Wednesday, 8 December 2010

Bertemu Kembali.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum..
Blog ini kembali bertuan. kalau sebelum ni menumpang kasih dr Ifah, skrg menerima kasih syg sepenuhnya dr tuannya sendiri. haha. apa punya ayat.terima kasih pd yg sudi jenguk blog ni walaupun takde entry pjg2..

Alhamdulillah, saya selamat tiba di Penang International Airport pada hari Jumaat, 3 Disember, 11 pg. Kalau ikut jadual asal, sepatutnya sampai jam 6.30 pg, flight delay, maka lewat 4 jam setengah. tak apalah, asalkan semuanya selamat. Saya sehat seadanya, begitu jgk ma dan abg an. semua baik2 saja. batuk2 tu ada lah sikit, biasalah, itu souvenir dr Tanah Suci, bertuah tau siapa yg dapat. hehe

mmg banyak yg saya nak ceritakan, gambar pun ada sampai beratus. tp pelan2 lah. rasanya saya tak mampu utk teruskan entry Perjalanan Menuju Baitullah utk part2 yg seterusnya, sbb ia memerlukan tumpuan. saya tak mampu. kalau ada pun nanti entry2 selingan, yg saya akan tulis bila saya teringat. Insya-Allah.

Nawal mcm mana?
oh, tau tak, seminggu sebelum saya balik, tiap2 mlm saya nangis sbb rindukan dia. kalau sebelum tu saya ok, rindu jgk tp masih bertahan, cuma masa dekat nak blk tu, taktaulah, hati saya sungguh2 rindukan dia. dlm kapal terbang, yg saya bayangkan cuma wajah dia (wajah suami pun dah tak ingat.haha.ingat, sapa tak rindu laki oiii!). tp bila sampai je, nawal tak nak dgn saya. pandang saya dia nangis. dgn ma dan abg an dia ok je, cuma dgn saya saja dia tak nak. tak apalah, saya tak paksa walaupun abg aleh suruh saya dukung dia jgk walaupun dia menangis. saya tak nak paksa dia. saya nak dia dtg pada saya dgn rela hati dia. tp akhirnya, dalam kereta dia nak jugak duduk dgn saya. masa itulah saya tenung dia, saya jelaskan pd dia kenapa saya tinggalkan dia, dan akhirnya dia tersenyum lps tu lena dlm pangkuan saya. hei, saya kan ummi dia, takkan dia tak kenal saya.

dan sekarang ni, nak pegi tandas pun saya kena sembunyik, sbb Nawal tak nak berenggang dgn saya. terjaga tgh malam pun dia meraung panggil ummi, agaknya, dia takut kena tinggal lg. pg tadi pun dia meraung2 bila saya tinggalkan dia di rumah mak lang. tp apa nak buat, cuti saya dah tamat.

mcm mana pengalaman di mekah?
hebat. ia pengalaman hebat. ibadah haji ialah ibadah yg sgt susah, tp tak ada jemaah yg serik utk lakukannya lg. saya harap, saya jd insan yg lebih baik dr sebelum ini. kembara saya selama 45 hari ini, banyak mengajar saya.

ermm..rasanya cukup kot entry hari ni utk 'panaskan enjin'. esok2 kita cerita lg. nak balik cepat, sian nawal nanti tercari2 ummi dia.

4 comments:

Thara said...

assalamualaikum hajjah! yeay dah kembali ke dunia maya! welcome back! :)

tak saba nak tunggu update from mekah! cepat2 update tau. and btw, i heard the good news. congratulations! :D

RieNa said...

haiyaaa!!! ur sister ni mmg mulut tempayan lah!!
tp dgn dia mmg k riena tak bleh nak berahsia, she's always be the first.

elmo chemo said...

ayah akak ape kabar? sebelum akak bertolak tu kan tengah sakit.

kinna said...

slmt pulang hajah k riena..cerita la pengalaman tinggal anak pegi mekah, kot2 boleh jd panduan utk org yg nk tggl anak jugak nti..huhu

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...