naik,saya yg susah.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...