Friday, 3 September 2010

Emosi kerana apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi."
 sumber : http://www.asida.net/2006/11/03/tanda-tanda-hamil/

masalahnya, emosi apakah yg saya sedang alami? rasanya ok saja.

p/s : hari ke 33. saya sudah bersedia dari segi emosi, mental dan fizikal. Terima kasih Dr. Sarah Sofian atas nasihat.

6 comments:

kinna said...

k riena peknen ka??? tipah peknen anak second la ni..jat plak tgg anak raya ja..produktif snggh batch saya,kan? hehe

RieNa said...

haih. dak lah. belum disahkan lg. cuma period tak mai lg.

tahniah utk kwn2 kinah. rezeki tu..

Nihlah Insyirah said...

Riena,, dulu Ana tau yg dia pregnant lagi utk 2nd masa Insyirah umur 15 bulan. Insyirah bersalin melalui bedah juga.

Pasal haji,, skrg ni kalau pregnant, tabung haji tak bagi pi ka? Tiba-tiba teringat cerita dulu-dulu, masa arwah mak aku nak pi haji, dia sedang mengandung 7 atau 8 bulan kot. Mula-mula takut tak dibenarkan pi. Alhamdulillah dapat juga pi dan sempurnakan haji. Sempat lagi bersalin kat Malaysia.

Kita hanya merancang, tapi Allah jualah perancang terbaik.

Nihlah Insyirah said...

yang bener

- dolah -

p.s. pembetulan--> "Insyirah dilahirkan..." bukan Insyirah yang bersalin :D

RieNa said...

pak lah, kalau betul +ve, aku terima dgn redha. bersyukur dgn rezeki dr Nya. cuma kesian pd Nawal yg masih perlukan perhatian lebih.

belum +ve lg.

ya, TH akan gugurkan terus nama kalau dia tau kita pregnant. tunda thn dpn plak. tp thn dpn aku kena cari muhrim lain pulak. anak 2 org nak tinggal. mcm2 lah.

tapi aku pasrah dgn ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk aku.

Thara said...

kak riena, get a UPT! put a stop to all this mystery!

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...