Posts

Showing posts from October, 2010

Bumi Madinah,moga ketemu lagi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

got sms from achik at 13:21MST.

"Usai sudah 40 waktu di Masjid Nabawi.
Ya Allah,izinkan kami untuk datang lagi kesini.
Permudahkanlah perjalanan kami ke Mekah hari ini.Amin."

update by ifah.

Rindu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"berzikir bermunajat di dalam masjid.
 airmata bergenang untuk 2 perkara:
 - kerana Allah.
 - rindukan anak. (biasa menidurkan dia sambil berzikir,dah byk hari tak buat..umi rindukan kamu,Nawal.) "

update by ifah.

23102010 - 16 bulan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(scheduled entry - ditulis sebelum saya berlepas.. )

hari ini, 23/10 - Ummi dah jauhhhh meninggalkan nawal. ummi harap nawal baik-baik saja disamping ayah dan mereka yang menyayangi nawal. ummi sekarang berada di Madinah Al-Munawwarah. tok ma selalu ckp, masjid nabawi sgt cantikk. dan itulah yg ummi lihat hari ini.

hari ini jugak, nawal sudah genap 16 bulan, setahun 4 bulan. dah besar dah anak ummi. tentu byk lg keletah baru nawal yg mencuit hati. rindunya ummi pd nawal. tapi rindu ummi pada Rasulullah SAW lebih lagi sayang..

selamat ulang'bulan' yg ke 16 sayang..ummi doakan nawal membesar dgn sihat, dan terus jd anak yg membahagiakan dan menyenangkan hati ummi dan ayah..amin...

rindu nawal..rindu ayah juga...

salam sayang,
Ummi Nawal.

Day 2 - Di Madinah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Nikmatnya baca Quran di Masjid Nabawi macam baca surat cinta dari kekasih.
 Asyik!
 Airmata mengalir tika di makam Rasulullah SAW di Raudhah.
 Sungguh rindu padamu ya Rasulullah..."

update by ifah.

Day 1, 19 Okt 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"pagi yang indah.
 beratur untuk check-in bag di kompleks tabung haji,
 beratur ambil tiket kapal terbang dan passport,
 beratur untuk tukar duit saudi arabiya,
 beratur untuk naik bas.
 lepas ni terus beratur untuk naik kapal terbang.
 hati lapang.
 saya serahkan semuanya pada Allah yang Esa."
update by, ifah.


mulai hari ini sehingga 45 hari berikutnya,segala update di blog ini akan ditulis oleh anak saudara saya,ifah.

Kisah Ayah dan ujian utk anak-anak yg bakal menunaikan Haji.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah lama nak cerita. dekat seminggu. tp demi utk menjaga 'kemaslahatan' adik Khairani yg di UK, maka niat saya tertangguh.

Jumaat  (15/10/2010) - hari ni, dah 9 hari ayah di Hospital Sbrg Jaya. punca ayah di bawa ke hospital sbb kaki ayah bengkak. ada luka yg mengandungi nanah. ayah mmg takleh pijakkan kaki langsung sbb sakit amat.
ayah selalu check up di sbrg jaya. rekod2 dia semua disana. so segala penyakit ayah doc dah maklum. ayah pesakit diabetis, buah pinggang dan jantung.

khamis 9hb : ayah di pantau di emergency room, lukanya ditebuk utk keluarkan segala darah, nanah dsb. ada jangkitan kuman dalam luka di betis ayah.

jumaat  10hb : ayah id hantar ke wad 5. luka ayah nampak ok. bengkak dah surut. tp ayah mmg tak bleh bgn apatah lg nak berjalan. darah ayah cair sampai kena tambah darah pekat. berapa beg, tak pasti pulak.

sabtu ; doc sahkan buah pinggang ayah bermasalah. buah pinggang kering. jd perlu buat dialis…

Sudah sampai masanya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ramai yg bertanya, siapa yg jaga Nawal nanti selepas pemergian saya..??

ingat tak lagi kisah Disember tahun lps, saya berkursus di Shah Alam.
dan juga April tahun ini, saya berkursus di Terengganu.
sebenarnya itu satu latihan utk saya dan juga Nawal. termasuk latihan dia bermalam di rumah mak njangnya di hujung minggu meninggalkan saya dan ayahnya di rumah. yg tu saya rasa selalu jgk.

dan hasil dr itu, dia ok saja. konklusi, tiada masalah. dia behave. tak menangis pelik2. main dgn gembira. mungkin saya sj yg  risau lebih2, sedangkan hakikatnya, dia takde apa2 pun. Alhamdulillah.

jadi bila sampai masanya utk saya tinggalkan dia selama 45 hari, saya yakin, dia tak apa2.
dia hanya perlu doa dari saya. Yang lain2, insyaAllah, serahkan sj pd Allah ada utk lindungi dia.

Mengikut perancangan abg aleh, dia akan tinggalkan Nawal pd mak lang (kakak ipar saya) seperti biasa pd weekdays, setiap pg dia akan hantar Nawal ke Mengkuang.dan …

13/10/2010 : Rabu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari kerja shift petang.
sebelum masuk kerja, lunch dgn Syaza.
belanja dia makan Pizza.

syaza : kenapa achik belanja k nik hari ni?
saya : saja je. kenapa, kena ada sebab ke kalau nak belanja org.
syaza : takdela..saja je la tanya.
saya : takde ape. saja je nak mkn dgn k nik. mana lah tahu kalau ini kali terakhir kita mkn sama2.
syaza : ohh, acik nak pegi mekah.
saya : yelah, mana tau kot achik pegi tak balik dah..
syaza : achik mesti balik punya lah..

Insya Allah. kalau achik balik boleh la makan sama2 lagi..

dah lama tak makan sama2 dgn suami. dah 4 hari kot.
T_T

lagu Maher Zain stuck dalam kepala.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak pulang dr KL menghantar Kyra bulan lps, lagu2 Maher Zain asyik berlegar2 dalam kepala.
Sbb abg ipar drive ditemani Maher Zain (CD lagu2 dia lah.) dah yang lain tak bleh buat teman langsung, dibantainya lena sepanjang jalan.

sejak tu lagu Insya-Allah terutamanya, selalu dilagukan. hinggakan Aisyah Nawal pun dah suka lagu tu.

dan seminggu dua ni, MZ selalu muncul di tv, di suratkhabar sbb dia nak buat show kat Malaysia. Alhamdulillah, dia disambut meriah. ramai yg sukakan lagunya. lagu mcm ni lah yg kita nak. yg mendekatkan kita dgn Allah. semoga ramai lg artis yg dpt buat lagu2 mcm ni. yg bila kita dgr, kita nyanyi, kita ingat Allah. Kita ingat mati. Kita dgr lagu bukan utk hiburan semata2, mcm lagu mizz nina yg ntahapahapa tu, lps tu kata lagu cuma hiburan sj. huh!

antara lirik lagu Maher Zain  yg saya suka :

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps do…

10-10-2010 : it's for 'yu-mi' !!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ramai yg sebut2 tentang tarikh ni. ramai yg nak nikah, bertunang, melamar, bersalin dan lain2 lagi pd tarikh ni.
bg saya ianya biasa2 saja. tak lah excited sgt. lagipun byk yg bersarang dlm kepala saya. jd, tarikh semalam dah tak penting.

tapi rupanya, 101010 tetap menjadi kenangan utk saya.

Aisyah Nawal sudah menyebut 'ummi'

ya, dia panggil saya 'yumi'.

mula2 saya konpius, biasalah, budak baya nawal kan suka membebel yg tak-tahu-butir-bicaranya kan. saya layan je lah. rupanya dia sebut umi secara berulang2.

"yu-mi-yu-mi-yu-mi-yu-mi"

ma bgtau, nawal tidor ptg semalam, bila terjaga terus panggil "yumiii!!"

pg td pun berkali2 dia sebut 'yu-mi' bila dgn saya. terharunyaa..


sayang nawal, agaknya nanti bila saya pulang, mesti banyak lg vocab yg dia boleh sebut. alhamdulillah.

Semua atas izinNya jua..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ingat lg tak kisah saya yg suspen dgn 'bulan tak mengambang' sebelum syawal hari tu?
Alhamdulillah..'bulan akhirnya mengambang' 2 hari sebelum syawal, pd kitaran hari yg ke 38.
jadi mungkin betul ckp Dr Sarah, bulan puasa maybe jd penyebab kelewatan.

saya cuma syukur. saya fikir pasti ada hikmah kenapa Allah jadikan ia begitu.

dan syawal kali ini, saya berjaya (walaupun susah menepis dugaan) melaksanakana puasa 6.
sehingga semalam, 28 syawal, baru lah saya mampu menghabiskan hari yg terakhir, hari ke 6.
(walaupun di landa cirit birit, tp saya gagahkan jua.) Dalam hati saya berdoa tanpa henti, semoga 'bulan tidak mengambang' kerana semalam adalah kitaran yg ke 29. (teruk kan? ada 30 hari, nak dptkan 6 pun sampai last minit!)

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. pd hari ke 30, bulan pun muncul. saya syukur sgt2.

bkn saja selesai puasa 6, Insya-Allah, saya harap saya dapat bersolat 40 waktu di Madin…

malas nak tulis.

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

malas nak tulis. kita tgk gambar saja.

hari kejadian : Sabtu, 2/10/10
lokasi : Kg Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan
pengantin : anak sepupu saya, Fairus, dan Yatie, kwn sekolah Pizah & Muhd.



 tgk nawal sengih, hati saya cair teruss....

  saya cuma ckp, senyum!! terus dia sengeh lebar.

 dengan Tok Ma, " mcm mana laa nanti tokma tak tgk dia 45 hari.."


 cubaan nak jd model ubat batuk cap ibu dan anak. hahaha!
 pengantin dgn ibu dan adik2nya.

 "pakcik, kenapa kamera pakcik besar sgt? nak pinjam boleh?"

 saya buat peace kat kepala pengantin, tp terlindung dgn tengkolok dia. alih2 kepala saya plak ada peace, effect dr apa ntah!
 pengantin sedang berjalan tgh panas. nasiblah...
 ingat lg Siti, anak sepupu saya yg pernah serumah dan sebilik dgn saya? masih beranak 1, dia kata tunggu husben balik mengajar di semenanjung, baru nak tambah lg (skrg suami dia kat Lahad datu, Sabah.)
Rombongan dr Penang, sedang melantak n…