Monday, 16 August 2010

kakak, boleh tak jgn marah2?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Lepas berbuka semalam, abg aleh buka cerita tentang staf kaunter di pej pos yangtidakdapatdiberitahutempatnya.
katanya, kakak yg jaga kaunter tu marah2 bila ditanya tentang status saman yg kena bayar dulu sebelum ambil roadtax. kata diberi penangguhan sehingga Februari thn dpn, tp kenapa tak dpt renew jugak?

sebelum beredar dr kaunter pejabat pos tu, abg aleh sempat sound staff tersebut,"kak, saya pun puasa jgk, penat jgk, tp tak payahla marah2 saya, saya cuma tanya saja.."

saya senyum saja bila abg aleh bercerita mcm tu. saya cakap, maafkanlah kakak tu. dia tak sengaja nak marah2 abang.

saya bukan nak defend staff yg marahkan pelanggan di kaunter, tp saya faham sgt perasaan org2 yg bertugas di kaunter. sungguh, hanya yg pernah bekerja dikaunter saja yg faham perasaan petugas kaunter.

ya betul, kita mmg kena mesra pelanggan. kena layan pelanggan sebaiknya. kena senyum sentiasa. ramah. sentiasa menolong. sabar. berhemah. dan lain2 yg sewaktu dgnnya.

tp, staff kaunter tetap manusia biasa yg punya kelemahan.

ada masa dia penat.
ada masa dia sakit.
ada masa dia tension.
ada masa dia runsing.
ada masa dia lapar.
dan macam2 lagi.

dan di kala semua itu berlaku padanya, dan dia tetap kena bertugas di kaunter jugak, apa daya dia. dia cuba utk memberikan yg terbaik, tp ada masa2 yg menyebabkan dia tak mampu.Sepatutnya ketika dia tak mampu utk ceria, dia tak boleh duduk di kaunter, tp dah kerja dia, nak tak nak, dia kena jugak. dia kena lawanlah semua halangan2 tu. tp itulah, dia cuma manusia biasa.

hehe, saya pun petugas kaunter. hari2 kena hadapi karenah student yg mcm2. pening. penat. tp saya enjoy. setakat inilah (tp bos tolong..saya nak tukar bahagian lain pulak..) kdg2 mmg ada tertekan sikit, tp bkn hari2. mungkin pd hari saya depress,time tu lah mungkin ada student yg kena marah, di luar kesedaran saya. tp bkn hari2 ada student kena marah. dan mungkin time abg aleh kena marah tu, adalah time kakak pej pos tu tak sihat. mana tau kan?

"kakak, senyum la sikit. tak baik masam2 bulan puasa ni..'' - pg td. dah kena tegur dek student. saya balas dengan perkataan maaf dan beri dia senyuman termanis.

dan percayalah, bila anda selesai urusan dan ucap terima kasih dgn senyuman manis, anda akan buat petugas kaunter gembira.

2 comments:

Thara said...

hmm betol. tapi kadang2 dah ckp terima kasih, derang buat dek je, pandang kita pon tak nak. itu nak buat apa tu?

RieNa said...

hmm. itu dia alami masalah kejiwaan. jiwa kacau. kena jumpa pakar. ahaha!

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...