Thursday, 23 December 2010

dah besar, susahlah skit.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni, nawal kena injek utk setahun setengah.
dulu2, dia kecik lg, jd masa nak cucuk mmg takde masalah, riba je dia, sembang2, terus zappp! kita injek terus.
nangis kejap bg susu then oklah.

tp kali ni, wah..boleh tahan. masa nak cucuk, dia dah heran,apsal pegang2 dia mcm ni kan, muka dia pun dah cuak. sampai ayah kena pegang kaki, ummi pegang tgn, misi pegang paha, bila kena apa lagi, bergema lah suara dia. lps tu ayah pujuk tunjuk burung, kucing,baby, dia ok lah. tp lps tu pandai pulak mengadu sakit, siap tunjuk2 kat paha dia. suruh ummi sapu ubat..alahai,  kesiannya tgk..

tak apa, dah lepas seksa menyucuk anak nih. huh, tak suka sungguh kalau p klinik utk injek anak. tp apa nak buat, kita nak anak kita sehat kan..

ini ada video, ayah nawal ambik, kemudian abg cik ambik alih (sbb tu tak elok) lps tu tiba2 dia tekan stop. abih tergantung video nawal kena injek. hapa lah abg cik ni.

video

berat terkini : 10.5 kg (tak sampai 11 kg pun..)
tinggi : 77 cm. (tinggi dr budak2 setahun setgh yg nak kena cucuk dgn dia td)
bmi : 16.6 (tak mcm ummi dia yg dah masuk golongan obes..uwaaaa~!!!)
yg lain2 ok, ramah dgn org sekeliling, abih semua misi dia salam, bg flying kiss semua. isk, menurun perangai sapa lah tu..


 beberapa hari lps, di rumah main2 dgn abg cik.

  belajar membaca, mengenal binatang. tp singa dia sebut meow. apakah?


 semalam di Tesco, take a break, kita minum dulu~!!

berenang atas lantai tesco, dah tak nak duduk di troli, nak dukung tp ummi tak larat.

jumpa Sarah si blogger yg hanya kenal dlm blog saja, tak sangka nak jumpa di Tesco semalam, itulah duduk dekat je insyaallah jumpa. tp kenapa malu nak tegur k riena?? :) moga jumpa lg nanti.

7 comments:

ct sarah said...

salam...
tak sangka kan boleh jumpa di Tesco...anyway nice meeting you...nawal so cute...

Thara said...

eh berat nawal dgn aydein lebeh kurang lah! aydein skarang 10.6kg, lebeh sikit je! ntah nape awang tu tak gebu2 mcm mama dia haha. tapi keje asek nak ngunyah je!

eh suka la dgr suara kak riena. lembut je, mcm ibu mithali :)

RieNa said...

sarah,
teringin nak p umah sarah yg sarah kata 'dlm hutan' tu. betui2 dlm hutan ka?

tiqah: alahai aydein, ni mesti lasak sgt sampai tak tumbuh isi, ke isi semua kasi kat mama? hahahaha

suara boleh ganti suara doraemon. kikiki

elmo chemo said...

flying kiss tu belajar dari ayah nawal lah dulu selalu buat kat ummi ,ye nawal :D

RieNa said...

err tak..ummi dia yg selalu buat kat ayah dia..hahahahaha!

kinna said...

wah..dah buat tesco cam rumah sendiri ye nawal!

RieNa said...

jgnlah nanti dia minta :

"ummi! nak rumah besar tesco! "

habislah ummi ayah.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...