pg2 dah syahdu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pagi ni, lepas dah siap nak ke tempat kerja, saya duduk bersila mengadap ma.
acara rutin setiap bulan iaitu menyerahkan 10% dr duit gaji, hadiah utk ma.

"ma, ini duit ma. buat belanja ya! "

"terima kasih..Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anakku ini, kurniakan dia kesabaran..Kau tetapkan iman nya..berkati dia dunia dan akhirat..amin..." sambil pegang tgn saya dan gosok kepala saya..

selalunya saya aminkan sambil sengih2 saja. tp hari ni entah kenapa saya rasa sebak bila ma doakan saya begitu.

syahdu..kalau ma tiada lagi, siapa yg nak doakan saya nanti..???

Comments

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...