Monday, 12 July 2010

sebuk sebuk sebuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

blog takda banyak entry mcm lepas2. last week cuma 2 entry.
maaflah, tuan blog banyak betul kerja. macamlah ada org nak baca blog dia.huhu

secara ringkasnya ;

saya sendiri
student baru UiTMPP utk sem ini berjumlah 3000 lebih. bayangkan Sudut It ni memanjang penuh. dok kaunter tgn rasa mcm paul the octopus  sotong dah. mmg tak sempat nak tulih blog apatah lg nak ziarah blog kwn2. ada masa skit waktu rehat lah. tu pun kdg2 je sbb mata mengantuk dan tgn letih nak menaip.

minggu ni nak exam PTK plak. jd ada masa skit kena belek buku. haiya. malas betul nak study2 nih.. tu pun ada hati nak sambung MA? huhuhu


Suami aka abg aleh
dia baik2 saja. sejak dia meninggalkan mkn di waktu malam, seluar dia dah longgar skit. tekanan darah pun dah turun skit (baru2 ni tekanan darah naik,yelah mkn tak jaga,kerja teruk). semoga Allah berikan dia kesihatan yg baik dan murahkan rezekinya.
oh ya, semalam dia tgk bola di rumah saja, tu pun 15 minit saja lps tu dah terlelap. letih sgt mungkin.

Aisyah Nawal
dia dah setahun 2 minggu ++. masih belum berjalan. masih lembut pinggang dan malas jugak.
selalu kena sembelit akibat mkn apa saja yg org suap.
makin byk peel. tp she's adorable. at least for me lah kan.. :)

Ma
alhamdulillah, ma dapat menunaikan haji lg tahun ni menyertai saya dan abg an. saya happy sgt2. apa lg yg lebih menggembirakan selain dr dpt menunaikan haji bersama bonda tercinta.
baru2 ni purse ma dicurik org. dalam tu ada duit kutu saya baru dapat.jumlah RM1100. mmg saya frust, tp apa nak buat. bukan rezeki saya. Moga si pencuri tu insaf satu hari nanti sebelum dia mati dgn sia2.

lain2. - semua baik2 saja. dapur rumah ma sedang diubahsuai. dan sepatutnya dapur tu kena upgrade. kalau tak asyik berlaga punggung sbb sempit . haha :)

ok dah. kita tutup entry ini dgn muka nawal yg nakal.


(gambar diambil di Puncak Mutiara Kg Pelet 10072010, terima kasih kakak sbb belanja kami. semoga Allah murahkan rezeki kakak sekeluarga. amin!)

9 comments:

Kniedaz said...

Ma pun g haji sama ngan riena? wah bestnya g ngan mak sendiri..sama flight ke? wah..bawak gambar nawal yg ni..cumel sangat hehe

RieNa said...

insya-allah, tp flight tak sure lg sama ke tak. harap2 sama lah.

itulah, muka ni cheeky betul. mmg kena print out gambar ni nanti bwk bekal. hehe

kinna said...

syoknye memuda lg dh nek haji..sy insyaAllah next year atau 2012..doakan ye..
p/s: nmpk nwl bolat sket ;)

shasa said...

baru jer tgk jjcm...teringin nak gi makan kat situ...

RieNa said...

kinna : alhamdulillah.semoga semuanya lancar.amin...

sha : lama sha x komen kat cni. nanti mai penang riena bwk k.

iem said...

salam kenal..comelnya tengok nawal nii..kecik2 nk gie haji yeh..bagusnya

RieNa said...

salam ummi naufal..

hehe..nawal tak pegi lg..nawal kena tinggal,dok umah dgn ayah nanti..

ummi ckp 1 hari nanti..insya-allah.

terima kasih sudi jenguk ummi nawal~!

MyzwaR said...

1. takziah atas kehilangan duit tersebut... moga ada ianya salah satu hikmah penyucian sblm saudari pergi ke tanah suci...

2. tahniah kerana saudari bakal menjejakkn kaki ke tanah suci... doakn kami yg lain2 menyusul utk satu kewajipan haji 1 hari nnt...

3. sudi2 lah bawa saya ke puncak mutiara itu juga... :)

RieNa said...

en myzwar abduh,

1. terima kasih. tapi kesian ma, sbb ma telah gantikan duit saya yg hilang tu.

2. terima kasih. insya-allah,kita semua akan ke sana nanti.amin.

3. kamu pergilah sendiri, jalan kg yg pernah saya tunjuk kat kamu masa nak larikan diri dr jalan pasar mlm. kat situ saja.

terima kasih. :)

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...