Wednesday, 13 October 2010

Sudah sampai masanya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ramai yg bertanya, siapa yg jaga Nawal nanti selepas pemergian saya..??

ingat tak lagi kisah Disember tahun lps, saya berkursus di Shah Alam.
dan juga April tahun ini, saya berkursus di Terengganu.
sebenarnya itu satu latihan utk saya dan juga Nawal. termasuk latihan dia bermalam di rumah mak njangnya di hujung minggu meninggalkan saya dan ayahnya di rumah. yg tu saya rasa selalu jgk.

dan hasil dr itu, dia ok saja. konklusi, tiada masalah. dia behave. tak menangis pelik2. main dgn gembira. mungkin saya sj yg  risau lebih2, sedangkan hakikatnya, dia takde apa2 pun. Alhamdulillah.

jadi bila sampai masanya utk saya tinggalkan dia selama 45 hari, saya yakin, dia tak apa2.
dia hanya perlu doa dari saya. Yang lain2, insyaAllah, serahkan sj pd Allah ada utk lindungi dia.

Mengikut perancangan abg aleh, dia akan tinggalkan Nawal pd mak lang (kakak ipar saya) seperti biasa pd weekdays, setiap pg dia akan hantar Nawal ke Mengkuang.dan akan ambil Nawal sebelah petangnya. selepas maghrib, Nawal akan ditinggalkan sekejap di rumah Mak Njang Nawal di Tasek Gelugor sehingga abg aleh tutup kedai di Padang Serai jam 1030 mlm. dan dia akan pulang dgn Nawal bermalam di Lahar Yooi.

Weekend pulak, sama ada :
di Guar Perahu - Rumah Mak Tam (kakak abg aleh.)
di Kg Pelet - Rumah Angah (kakak ipar saya)
di Kubang Ulu - Rumah Tok Ayah ( Ayah, Mak tiri saya)
di Tasek Gelugor - Rumah Mak Njang.(kakak abg aleh)

bergantung kpd permintaan, kata abg aleh. hahaha! kelakar betul. kesian anak aku kena fidyah merata.

saya tak risau langsung. Ramai yg sayangkan dia. saya cuma doakan dia tak apa2. Allah kan ada.

saya cuma terfikir sesuatu, selepas 45 hari, adakah Nawal akan kenal saya lg..?? T_T

abg, tolong bg Nawal tgk gambar ayg hari2 tau!!!!

7 comments:

p.i.n.a.t. said...

owhhhhhhhh...sila jgn lupa yg ipah akn balik penang early nov yee~~org da stat cuti that time.=)

RieNa said...

kalau ipah blk penang sapa jg adik2?? time tu tak cuti skolah lg.
tunggu adik cuti dulu lah baru balik. tp kalau hangpa blk pun, nak duduk dgn sapa? takyah blk lah...jg ayah kat Bangi.lg pun kak nik cuti dia nak blk bangi.

p.i.n.a.t. said...

biaq k.nik blk bangi.ipah blk penang.~

kinna said...

senangnye dok kt kampung sendiri. leh hantar anak kt mana2 ja..sy kena import adik mai kl sbb taska tutup..huhu

RieNa said...

ipah : buatlah yg mana elok. i wonder kamu nak duduk sorg2 kat kg petani tu. tak takut ke...??? mcm lah ayah nak bg.

kinna : Alhamdulillah,ada sedara yg suka memberi pertolongan.dok kampung dok bandar semua ada cabaran masing2.

Ummu afif said...

senaraikanlah Bangi sekali,biarlah ipah dan kak nik jaga nawal kat Bangi.. ok ape?.. Sian kat Afif dan ili rindu sangat kat Nawal...

RieNa said...

sampai ke Bangi fidyah nawal? hehe. tanyalah ayah dia. acik tak kisah.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...