Friday, 6 August 2010

:: 120803 - in memory... ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ia adalah sejarah. dan tak mungkin dilupakan. mungkin pada awalnya ia kenangan pahit, tp sudah menjadi memori bermakna. :)
saya ingat nak publiskan entry ni pd 12hb, tp lambat sgt, blog ni dah muram tanpa entry. tak apalah, dah masuk ogos kan..


saya masih simpan emel yg saya hantar kpd kawan2 selepas kejadian ni berlaku.. masih ada dlm folder sent. dan saya copy ke sini. 
suka diingatkan. emel ni dikarang 7 thn lps. 7 tahun ok. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

betul apa yg dibgtau oleh sedara Muhd..umah aku di kg petani, penang terbakar hangus..kalau korang baca harian metro 13hb Ogos ms 16N..tu laa berita pasal umah kesayangan kami sekeluarga..dan gambar bdk dlm tu adalah gambaq anak sedara aku yg terselamat...

alhamdulillah..tu adalah ucapan aku berkali2..mmg pd mula aku terima berita tu (masa tu dlm kuliah ptg selasa 12hb) aku terkejut..terpana..kehilangan kata2..tak terbyg umah kesygan kami tu dah tak wujud..heh..terus aku kol my mum..ask her..ma dah lembik lutut,tak mampu nak drive keta dia blk umah dr kedai dia di mara BM..sian ma..ma sedih sgt2 sbb umah tu dr hasil titik peluh dia..hasil dr amik upah menjahit berthn2..heh..mmg sedih..sedih2 aku mungkin tak sama dgn sedih yg ma  tanggung..

abih kelas kul 4, aku dgn kakak aku try utk blk..tiket flightt dah abih..sarah nur alya shbtku kol aku..pujuk aku..alhamdulillah..my true fren is alwizz there wpun jarang bersama..sarah,aku tak naik flight laa..tiket abih..(ada ka dia kata aku berlagak??tak padan umah terbakar ada hati nak naik flight lg!! sarah ni dia mmg  sewel..) last2 aku naik bas di pudu kul 730 mlm dgn kakak aku..dgn hati yg tak tenang..dan sentiasa diburu pelbagai persoalan..aku tak sabar nak blk utk memeluk ma...sian ma..

kul 9 mlm..ada seseorg telepon, habaq yg dia dah sampai png dr aceh..terkejut dia bila aku habaq yg aku blk sbb umah terbakaq..heh..sempat dia terperasan mula2 aku habaq yg aku dok atas bas nak blk penang..dia ingat aku blk sbb nak sambut dia laa konon...

hmm..sampai kul 12 malam kat umah..abg aku no 2 (abg man)  amik di tol juru..kami berpelukan kesedihan..sblm sampai umah, aku dan kakak cuba membayangkan keadaan terburuk yg berlaku pd umah kami..heh..tp..bila tgk..lg buruk dr yg aku bygkan.....teruk!!abih!!hangus!!jejak kaki di umah, ayah aku sambut..aku peluk ayah sambil menitiskan airmata.."ayah..umah riena dah takdak..." ayah kata.."tuhan bg pinjam umah ni utk 13 thn ja nak..dan sampai masa tuhan tarik blk.." aku tau ayah pun sedih sbb umah tu dr hasil tgn dia..ayah aku yg bina sendiri umah tu..(wpun ma dan ayah berpisah sejak 21 thn lalu..)
masih ada brg2 yg selamat..brg2 dapoq,mcm peti ais,dapur,mesin basuh,kain baju mak aku..buku2 skolah aku..yg lain2..hancus..paling kesian brg2 abg man dan keluarganya yg masih belom dipindahkan ke rumah baru dia..habih semua..dia mmg tinggal sehelai sepinggang..sian anak2 dia..

hmm..kami berkampung dpn umah tu..berbicara..post-mortem blk dgn apa yg terjadi..aku termenung pjg..semua mcm tu..tp aku nampak wajah2 adik beradik aku..kakak2 ipaq aku..ma,abah,ayah..anak2 sedara aku..semua merelakan..semua terima dgn redha kejadian ni..alhamdulillah..kami mula merancang apa yg bakal kami buat utk masa depan..alhamdulillah..setakat ni kakak sulong aku ada umah sendiri di bangi dan tmn guaq perahu..abg man sedang dlm pembinaan umah dia di kg pelet,dah nak siap..abg lan pulak baru sebulan pindah kat umah dia di mengkuang..umah kg petani tu yg tinggal ma,abah,abg an dan aku (tu pun kalau aku blk..dan byk masa aku di bangi,umah kakak aku ..) dan keputusan setakat ni, ma akan tinggal di umah kakak di tmn guaq perahu yg kosong..kami bersyukur sbb kami masih ada tempat utk berteduh..byk plak tu..!!insyallah,umah di kg petani akan dibina semula kalau ada rezeki..sbb tu laa umah abg an dan umah aku...

masa ni aku rasa bersyukur..aku ada keluarga yg redha..yg terima segala kejadian..aku ada sedara-mara yg prihatin..aku ada sahabat2 yg setia disisi..yg tepon..yg sms..thanx frens..aku ada "seseorg" utk aku berkonsi cerita,,utk aku mengadu..(heh..tak sangka tarikh 12/8 yg sepatutnya aku tunggu kepulangan seseorg.akan dikejutkan dgn berita gempar ni..) apa2 pun..aku sgt bersyukur..i'm fine..i'm ok..and i'm happy..

kwn2 irshad..thanks..kwn2 ukm..syukran..kalian sgt bermakna dlm hidup aku..mira,sarah,mama sifah,pizah,su najmi,zahidah(weh,kem salam kat YDP yg prihatin tu),paklah,suzie,awie dan shbt2 lain yg tak aku senaraikan disini..u know who u are..ops! buat sdr aleh yg best..hehehe..terima kasih byk2...
hmm..setiap yg berlaku..adalaa hikmahnya..pandanglah dr sudut yg +ve..dan kita akan terasa nikmatnya..aku syukur sbb ALLAH pandang kami sekeluarga,maka sbb tu kami diuji dgn dugaan hebat ni..tanda ALLAH syg..kan???

okeh..sekian crita dr aku yg terbakar umahnya...doakan kesejahteraan kami sekeluarga..

====================================

assalamualaikum..

frens..terima kasih diatas keprihatinan kalian..yg emel,sms,call..kalian buat aku semakin
tabah..kondisi aku skrg makin membaik..aku ok,mcm yg aku ckp slalu..i'm ok, i'm fine n i'm hepi..alhamdulillah...

"mayat" rumah aku dah dirobohkan kemarin (ahad)..semua berjalan lancar..abg2 aku dilanda demam..terkejut agaknya..kakak aku demam jgk..sian depa nih..aku ja yg sihat sejahtera..abg aku kata aku hati "stonecold"..ye ke???heh! aku sedih dlm ati ja...dah tak larat nak nangis aahh~!!

hmm..aku nak crita kat hangpa cerita2 diseblk kejadian kebakaran tuh..yg buat kami tersenyum dan tersedu..

1. masa umah mula terbakar,anak sedara aku si azzam (11thn) dok lena kat sofa umah bwh.tau dak..dia ponteng kelas KAFA di skolah..kononnya cikgu dia takdak..dia ni mmg kuat lena (mewarisi perangai aku laa tu..!)..masa umah terbakaq jiran2 ketuk pintu dia tak jaga2..mcm2 depa buat nak suruh dia sedaq..last2 kena pecahkan tingkap,baling batu kat dia baru dia jaga..meluru dia kluaq umah..ni crita dia bila ditemubual aku.."abg dengaq bunyi bising kat atas umah..abg ingat abah saja buat bising..abg tidoqlaa blk..pastu abg rasa panas..abg ingat mak tutup kipas..abg tidoq  blk..lepas batu kena kepala abg baru abg rasa pelik,pastu org dok bising2 kat luaq umah.."

2. sblm kluaq umah,azzam sempat kedapur carik adik2 dia..(heh,syg jgk dia kat adik2 yg slalu dibulinya..)10 saat lepas azzam kuaq,api dah jatuh atas sofa tempat azzam lena td...fuh..alhamdulillah..Allah masih pjgkan umor anak sedara aku nih..

3. abg man aku lemah longlai bila dia blk tgk basikal anak sulong dia (azzam) ada di dpn umah..dia ingat anaknya ada kat dlm..dia peluk azzam kuat bila tgk anaknya selamat..

4. adik azzam (nadia) blk dr KAFA..dok nyanyi2 lagu "rumah terbakar panggil bomba..bomba dtg berlumba2.." tgk2 ada bomba sungguh kat umah!! terpana dia!!

5. sorg anggota bomba ckp kat org ramai2.."nasib baiklaa adik2 dia takdak kat rumah..depa pi CARREFOUR,kalau tak taktaulaa apa jd.."
hahahahaha!!!! pi KAFA laa pakcik..!! bukan CARREFOUR!!!!

6. ada sepupu aku mai dr kelantan..saja nak ziarah,buat surprisedlaa kononnya....tgk2 ada ramai org kat umah..dia ingat ada org mati..~!!!!heh..

7. aku tanya nadia (8thn), perasaan dia bila tgk umah kita terbakar.."hehe..seronok!!tak payah pi sekolah!!!" alahai...budak2....

8. si naja (kakak nadia,10 thn) menangis bila tgk atas rumah..katanya.."buku agama naja terbakaq..mcmmana naja nak pi skolah besok..baju skolah naja terbakar..buku2 naja terbakaq..naja nak pi skolah camna.." anak sedara aku yg tu mmg rajin..(mewarisi perangai aku gak tuh~!!)

9. ma aku sedih sgt sbb brg2 dia yg paling berharga terbakar..tau dak apa..?? bantal dgn selimut dia..benda2 tu paling ma aku syg..ma payah lena dgn bantal dan slimut lain...sian ma..hehe

10. hmmm..aku kena basuh semua baju2 mak aku yg terselamat..hehe..mcm nak patah pinggang aku..baju ma,baju abah..terdetik dlm ati aku.."pasaipaalaa tak terbakaq jugak baju2 ni..kalau tak takyah penat2 basuh.."hehehehe...jahat kan aku?????

hehehehe...tu ja kot crita2 disebalik api..ada lagi..tp aku tak ingt aa``!!
---------------------------------------------------------------------------------------------------

bila baca balik emel ni, saya senyum sendiri. ia kenangan yg tak mungkin terlupakan. ya, kami bernasib baik kerana tiada yg tercedera mahupun maut. ALHAMDULILLAH.

:: Azzam, hero dlm kisah ni, dah pun berusia 18 thn.
:: Rumah di Taman Guar Perahu milik kakak dah jadi milik org lain. kakak dan abg pi dah let go sblm diorang menunaikan haji.
:: 'seseorang' yang dimaksudkan dlm ayat ''ada seseorg telepon, habaq yg dia dah sampai png dr aceh..terkejut dia bila aku habaq yg aku blk sbb umah terbakaq..'' - dia adalah abg aleh, suami saya sekarang. :)
:: bila duduk di rumah ma sekarang. mcm tak percaya rumah dulu terbakar. tp kadang2 terasa rindu rumah dulu.. T_T
:: selepas kejadian tu, kalau dgr berita rumah terbakar, mesti rasa simpati yg amat, sbb dah faham perasaannya kalau rumah terbakar.

sesekali mengenang kisah silam, bagus jgk kan?

7 comments:

elmo chemo said...

syukur semua selamat kan kak.

tapi saya geli hati baca list no 4, 5, 7. alahaiiii.

RieNa said...

itulah, masih ada nasib baik dlm bencana ni.

hehe, mmg lucu bila dikenang kembali.

wawa said...

x sangka kak ada pgalamn cam gini. Satu family tabah. Nnti cite kat Nawal plak. Mesti dia kagum ngan mak n tok Nawal.

RieNa said...

sygnya tak simpan gambaq umah lps terbakar. kalau tak boleh tunjuk.

mekchu said...

hehehe.. kagum nye simpan lagi e-mel lama cam tu.. kenangan....

MyzwaR said...

sedara Muhd tu sapa??? terkujat aku baca mula2... ingatkn cerita pasal apa... kekekeke.. (saja nk perasan sorg2... haha)

RieNa said...

muhd tu kamu lah. hang yg mula2 hantar emel ucap takziah kat aku. aku pun xtau hg tau dr mana.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...