Monday, 27 September 2010

:: Perjalanan Menuju Baitullah (Part 4) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nur yg selama ini menjadi watak utama, ialah saya sendiri. konon2 nak buat ala2 cerpen, atau novel kalau mampu, tp saya tak terdaya. byk kekurangan dan kelemahan dlm penulisan saya. tak cukup ilmu lg. jd coretan2 ini hanya utk peribadi semata2. dan kalau dpt memberi manfaat utk org lain, alhamdulillah, ianya dr Allah SWT.

pada 25 - 26/9, weekend lepas, saya, ma dan abg an menghadiri Kursus Haji Perdana di Dewan Millineum, Kepala Batas. saya tunggu ma jemput saya di rumah LY, sbb suami dan anak bersama mak mentua ke Sik, ke rumah kakak ipar.

masuk je dlm kereta, ma bgtau,"kita bertolak nanti 19hb. "
"dah dpt surat ke ma??"
"baru sampai td."
"nak tgk! nak tgk! " - mcm budak kecik.

saya membaca isi surat Jadual Penerbangan Haji itu dgn airmata berlinang. Sayu, sebak, terharu, gembira teramat.
Impian saya hampir tercapai sedikit masa lagi. dlm hati tak putus2 memanjatkan rasa syukur pd Allah, dan terus berdoa semoga semuanya dipermudahkan olehNya. amin.


sesekali terdetik dlm hati, aku ni hina, byk dosa, layakkah aku untuk menjadi tetamuNya?? seru utk tunaikan haji sudah lama, sejak dr zaman nabi Ibrahim lg. tp, layakkah saya? Moga Allah terima saya dalam keredhaanNya, bkn kemurkaanNya.. amin. amin.amin.

suami selalu pesan, jaga hati, jgn ada sifat riak dan takbur sikit pun. ya, saya faham itu. Moga Allah bantu saya. saya  bergantung dgnNya. tanpa izinNya, saya takkan berhadapan dgn semua ini.

ada yg bertanya, mcm mana saya mampu utk menyediakan belanja utk menunaikan haji?
ya, itu tidak mudah. namun juga ia tidak susah kerana ia kehendak Allah jua.

tambang mengerjakan haji 2010 (muassasah) = RM9,980 (lebih kurg)

wang simpanan dlm TH sejak kecik (sumbangan dr ma dan potongan gaji kakak juga)  = RM3,000 (sebenarnya lebih dr ini, tp saya selalu korek duit dlm TH kalau sesak. pernah saya masukkan duit PTPTN sbyk RM5k masa blajar dulu, tp saya guna habis. mmg teruk.)

mana nak cekau lg RM7k ??

tahun 2007, saya masuk kerja di UiTM.
saya berusaha utk mendapat pengesahan dlm jawatan kurg dr 3 tahun, supaya saya dpt keluarkan wang EPF utk ke mekah.
saya hanya mampu berusaha, berdoa dan selebihnya, bertawakal.
Alhamdulillah, tahun 2009, saya disahkan dlm jawatan, dan bulan 3, 2010 saya keluarkan semua wang saya dlm EPF dan masukkan RM7k dlm TH.
Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan saya. semua atas kehendakNya juga.

wang untuk perbelanjaan di sana :   saya percaya pd rezeki dr Nya. Insya-Allah, adalah nanti tu..

saya cuma pembantu perpustakaan bergred S17. gaji saya cukup2 mkn. namun kalau kita berkehendak, insya-allah, Allah akan lorongkan jalan utk kita.


Semasa di Kursus Haji Perdana, seramai lebih kurang 1300 jemaah bakal2 haji dr seluruh P. Pinang yg serta. ramaiiiii lagi bakal haji/hajah yg muda2. malah ramaii yg muda dr saya Alhamdulillah, ramai org muda yg punya kehendak utk menjadi tetamu Allah.

banyak lg yg hendak saya ceritakan, tambah2 tak payah karang ayat elok2. hehe.
nanti kita sambung lg ya!

5 comments:

kinna said...

cmna nk kuarkan duit epf tu? kena g epf ek? tak tau lak saya.. k riena, nti p sana doakan saya sm tau..nak sgt p haji b4 30's..

RieNa said...

kinah keja gomen kan?
nanti dah sah jwatan, dpt surat dr jpa, bolehla uruskan nak kuarkan epf. tp dgn syarat kinah kena pilih skim pencen.

kalau dah pilih skim pencen bolehlah nk kuarkan epf, nak simpan sampai tunggu dah pencen pun boleh.

cara2 seterusnya tgk entry ni :

http://adzrina.blogspot.com/2010/03/mari-cikgu-nak-ajar.html

shaliza said...

Tahniah Riena,
semoga dipermudahkan segalanya.

RieNa said...

shaliza : amin..trima ksh shaliza

kinna said...

sy ejen gomen sj..takdak pencen2 ni.. :(

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...