Friday, 23 July 2010

ketumbit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

minggu lepas, mata nawal naik ketumbit. sian nawal. mula2 ummi nampak mata nawal bengkak,merah2. dua hari kemudian naik biji di bibir mata. ummi tanya nawal sakit tak? nawal diam je. nangis pun tak. tak sakit la kot.

ummi bawak nawal jumpa Doc Aziz, dia belek2 mata Nawal, betullah,mmg ketumbit. baby/budak2 pun boleh naik ketumbit tau, bkn org besar2 je. Jangkitan kuman, biasalah. Doc bagi ubat sapu, ubat thn sakit dan juga antibiotik.



tgk mata nawal, dlm biji tu ada darah.


makin sepet lah anak ayah ni.


 susah betul nak ambik gambar mata dia.



nawal mengantuk. mau tidur dulu. masih tidur lena lg walaupun mata ketumbit. Alhamdulillah.

 Hmm, sakit mata nawal ni amik masa dalam 10 hari jugak. dr awal bengkak hingga biji ketumbit tu pecah dan bengkak surut. kesian anak ummi. tak apalah, ini pengalaman utk nawal dan untuk ummi jugak.

Nawal sudah setahun 1 bulan.
boleh berjalan dah tp malas berjalan. asyik takut2 dan goyang2.
mcm mana nak pupuk keyakinan dia..??

ummi cuma tahu satu : practice makes perfect.
jadi, berlatihlah selalu.


info tentang ketumbit di : SIHAT SELALU
terima kasih armouris!

3 comments:

Thara said...

uish. seriau tengok ketumbit tu! tak penah dgr pulak ketumbit on babies! ada cara2 ke nak pulihkan/jaga ketumbit tu? bile ketumbit, ada keluar excessive eyewax tak?

wah nawal dah bole berjalan! amik la video! goyang2 pon takpelah! :D aydein baru bole 2, 3 tapak. pastu jatuh. pastu nak merangkak teros. saba je la :P

RieNa said...

org tua2 ckp kalau ketumbit tenyeh bwg putih. tp takkan kita nak tenyeh kat mata budak kecik camtu. kalau org besar takpela. doc bg ubat sapu, yg selamat utk mata. tak pedih, tak sakit. mcm krim. ketumbit nawal takde eyewax, bkn kata berlebihan, tp langsung takde.

nak amik video tp baru nak cari kamera dia dah jatuh dulu. mcm aydein la, kalau dah jatuh terus merangkak. geram tgk.

armouris said...

info tentang ketumbit di SIHAT SELALU - Radang Punca Ketumbit

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...