Thursday, 30 December 2010

Good bye 2010, Welcome 2011!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

2011 bakal menjelma.
saya bakal kehilangan usia (lagi.)
yg syoknya lg, kehilangan usia berangka 2 di dpn.
tahun depan i'm gonna be 30!!
wah, tua dah aku rupanya..patutlah kalut nak beranak lg. huhuhu

ok2, utk kawan2 yg seusia, rilex2 sudah. kakak saya ckp, rasa tua tak apa,sekurang2nya  rasa nak tambah amal.
apalah yg ada pd umur. asalkan kita buat baik sepanjang usia, insya-allah, moga Allah berkati umur kita.
apa yg penting? kerjasama! kita terus beramal, buat baik, buat kerja mcm nak hidup 1000 thn lg, buat amal mcm nak mati esok.

impian saya utk tahun 2010, mari kita semak kembali.

tahun 2010, saya ada target. utk diri saya sendiri. saya kena berusaha lebih utk itu. kumpul ilmu, perbaiki diri, kumpul duit. semoga hajat saya ini dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah SWT.saya takde target lain selain itu. Moga Allah izinkan..amin..amin..amin..

Alhamdulillah, hajat saya telah dimakbulkan Allah. Terima kasih Ilahi. berkatilah kami, murahkan rezeki kami, agar kami dapat kembali lg ke rumah-Mu. amin amin amin!

sepanjang 2010, saya lalui hidup dgn ceria, anak sulong sudah setahun.
perniagaan abg aleh semakin baik.
kerja juga semakin ok. Bos saya tak nak saya ditukarkan ke bahagian lain, katanya pd big bos, kalau saya kena tukar bahagian lain, dia nak org mcm saya jgk utk ganti saya. - ini si Irwan yg bgtau. ntah betul entah tidak. tp kalau betul, rasa terharu tak kalau ketua hargai kita mcm tu? rasa bersalah pulak sbb selalu main2 time kerja.huhu

utk tahun 2011, saya tak mengharapkan apa2 yg lebih. saya cuma doakan keluarga yg akan bertambah ni kekal sejahtera, dimurahkan rezeki, jadi lebih baik dlm amalan dan kehidupan, suami punya lebih masa utk keluarga. saya punya lebih masa utk keluarga. jd lebih rajin. keluarga sihat ceria. kawan2 bahagia.

sebelum ni bercadang nak sambung belajar, nampaknya kena tangguh  sebab nak tambah anak dulu. huhuhu..
takpalah, better late than never. :)

MOGA ALLAH MERAHMATI KITA, DALAM TAHUN2 YG LEPAS DAN TAHUN2 YG MENDATANG. Amin Amin Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!

p/s ; esok cuti, jd entry ni terpaksa diawalkan. Tahniah Harimau Malaya, terima kasih PM sbb bg kami cuti. yeay yeay!

p/s II : esok, lusa dan tulat agak sebuk di sebelah pagi. sebelah petang santai. ada kenduri?jgn lupa jemput ya!

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...