Nawal - setahun 6 bulan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

anak sulong saya, bakal berusia 1 tahun 6 bulan pd 23 disember ini.
sungguh pantas masa berlalu.
di awal kelahirannya cuma 2.88 kg, skrg sudah 11kg, adei dukung pun dah rasa mengah.

nawal sudah pandai berckp, walaupun bunyi hujung2.
bunyi yg paling jelas - ummi, ayah, adik, baby - apakah????
sudah memahami arahan2 mudah, dah paham apa org cakap.
(jgn cuba2 ajak dia berjalan2, kalau anda tak bermaksud utk benar2 membawanya.sbb dia akan tuntut, dgn menarik tgn anda keluar dr rumah.dgn kadar segera.)

oh ya, dia sudah berpisah cara baik dgn encik puting. tahniah utk ayah nawal. masa ummi balik dr mekah dulu, nawal dah sebulan tak hisap puting. congrats anak! tak payah ummi susah2 letak garam kat puting kamu. hehehe
puncanya, puting dia hilang. ayah tak sempat beli baru, puting extra ada di rumah tokma, tak sempat nak g amik. jd mlmnya nawal tido tanpa puting. dia menangis, tp ayahnya pandai pujuk. ntah apa ayah dia buat, lps 2,3 mlm, nawal dah ok. takde puting pun dia boleh tidor lena.mmg dia menangis mlm, tanak susu, nak puting, tp lama2 dia boring nangis, dia tido lah. hahaha

kesan perpisahan nawal dgn encik puting, gigi nawal dah rapat! yeay!!

 sebelum berpisah dgn puting.

 selepas, gambar minggu lps.

gusi dia pun dah ke dalam, tak ke depan lg. lega betul ummi. selamat duit ayah utk buat braces. insya-allah. hehe
oleh itu beringatlah, jgn bg puting tiruan utk anak2. huwaaa!

nawal dah pandai makan sendiri, walaupun bersepah,ummi redha.
nawal dah pandai duduk dlm kereta tanpa carseat. dia behave.
suka berjalan dr berdukung, sbb mudah dia nak berlari, merewang suka hati dia.

dan dia lah bestfriend ummi skrg. seronok ada dia di sisi. 

Comments

Thara said…
awww dah besa dah nawal! makin besa, makin bijak pulak tu! happy growing up nawal! :)

ps : bunyi yg paling jelas - ummi, ayah, adik, baby - apakah????

EHEM EHEM. nawal ni meeeemang bijak! :P
kinna said…
lega la kalo anak dah wean off ngn puting..zulfa dl pon 3hr 3 mlm gak takleh tido.
comei nawal gigi rapat :)
RieNa said…
Tiqah : makin besar makin byk peel,tp it's fun!

ha'ah,mcm tau2 je dia. pandai sebut sblm ummi ajar lg. hohoho

kinah : awal2 mmg nangis,tp tahan lah skit.lama2 dia oklah.
itulah, sweet tgk gigi dah elok,kalau tak mcm ada yg kureng.haha
shaliza said…
dah besar dah nawal....comel.
hmmmboleh la tu nak buka kilang balik....start production.:-)
Kniedaz said…
bagus bagus...boleh jadi kakak dah lepas ni ^_^
RieNa said…
shaliza : on the wayyyyyyyyyyyyyy.....hahaha

kida : insya allah, nmpk mcm boleh jd kakak yg prihatin. :)
leeja said…
riena, cantik la gigi nawal lepas stop puting. Anak akak lak gigi dia ada cavity. hitak dan rongak la gigi depan dia. hu..hu.. x kurang sikit hensem. tu.

Alhamdulillah yang adik tak hisap puting. cantik la gigi.

tahniah nawal sbb dah stop puting.
RieNa said…
riena ingat susah sgt la nak bg anak stop puting. tp ayah dia buat rileks je. haha. nmpak sgt riena yg tak kuat semangat.

anak 2nd nak usaha jgk takmau bg puting.insyaallah

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...