Kisah Ayah dan ujian utk anak-anak yg bakal menunaikan Haji.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah lama nak cerita. dekat seminggu. tp demi utk menjaga 'kemaslahatan' adik Khairani yg di UK, maka niat saya tertangguh.

Jumaat  (15/10/2010) - hari ni, dah 9 hari ayah di Hospital Sbrg Jaya. punca ayah di bawa ke hospital sbb kaki ayah bengkak. ada luka yg mengandungi nanah. ayah mmg takleh pijakkan kaki langsung sbb sakit amat.
ayah selalu check up di sbrg jaya. rekod2 dia semua disana. so segala penyakit ayah doc dah maklum. ayah pesakit diabetis, buah pinggang dan jantung.

khamis 9hb : ayah di pantau di emergency room, lukanya ditebuk utk keluarkan segala darah, nanah dsb. ada jangkitan kuman dalam luka di betis ayah.

jumaat  10hb : ayah id hantar ke wad 5. luka ayah nampak ok. bengkak dah surut. tp ayah mmg tak bleh bgn apatah lg nak berjalan. darah ayah cair sampai kena tambah darah pekat. berapa beg, tak pasti pulak.

sabtu ; doc sahkan buah pinggang ayah bermasalah. buah pinggang kering. jd perlu buat dialisis.

ahad ; doc tebuk perut ayah, utk buat dialisis. maka bermulalah sesi mencuci buah pinggang ayah dgn 60 beg air. (1 beg 500 liter, kalau tak salah.)

isnin : luka di kaki ayah nampak melarat. doc nak operate lagi, tp darah ayah sgt cair.7.8. darah ayah kena 10 baru bleh operate, sbb doc takmau ada mslh semasa/slps pembedahan luka tu.

selasa - rabu : dialisis ayah dah selesai. buah pinggang ayah mcm ok skit (tak sepenuhnya ok). ayah nampak ceria, sehat sikit, bleh bgn dr baring (tp takleh ke toilet sendiri lg, masih pasang tiub kencing). ayah buat kelakar, saya gelak terkekeh2. jd saya ingat ayah dah tak lama lg boleh balik rumah.

khamis (14/10) - slps maghrib, : ayah bgtau dia mengah, sesak dada. mungkin sbb perut dia kembung. adik saya, Mizah sapukan minyak, abg lan urut belakang. tak berapa lama lps tu, ayah sesak nafas. doc/misis bg bantuan kecemasan, tp ayah dah pengsan. ayah dah tak sedarkan diri.

Mizah called saya, sy called abg2, kami laju2 ke hospital. dan start dr itu air mata saya menjadi terlalu murah...

10.45 pm - ayah dimasukkan ke CCU.

keadaannya tenat. paru2 dah dimasuki air, buah pinggangnya dah tak berfungsi, kuman dah masuk dalam darah ayah.

hari ni Jumaat, : doc akan buat jugak pembedahan di kaki ayah. walaupun darah tak stabil. sbb kalau dibiarkan, keadaan tambah teruk. atas semua keadaan2 yg tadi. tapi selepas pembedahan, masih ada risiko2 nya.

buat semua yg membaca, doakan ayah saya. saya belum mampu utk menghentikan airmata saya. moga Allah ringankan penderitaan ayah, permudahkan segalanya utk ayah. kami hanya mahu ayah gembira, walau mcm mana keadaannya, kami redha dan pasrah. Hanya Allah yg berhak dan  berkuasa atas setiap sesuatu.

buat adik Khairani, dlm ramai2 org, kamu kena jd yg paling kuat. walaupun kamu yg paling jauh. selalu ingat, doa anak yg soleh, akan diterima Allah biar dimana pun dia berada. jgn berhenti berdoa utk ayah. ayah syg kamu, ayah sgt syg kamu. 

Ayah, ina syg ayah. Ujian ini berat utk ina, tambahan hanya tinggal beberapa hari lg utk ina,abg an dan juga kakak tinggalkan ayah. tapi hanya Allah yg tahu hikmah di sebalik semua ini. Ina redha ayah, ina redha....

Comments

ct sarah said…
Salam..Insyaallah semunya akan selamat.My grandmother pun pernah masuk ccu puncanya kencing manis.Insyaallah semua akan selamat.Stay strong.My doa always with you...
Hasni said…
Riena, bersabar lah. ini semua ujian dari Allah. jangan berhenti berdoa. aku doakan ayah kembali pulih dan sihat seperti sedia kala. jgn putus asa dan jgn putus berharap. cekalkan dan tabahkan hati. insyaAllah ada hikmah disebalik apa jua yg terjadi. Hanya Allah yang maha mengetahui.
Kniedaz said…
Insya Allah segalanya akan seperti sedia kala..
Thara said…
tabahkan diri kak riena. ingat, setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmahnya. tiqah doakan agar ayah kak riena cepat sembuh, insyaallah.
Kauthar said…
saya doakan segalanya dipermudahkan buat ayah riena dan riena sekeluarga..be strong dear..insyaAllah Allah beri kekuatan utk dugaan besar ini..AMIN!
kinna said…
k riena, tabahkan hatimu..kinah doakan ayah k riena cepat sembuh..insyaAllah
HiDayah@GM said…
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.tp dugaan Allah utk menguji,semoga riena dan keluarga tabah menghadapi.

semoga semuanya selamat dalam lindungan Allah dan berjalan lancar.
aizaph said…
Kak ita doakan ayah riena akan beransur sembuh...riena banyak2 sabar k..kak ita faham..macammana perasaan riena..kaki ta pun dah pernah alami benda yang sama..rasa peritnya..hanya Allah ja yang tau...InsayaALLAH..semuanya akan kembali seperti biasa..AMIN..
shaliza said…
Salam,

Riena, apapun yang terjadi harap awak tabah menghadapinya.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...