Dr Riena nak crita

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang...

meh sini meh sini. hari ni Dr Riena nak crita tentang gaya pemakanan sihat utk pengidap diabetis (kencing manis).
ceh, baru gi dengar nasihat pemakanan sehat terus feeling jd doctot.

seperti yg telah disetkan oleh misi di klinik kubang semang, saya kena gi dengar nasihat ttg pemakanan dari pegawai dietetik (bukan doc lah, yg kamu feeling jd doc tu kenape?). jd pg td pergilah saya ke hospital BM dgn rela hati dan gembira. yelah, nak dgr org nasihat kita, bkn senang kan?free pulak tu.

ok, mari saya pendekkan isi pertemuan saya dgn Pn Mimi Salwani, Pegawai Dietetik Hosp BM.(dia comellah,sweet je, tgk dia bercakap rasa senang hati je).

:: kalau bacaan darah lebih dr 7.8 tp kurang dr 11, itu tanda anda dlm had berjaga2 utk kena diabetis, bkn bermakna anda dah kena diabetis. kalau lebih dr 11 tu baru dinamakan kencing manis mengandung, dan perlu utk cucuk insulin sendiri setiap hari. (phewww,lega ummi!)


:: kalau sekarang minum susu anmum @ enfamama @ sebarang jenis susu utk ibu mengandung, kena STOP dgn segera. sbb dlm susu tu ada byk gula. takut nanti baby besar, dan susah utk melahirkan.

:: tinggalkan makanan manis utk kurangkan gula dr masuk dlm badan kita. cth : air manis, kueh mueh, makanan segera dll.

:: kurangkan semua jenis makanan berkanji mcm nasi, mee,bihun,koayteow,jenis2 spaghetti, roti, biskut, gandum,- boleh mkn, tp dlm kuantiti yg sedikit. ingat, sedikit tp kerap.cth : setiap kali makan nasi = 1 cawan sj. 2x sehari.

:: byk kan sayuran2 hijau. buah ok, tp sepotong saja, tidak melebihi saiz sebiji epal sederhana besar. maksudnya, kalau nk mkn buah2, pastikan saiz buah2 yg kita mkn, tak l;ebih dr sebiji epal sederhana besar. sbb dlm buah pun ada gula.

::  buah yg paling pantang utk org diabetis : pisang, jagung dan durian. ingat tu!!


:: makan lauk byk is ok, sbb lauk2 mcm daging, ayam, ikan, seafood takde kaitan dgn kencing manis. (unless kalau u ada darah tinggi @ kolesterol)

:: makan ikut time, sikit, tp kerap.

:: kencing manis ni, bkn cerita setahun dua ok, ia adalah kesan jangka panjang dr awal pemakanan kita sejak kecik. maksudnya, kalau dr muda kita ni jenis mkn byk (mcm saya) mmg mudahla nak kena kencing manis. so, dr sekarang lg kena train anak cucu kita pemakanan sihat. utk masa depan yg lebih sihat. tambah2 kalau dah ada keturunan berpenyakit, lagilah kena jaga.

sebenarnya kan, bukan kita tak tau semua ni, kita sgt maklum, tp saja tak amal. kan? sbb makanan ni syurga dunia, kita ingat sedap je, kita tak ingat sakit. lepas tu bila dah sakit, baru nak menyesal. baru nak amalkan pemakanan sehat. mmg agak sia-sia lah.

oh ya, nasihat2 dia atas juga bagus di amalkan oleh org yg nak diet, yg nak kurus. itulah yg terbaik. sbb gula dan kanji adalah penyebab gemuk.


ok, itu sj nasihat pemakanan dr Dr Riena, sekian terima kasih.


Comments

kinna said…
wah..leh explain cam doktor dah..em, tak, peg.dietetik

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...