Thursday, 30 December 2010

Good bye 2010, Welcome 2011!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

2011 bakal menjelma.
saya bakal kehilangan usia (lagi.)
yg syoknya lg, kehilangan usia berangka 2 di dpn.
tahun depan i'm gonna be 30!!
wah, tua dah aku rupanya..patutlah kalut nak beranak lg. huhuhu

ok2, utk kawan2 yg seusia, rilex2 sudah. kakak saya ckp, rasa tua tak apa,sekurang2nya  rasa nak tambah amal.
apalah yg ada pd umur. asalkan kita buat baik sepanjang usia, insya-allah, moga Allah berkati umur kita.
apa yg penting? kerjasama! kita terus beramal, buat baik, buat kerja mcm nak hidup 1000 thn lg, buat amal mcm nak mati esok.

impian saya utk tahun 2010, mari kita semak kembali.

tahun 2010, saya ada target. utk diri saya sendiri. saya kena berusaha lebih utk itu. kumpul ilmu, perbaiki diri, kumpul duit. semoga hajat saya ini dipermudahkan dan diizinkan oleh Allah SWT.saya takde target lain selain itu. Moga Allah izinkan..amin..amin..amin..

Alhamdulillah, hajat saya telah dimakbulkan Allah. Terima kasih Ilahi. berkatilah kami, murahkan rezeki kami, agar kami dapat kembali lg ke rumah-Mu. amin amin amin!

sepanjang 2010, saya lalui hidup dgn ceria, anak sulong sudah setahun.
perniagaan abg aleh semakin baik.
kerja juga semakin ok. Bos saya tak nak saya ditukarkan ke bahagian lain, katanya pd big bos, kalau saya kena tukar bahagian lain, dia nak org mcm saya jgk utk ganti saya. - ini si Irwan yg bgtau. ntah betul entah tidak. tp kalau betul, rasa terharu tak kalau ketua hargai kita mcm tu? rasa bersalah pulak sbb selalu main2 time kerja.huhu

utk tahun 2011, saya tak mengharapkan apa2 yg lebih. saya cuma doakan keluarga yg akan bertambah ni kekal sejahtera, dimurahkan rezeki, jadi lebih baik dlm amalan dan kehidupan, suami punya lebih masa utk keluarga. saya punya lebih masa utk keluarga. jd lebih rajin. keluarga sihat ceria. kawan2 bahagia.

sebelum ni bercadang nak sambung belajar, nampaknya kena tangguh  sebab nak tambah anak dulu. huhuhu..
takpalah, better late than never. :)

MOGA ALLAH MERAHMATI KITA, DALAM TAHUN2 YG LEPAS DAN TAHUN2 YG MENDATANG. Amin Amin Amin.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 !!

p/s ; esok cuti, jd entry ni terpaksa diawalkan. Tahniah Harimau Malaya, terima kasih PM sbb bg kami cuti. yeay yeay!

p/s II : esok, lusa dan tulat agak sebuk di sebelah pagi. sebelah petang santai. ada kenduri?jgn lupa jemput ya!

Wednesday, 29 December 2010

Finally..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

yeah, i did it again.

semalam, cuti dr kerja. selain dr satu P.Pinang putus bekalan air, saya juga ke klinik utk buat 'buku merah'.
ya, i'm 11 weeks, Aisyah Nawal bakal punya adik. Alhamdulillah.
cpt ckp tahniah. hahaha!

pregnant kali ini tidak dirancang, nak kata accident pun tak jgk. sbb ia dirancang supaya tidak berlaku. isk, mcm mana nak ckp.
senang ckp, ia adalah rezeki dr Allah. it's a gift. dan sbg hambaNya, saya terima dgn ikhlas. saya gembira. apatah lg suami. dia lg gembira (sampai hadiahkan handset baru utk saya- Nokia E72) kak long jelesss!

nak cerita panjang ni, ok let make it short n simple.

last 1st day period is 8/10/2010.
period ambil masa 6 hari. - 13/10
saya berangkat ke Bayan Lepas - 18/10 - pusingan hari ke 11
see, waktu subur adalah sewaktu di madinah.

hari sepatutnya saya period di Mekah on 4 -10 hb 11 : ia tidak berlaku.

sehingga memaksa saya utk beli UPT di farmasi di Mekah.
 and it was :

positive!!!

apa lagi nak dikata, selain syukur kpd Ilahi. walaupun kehamilan ini tidak dirancang, namun ia bukanlah suatu yg teruk kan? ya, mmg lah nawal tu kecik lg, setahun 6 bulan (sekrg) dan insyaallah, bila baby lahir nanti dia 2 tahun. tp, tak lah kecik sgt kan?

cumanya, disebabkan saya bersalin ceasarian, so itu lah yg tak best skit. tp Doc Sarah kata ok,takde masalah. saya percaya ckp kawan baik saya. moga2 tak apa2 lah. amin.

masa di mekah, alhamdulillah, saya takde alami apa2 masalah. dan saya kagum dgn kehamilan kali ini, dia kuat. serius. tak mcm masa mengandungkan nawal dulu. silap skit, maka bleeding lah ia. ya, ini semua kuasa Allah, Dia mengizinkan ini berlaku, hanya Dia yg akan pelihara kandungan ini hingga akhirnya. amin. betapa saya jalan dgn banyak, saya naik turun tangga, saya mkn mcm2, saya angkat brg berat, mcm2 lah. Buat kerja haji bukan kerja mudah. namun syukurlah, Allah beri saya dan baby kekuatan utk lalui semua ini, sehingga sekarang.

Masa kat sana Ma ckp, " dia tinggal anak sulong dia, dia bwk anak lain." hahaha! mana nak sangka. mcm saya ckp, it's a gift from Him.

Nawal kan, dia pandai sgt sebut adik dan baby, skrg bila tanya mana baby? dia akan tunjuk perut saya. how sweet she is!!

so, my due date is 15 Julai 2011, insyaallah. 
Dear friends, doakan saya dan our 2nd baby sejahtera. Amin.

kat FB pun dah announce, sbnrnya nak bgtau lambat2 skit, tp boring gila dok klinik,jd ter'bgtau' tak dirancang.




terima kasih semua..doa kalian amat dihargai.. :D

Monday, 27 December 2010

Berdoalah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kadang2 kita berdoa untuk kuat,
tp kenapa banyak dugaan yang datang.
kadang2 kita minta ketenangan,
tp kenapa masalah yang muncul.
kadang2 kita minta kebahagiaan,
tp huru hara pula jadinya.

Dugaan menjadikan mental kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru hara menjadikan kita tabah,
hebatnya Dia ALLAH,
semua yang Dia ciptakan ada hikmah.

Kata Jibril," Wahai Tuhan, Engkaumakbulkanlah hajat hambaMu."
Allah menjawab," biarkan hambaKu itu kerana Aku mencintai suaranya (berdoa)."

- unknown writer, not me.

Friday, 24 December 2010

Mengidam ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baby, tengahari ni kita nak makan apa ye..?

sizling mee sounds good..hurmmm....

k nik syaza, jom Tesco!!

Thursday, 23 December 2010

dah besar, susahlah skit.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni, nawal kena injek utk setahun setengah.
dulu2, dia kecik lg, jd masa nak cucuk mmg takde masalah, riba je dia, sembang2, terus zappp! kita injek terus.
nangis kejap bg susu then oklah.

tp kali ni, wah..boleh tahan. masa nak cucuk, dia dah heran,apsal pegang2 dia mcm ni kan, muka dia pun dah cuak. sampai ayah kena pegang kaki, ummi pegang tgn, misi pegang paha, bila kena apa lagi, bergema lah suara dia. lps tu ayah pujuk tunjuk burung, kucing,baby, dia ok lah. tp lps tu pandai pulak mengadu sakit, siap tunjuk2 kat paha dia. suruh ummi sapu ubat..alahai,  kesiannya tgk..

tak apa, dah lepas seksa menyucuk anak nih. huh, tak suka sungguh kalau p klinik utk injek anak. tp apa nak buat, kita nak anak kita sehat kan..

ini ada video, ayah nawal ambik, kemudian abg cik ambik alih (sbb tu tak elok) lps tu tiba2 dia tekan stop. abih tergantung video nawal kena injek. hapa lah abg cik ni.

video

berat terkini : 10.5 kg (tak sampai 11 kg pun..)
tinggi : 77 cm. (tinggi dr budak2 setahun setgh yg nak kena cucuk dgn dia td)
bmi : 16.6 (tak mcm ummi dia yg dah masuk golongan obes..uwaaaa~!!!)
yg lain2 ok, ramah dgn org sekeliling, abih semua misi dia salam, bg flying kiss semua. isk, menurun perangai sapa lah tu..


 beberapa hari lps, di rumah main2 dgn abg cik.

  belajar membaca, mengenal binatang. tp singa dia sebut meow. apakah?


 semalam di Tesco, take a break, kita minum dulu~!!

berenang atas lantai tesco, dah tak nak duduk di troli, nak dukung tp ummi tak larat.

jumpa Sarah si blogger yg hanya kenal dlm blog saja, tak sangka nak jumpa di Tesco semalam, itulah duduk dekat je insyaallah jumpa. tp kenapa malu nak tegur k riena?? :) moga jumpa lg nanti.

Tuesday, 21 December 2010

Nawal - setahun 6 bulan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

anak sulong saya, bakal berusia 1 tahun 6 bulan pd 23 disember ini.
sungguh pantas masa berlalu.
di awal kelahirannya cuma 2.88 kg, skrg sudah 11kg, adei dukung pun dah rasa mengah.

nawal sudah pandai berckp, walaupun bunyi hujung2.
bunyi yg paling jelas - ummi, ayah, adik, baby - apakah????
sudah memahami arahan2 mudah, dah paham apa org cakap.
(jgn cuba2 ajak dia berjalan2, kalau anda tak bermaksud utk benar2 membawanya.sbb dia akan tuntut, dgn menarik tgn anda keluar dr rumah.dgn kadar segera.)

oh ya, dia sudah berpisah cara baik dgn encik puting. tahniah utk ayah nawal. masa ummi balik dr mekah dulu, nawal dah sebulan tak hisap puting. congrats anak! tak payah ummi susah2 letak garam kat puting kamu. hehehe
puncanya, puting dia hilang. ayah tak sempat beli baru, puting extra ada di rumah tokma, tak sempat nak g amik. jd mlmnya nawal tido tanpa puting. dia menangis, tp ayahnya pandai pujuk. ntah apa ayah dia buat, lps 2,3 mlm, nawal dah ok. takde puting pun dia boleh tidor lena.mmg dia menangis mlm, tanak susu, nak puting, tp lama2 dia boring nangis, dia tido lah. hahaha

kesan perpisahan nawal dgn encik puting, gigi nawal dah rapat! yeay!!

 sebelum berpisah dgn puting.

 selepas, gambar minggu lps.

gusi dia pun dah ke dalam, tak ke depan lg. lega betul ummi. selamat duit ayah utk buat braces. insya-allah. hehe
oleh itu beringatlah, jgn bg puting tiruan utk anak2. huwaaa!

nawal dah pandai makan sendiri, walaupun bersepah,ummi redha.
nawal dah pandai duduk dlm kereta tanpa carseat. dia behave.
suka berjalan dr berdukung, sbb mudah dia nak berlari, merewang suka hati dia.

dan dia lah bestfriend ummi skrg. seronok ada dia di sisi. 

Friday, 17 December 2010

malas tahap gaban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

taktaulah, akhir2 ni mood menulis sgt down. malas memanjang.
ma suruh buat surat pun 4 hari baru siap. haha. mintak maaf, ma.

ada banyak nak crita.
tp malas nak karang. rasa mcm nak ckp je kemudian biar org lain tuliskan.

tunggulah, bila urat rajin saya timbul balik.

p/s : oh ya, gambar2 saya di Madinah dan Mekah saya dah upload dlm FB. :)

Wednesday, 15 December 2010

10 Muharam = 16 Dis 2010 (Khamis)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Copy from Email.

                Peristiwa Asyura berkait rapat dengan peristiwa Nabi Musa a.s. dimana ketika Allah Taala telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. beserta kaumnya dan menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya. Ia adalah hari yang  ke sepuluh dalam Bulan Muharam, dan lebih dikenali sebagai Hari Asyura. Dari Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

            Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menyebut mengenai keutamaan Hari Asyura dan anjuran supaya berpuasa. Antaranya, Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada Hari Asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada Hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim). Selain itu, kita juga dianjurkan supaya berpuasa pada hari sembilan dalam Bulan Muharam atau disebut hari Tasua'.

          Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab Baginda s.a.w, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi s.a.w ditanya pula tentang puasa Hari Asyura (10 Muharram). Jawab Baginda s.a.w., "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim).

       Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Hikmahnya mungkin bagi membezakan amalan kita sebagai umat Islam dengan orang Yahudi yang memuliakan hari ke-10 dalam Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

Bagi masyarakat kita pula, bila menyebut tentang 10 Muharam atau Hari Asyura lebih sinonim dengan ‘Bubur Asyura’. Ada yang menyatakan bubur asyura merupakan bubur khas yang disediakan dengan sepuluh jenis bahan masakan seperti kekacang, ubi, tepung dan sebagainya.  Jika kurang atau terlebih bahan, itu bukan lagi di namakan bubur Asyura.

Ada juga yang berpendapat bahawa bubur Asyura adalah bubur khas yang disediakan bersempena 10 Muharam. Jika disediakan selain pada 10 Muharam, ia bukan lagi dinamakan sebagai Bubur Asyura. Pelbagai pendapat yang kita dengar bila menyebut tentang 10 Muharam dan Bubur Asyura.  Namun hakikatnya, bubur Asyura bukanlah satu ibadah yang wajib dilaksanakan. Tetapi, ianya tidaklah di tegah malah terdapat perkara baik yang boleh diteruskan amalannya oleh sesetengah masyarakat. Ada masyarakat kita yang berpuasa pada siang hari dan berbuka puasa dengan hidangan Bubur Asyura yang disediakan di siang harinya secara bergotong-royong.

Oleh itu, jika kita mengambil dari sudut yang baik, menerusi amalan membuat ‘Bubur Asyura’ ini ia mampu menjalinkan silaturrahim di kalangan umat Islam melalui amalan bergotong-royong. Tentu sekali perbuatan ini tidak bertentangan dengan syara’ malah ia turut menyumbang ke arah menyuburkan budaya menyintai syiar Islam.  Namun, apa yang paling penting adalah kita tidak melupakan suatu sunah yang baik daripada Rasulullah s.a.w untuk diamalkan iaitu berpuasa pada hari Asyura.

Allahu ‘alam..

perut masuk angin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah mula penyakit dulu.
tak boleh lapar nanti nak muntah.

moga dapat berpuasa dgn baik hari ini dan esok. Amin.

p/s : ayah dah keluar ICU, tp masih dirawat di wad. Moga ayah cepat baik, dan boleh balik rehat di rumah.

Monday, 13 December 2010

hari ni tak bersemangat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tak cukup cuti 2 hari saja. tak puas bermain2 bergurau senda dgn anak.
semalam ayah masuk ICU hosp bm akibat sesak nafas. nak pi tgk pun tak boleh. doc tak bg. doc nak ayah rehat. org nak tgk ayah org lah~!

moga ayah cepat baik dan boleh keluar ICU segera. amin amin amin.

notakaki : akibat dr sakit buah pinggang ayah, maka bdn ayah sgt byk air. paru2 dia berair. jd selalu sesak nafas. dah byk kali ayah ke hosp akibat sesak nafas. kasihan ayah.

Friday, 10 December 2010

nak crita apa hari ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat, rehat yg panjang, jd boleh tulis blog.
terkini tentang saya, batuk yg masih tak baik2. rasanya ubat batuk dr klinik dah tak jalan. saya perlu cari alternatif lain. jd buat masa ini saya cuba kicap manis + limau nipis, madu + limau nipis dan minyak habbatus sauda'. moga2 cepat baik. dah tak larat nak batuk, susah nak tidor mlm.

aisyah nawal dah berjangkit batuk saya. kesian dia. itulah, nak berkepit sgt dgn ummi kan...dia siap dgn selsema lagi. hari ni pulak, dia kena sakit mata, kesian, makin sepet anak ummi. ayah dia yg bwk gi klinik td. ummi dah kerja hari ni. (semalam MC sbb saya tak larat, sepanjang mlm tak tidor sbb batuk + anak tak sihat).

oh ya, elmo tanya ayah saya mcm mana. Ayah dah keluar hospital, ermm rasanya selepas 3 minggu selepas saya berangkat. dr hosp sbrg jaya ke hosp bm dan akhirnya kembali ke rumah. ayah ok, cumanya tak dpt berjalan lg ekoran dr luka di kaki nya. jd kerusi roda adalah teman baik ayah skrg. thanx elmo, ingat jgk kat ayah k riena ye? :)

ingat lg, pd malam keberangkatan kami ke kompleks Bayan Lepas 18/10 dulu, kami gi jenguk ayah di CCU hosp sbrg jaya. masa tu ayah belum sedarkan diri, saya cuma berbisik pd ayah, "ayah, ina pi dulu..nanti kita jumpa lg..ayah jg diri baik2, nanti ina doakan ayah byk2.." masa tu sebak taktaulah nak ckp. ye lah, kita nak jalan jauh, tp tak boleh nak salam peluk ayah sendiri. yg boleh cuma cium di dahinya. saya berdoa tak berhenti moga saya dpt jumpa ayah lg. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.


craving for malaysia's foods tak abih2 lg. setiap hari berselera je mkn. letak lah apa sj menu, semua saya bedal. ada yg kata saya kurus skit sejak blk, tp tgk lah 2,3 minggu lg, mcmana nak kurus kalau dah hari2 lalu makan. hahaha! ni kalau panggil mkn kenduri mmg tak tolak ah. nasi minyak malaysia lg sedap dr nasi minyak arab. hehe

ok, got to go, nak jumpa Lisa jap. apa kabar lah doc tuh.

Wednesday, 8 December 2010

Bertemu Kembali.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Assalamualaikum..
Blog ini kembali bertuan. kalau sebelum ni menumpang kasih dr Ifah, skrg menerima kasih syg sepenuhnya dr tuannya sendiri. haha. apa punya ayat.terima kasih pd yg sudi jenguk blog ni walaupun takde entry pjg2..

Alhamdulillah, saya selamat tiba di Penang International Airport pada hari Jumaat, 3 Disember, 11 pg. Kalau ikut jadual asal, sepatutnya sampai jam 6.30 pg, flight delay, maka lewat 4 jam setengah. tak apalah, asalkan semuanya selamat. Saya sehat seadanya, begitu jgk ma dan abg an. semua baik2 saja. batuk2 tu ada lah sikit, biasalah, itu souvenir dr Tanah Suci, bertuah tau siapa yg dapat. hehe

mmg banyak yg saya nak ceritakan, gambar pun ada sampai beratus. tp pelan2 lah. rasanya saya tak mampu utk teruskan entry Perjalanan Menuju Baitullah utk part2 yg seterusnya, sbb ia memerlukan tumpuan. saya tak mampu. kalau ada pun nanti entry2 selingan, yg saya akan tulis bila saya teringat. Insya-Allah.

Nawal mcm mana?
oh, tau tak, seminggu sebelum saya balik, tiap2 mlm saya nangis sbb rindukan dia. kalau sebelum tu saya ok, rindu jgk tp masih bertahan, cuma masa dekat nak blk tu, taktaulah, hati saya sungguh2 rindukan dia. dlm kapal terbang, yg saya bayangkan cuma wajah dia (wajah suami pun dah tak ingat.haha.ingat, sapa tak rindu laki oiii!). tp bila sampai je, nawal tak nak dgn saya. pandang saya dia nangis. dgn ma dan abg an dia ok je, cuma dgn saya saja dia tak nak. tak apalah, saya tak paksa walaupun abg aleh suruh saya dukung dia jgk walaupun dia menangis. saya tak nak paksa dia. saya nak dia dtg pada saya dgn rela hati dia. tp akhirnya, dalam kereta dia nak jugak duduk dgn saya. masa itulah saya tenung dia, saya jelaskan pd dia kenapa saya tinggalkan dia, dan akhirnya dia tersenyum lps tu lena dlm pangkuan saya. hei, saya kan ummi dia, takkan dia tak kenal saya.

dan sekarang ni, nak pegi tandas pun saya kena sembunyik, sbb Nawal tak nak berenggang dgn saya. terjaga tgh malam pun dia meraung panggil ummi, agaknya, dia takut kena tinggal lg. pg tadi pun dia meraung2 bila saya tinggalkan dia di rumah mak lang. tp apa nak buat, cuti saya dah tamat.

mcm mana pengalaman di mekah?
hebat. ia pengalaman hebat. ibadah haji ialah ibadah yg sgt susah, tp tak ada jemaah yg serik utk lakukannya lg. saya harap, saya jd insan yg lebih baik dr sebelum ini. kembara saya selama 45 hari ini, banyak mengajar saya.

ermm..rasanya cukup kot entry hari ni utk 'panaskan enjin'. esok2 kita cerita lg. nak balik cepat, sian nawal nanti tercari2 ummi dia.

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...