Monday, 24 January 2011

Hidup ini cabaran.

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

Kisah Ayah
Ayah dah 5 hari 4 mlm di wad Hospital BM. Puncanya hari khamis lepas ayah tidak sedarkan diri, mcm lena yg dalam,sesekali dia bersuara tapi tak jelas bunyinya. jd mlm jumaat kami sepakat untuk bawa ayah ke hosp, mana tau kot gula diabetis ayah naik ke, apa2 sj kemungkinan yg berlaku. Awal2 lagi ayah dah bgtau yg dia tak nak ke hospital, tp takkan kami nak biarkan saja keadaan ayah mcm tu kan?
Jd ikhtiar mesti terus.

Buah pinggang ayah gagal berfungsi, jd ayah kena buat dialisis (cuci darah), kesian ayah pahanya ditebuk utk saluran darah. sesekali ayah mengaduh sakit. tp apakan daya, moga ayah terus kuat dan tabah utk harungi dugaan ini.

cuti weekend lepas, saya amik turn teman ayah sebelah petang sehingga 10 mlm. kesian mak lin dan mijah yg duduk lama di hosp teman ayah. sesekali abg2 lain dtg temankan ayah. nawal saya tinggalkan dgn mak sedara dia. saat2 mcm ni, semua org harus berkorban, termasuk si kecik nawal juga.

moga ayah cepat baik, dan dapat pulang berehat di rumah. semoga Allah terus beri kesihatan yg baik utk org2 yg menjaganya juga. amin.

**update! ayah dah bleh kuar wad mlm ni,alhamdulillah.
Kisah Nawal.
Dia sudah 19 bulan.  Peelnya mcm2. Saya dah terasa cabaran besar dlm membesarkan seorang anak. Dia sgt keletah. Biasanya menghiburkan, kdg2 menggeramkan. Dia ambil henset saya, disoroknya henset saya dibelakangnya, kemudian dia keluarkan dua-dua tgnnnya sambil bgtau "abeh,epon abeh". see. nak marah tak jd last2 saya geletek dia sampai dia mengekek ketawa.

alhamdulillah, masalah sembelitnya akhirnya selesai setelah saya berikan dia susu perisa madu. haih, kenapa saya tak buat dr awal?kasihan dia menderita selama ni setiap kali nak uk uk. sekarang dah ok, siap tepuk2 punggung suruh basuh eyak dia.ceh.

dia juga punya tabiat sekarang, kemana2 saja nak bwk bear. tak kisahlah bear dia yg mana 1 pun, asalkan dia dpt kelek mana2 bearnya, waktu keluar rumah, main dan tidor. saya dan abg aleh tak nak lah ajar dia berkelek dgn bear,walaupun nampak sweet. kang susah nak gi mana2 kena heret beat jugak. haih, rimas ok. sekarang dlm proses utk buang tebiatnya tu, kdg2 jd, kdg2 tak. tp rasanya as long as bear tu bersilih ganti, rasanya masalah tu tak lah sebesar menghisap puting. kan?

kalau naik kereta, riuh rendah mulutnya tunjuk lori,bas, motor,kereta, train. tp dgn bahasanya lah. kenapa budak2 suka lori hah?nawal pun sama, suka sgt dia dgn oyiiii.

kalau dia kentut, dgn sukanya mengaku dia yg kentut. abih kentut, dia bgtau "awaa!!" sambil sengih2.
(awaa = nawal.)

skrg ni makin susah nak tinggalkan dia utk kemana2, sama saya atau ayahnya. setiap kali nak tinggal dia, setiap kali itulah dia meraung. ntahla, trauma kena tinggal lama hari tu kot?hehe

byk lagi lah peel dia, makin besar, makin mcm2. Alahai Nawal..

Kisah ummi Nawal
hmm..baru pregnant 3 bulan, tp berat naik lebih had. misi dah bising. tak pasal2 kena gi klinik 2x seminggu. tak suka tau. ini menggangu prestasi kerja saya, mcm mana nak dpt pekerja cemerlang ni?????

moga tak lama lah, dah kontrol mkn dah pun, mcm mana naik lg? takkan kena berjoging kat mengkuang dam kot..letihlaa camni..huhuhu..

kalau hari tu kurang mkn gula, saya ok, tak pening. tp kalau hari tu rasa pening, sah, ini gula sudah lebih. mujur dpt tau awal, kalau tak mesti asyik pening saja. hehe

apa2pun, saya cuma mengharapkan kesejahteraan. amin amin amin.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...