Hantar Kyra @ KLIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sedap pulak, panggil nama adik saya as Kyra. biasa panggil dia 'adik' je. family lain panggil dia Nome @ makcik Wangi. mmg unik betul nama dia. oh, nama betul dia Nur Khairani.

seperti yg diceritakan dlm entry sebelum ini, saya ke KL rumah kakak utk hantar dia. sanggup tu tinggal suami dan anak 2 hari 1 mlm sbb nak hantar dia. hei, dia nak pegi obersi ok, lama pulak tu. entah bila dpt jumpa dia lg.

jadi, marilah kita tgk gambar saja.

dari hari rabu hingga jumaat, kyra dgn kakak asyik log in dlm web nih utk tau status visa dia. sehinggakan hari khamis tu setiap setengah jam sekali kami check. kiranya laptop tu on semedang sbb nak cepat. bygkan, hari jumaat, malam dah nak bertolak. pg jumaat visa tak siap lg. bayangkan dia punya risau tu..kyra dah cuak takut tak dpt pi dah, tp kami selalu ingatkan, apa yg terjadi, Allah dah takdirkan yg terbaik utk dia. sampai kakak check setiap 5 minit sekali. sehingga lah jam 10 pg lbh kurg, yeay!! visa dah boleh collect dah!
hilang semua risau, seronok pulak. Alhamdulillah. baru nampak muka Kyra senyum.Terus kakak bwk dia ke KL utk amik visa dia. tanpa visa,mcm mana nak fly?

@ KLIA. anak2 dara dgn kakak/achik dara diorang. sungguh sunyi tanpa Nawal. tp tak dpt bygkan keletihan kalau bwk nawal, mesti tak larat ligan dia kat ruang KLIA yg luas tu..adeii..penat! (baru bayangkan je tu,belum betul2 lg)
dr kiri : Hidayah, Mizah, Kyra, saya, Afifah.

Ayah yang kuat kerana semangat. semangat utk melihat anaknya berjaya. walaupun terpaksa bertongkat, berkereta sorong, tp dia kuatkan diri utk melambai anaknya sebelum berjauhan.

Mak Lin, mak tiri saya yg saya syg dan hormat mcm ibu sendiri. oh, dia cuma menumpang duduk di kerusi roda ayah, bkn mak yg berkerusi roda.
hai Kyra! nampak ja pendiam, tp pandai posing jugak ye! hehehe

  
tgk muka ketiga2nya, mimik muka yg sama ja. mak sedara yg kat tgh, yg kiri kanan tu anak2 sedara. tp anak2 sedara lg besar dr mak sedara. oh ya, beza umor Kyra dgn ifah cuma 6 hari, kyra lahir 21 mac 1990, dan Ifah 27 mac 1990. karakter yg sama = pendiam.

mak selalu ckp, Kyra mcm saya dulu2, kurus tinggi. muka pun nak sama. bezanya skrg, saya lebih bulat. huhuhu
kakak sulong dan adik bongsunya. :)

Ayah dan anak bongsunya. selepas gambar ni di ambil, ayah menangis tiba2. tentu dia sebak mengenangkan dia akan berjauhan dgn anaknya. Kyra pun sama, dia pun sedih sebenarnya.

kakak dan abg pi berbuka puasa di anjung tinjau KLIA. haha! kellas kan? tp makanan bwk sendiri dr rumah. mak masak sambal udang + petai, ikan siakap sweet sour, sayur kobis dan gulai ayam ikan kakak. (tiba2 laparrr..)

ayah, kenapa serius sgt? saya rasa ayah tak larat sgt time ni. dgn sejuknya, dgn duduk lama, dgn nak jln tak larat. taktaulah byk mana kesakitan yg ayah tanggung. tp dia tak mengeluh pun.

bergambar ramai2, tp minus mak sbb dia gi toilet. ifah dah blk.

adik2 dara saya, Mizah dan Dayah, plus anak sedara, syaza/kak nik yg tgh2..

Kyra dan kawan2 seangkatan.

lagi kawan2 seangkatan. saya rasa dlm 30 lebih kot utk flight mlm tu.

 "tgn ayah kebas.." mungkin sbb lama sgt duduk dlm aircond, dr pukul 6 sampai 11 mmg lah tak tahan..kesian ayah..

masa keberangkatan Kyra, takde sapa yg amik gambar lg. sbb masing2 dah berpelukan dan sebak. esp ayah dan mak. kami semua bergenang air mata bila tgk Kyra peluk ayah, ucap selamat tinggal dan mintak ayah doakan dia. saya tahu apa yg ayah fikirkan, saya cuma doakan Allah beri kesejahteraan utk kedua-duanya..

kakak, ayah dan mak pulang ke P.Pinang naik flight sejurus selepas Kyra masuk boarding room. (ye ke boarding room, isy i tak biasa lah naik kapal terbang.hehe) alaa, bilik menunggu tu..yg sebelum masuk perut kapal terbang tu. manakala abg pi, saya, syaza, dayah dan mizah balik dgn innova abg pi mlm tu jgk ke p.pinang. ifah tak blk, dia jd guard kat umah bangi. dia blk awal2 lg sblm tu sbb dah mlm sgt.

kenapa blk cpt sgt? kenapa tak stay dulu dan blk keesokkannya?
sbb rumah saya di kg petani dah penuh saudara mara dr kelantan. hari sabtu ada kenduri di ptg to bidan. jd perlu blk segera. next entry lah saya cerita.

bertolak dr KLIA jam 10.30 mlm, sampai subaidah ptg pauh jam 2.00 pg. huh, laju betul abg pi bwk.

Comments

Na, sedih baca entry ni..:((
RieNa said…
riena sedih bila tgk keadaan ayah. dia tak sehat, anak jauh pulak. sian dia.. :(
shaliza said…
yelah,sebak pulak baca n3 ni...

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...