i'm a toddler~!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nawal sudah besar. Nawal bukan baby lg tau.

sbbnya.. :

1. rambut nawal dah panjang, sampai Tok Ma kena potong bahagian dpn sbb asyik tutup mata Nawal.


2. Nawal boleh duduk dlm kereta tanpa carseat, Nawal behave ok! bolehlah kalau terdesak takde carseat,nawal dah boleh jg diri sendiri. tp ummi tak galakkan sbb still bahaya. time nawal lasak sgt siapa tahu kan?


3. Nawal dah pandai minum guna straw, jadi ummi belikan nawal botol air yg ada straw tu, nawal suka minum dlm tu, abis air mineral sebotol nawal minum. Ummi, lps ni boleh buat susu nawal dlm botol ni ya! tak matured la minum dr botol susu. eheh!



4. Nawal juga dah pandai naik dan turun dari sofa dan katil. tengok, dulu nawal pernah jatuh katil tau, tp skrg nawal dah pandai turun katil sendiri. tapi ummi tak kasi nawal tidor atas katil lg, ye lah, nawal bila dah tido tak sedar diri, golek2 jatuh katil, mcm mana? so Aydein, jgn tidor atas katil lg tau! walaupun kita dah terer memanjat katil. hehe


5. Ummi selalu mengeluh tiap kali nak pakaikan nawal diaper dan baju lps mandi, sbb nawal tak reti dok diam. jenuh ummi mengumpan nawal dgn mcm2 benda supaya nawal dok diam selama 10 saat. itupun kdg2 je berjaya, selebihnya,ummi kena kejar. hehe. sorilah ummi, nawal rasa buang masa dok diam2 pakai pampes, byk keje nawal nak buat ni tau.

6. oh ya, nawal pun dah pandai berjoget bila dgr lagu. hehehe. ummi tak sempat nak rakam video lagi. ummi, nanti rakam tau!

7. dan, nawal dah mula faham apa yg org dewasa ckp. cthnya : kalau sebut nak gi jalan, laju je nawal amik kasut. kalau ummi ckp jom makan, nawal akan tadah tgn baca doa. kalau ummi kata, buang puting, malu org tgk nawal isap puting, nawal akan buang puting dan-dan tu jgk. walaupun nawal tak pandai berckp lg, tp jgn risau, nawal faham apa yg kalian ckp.. :) dan sbb nawal faham lah, maka nawal selalu tolong ummi skrg ni.. :)

8. ada beberapa perkataan yg nawal boleh sebut, mcm ayyaahh - ayah, tan - mkn, dan epeh - pampes. jadilaa buat masa ni, pelan-pelan lah kan..

9. nawal takleh jln laju2 lg, masih bertatih dan jatuh. tak sempat ummi nak on video, nawal dah jatuh dulu. hehe. takpa, ummi sabar ye, ummi tu tak sabar nak bwk nawal jln kat mengkuang dam la tu..kan?kan?

itu saja kot buat masa ni. kalau ada lg nanti nawal tulis lg ya.



seronok jd kanak-kanak. yeay!

Comments

p.i.n.a.t. said…
ahah..rambut nawal cm org iban...kekeke.~
Thara said…
ohno rambut nawal! sayangnya rambut ikal mayang dia tu! :( takpe takpe, rambut bole tumbuh balik. jangan emo. :P

nawal sounds so much like aydein! cuma part dok dlm kete pakai seatbelt tu belom penah try. risau takut pasal budak kecik tu tak reti dok diam. bahaya!

anyhow, happy growing up nawal! ;)
Nia said…
Salam ziarah Riena, seronok tengok anak2 membesarkan. Rasa sekejap aje. Tapi, time umur dia mcam ni la yang paling penat nak jaga, sebab dia dah pandai panjat2, ada aje aktiviti dia kan.

Entri Terkini: Anak pun kena kerja
RieNa said…
kak long : iban pun comel pe~!!

Tiqah : potong depan je, rambut blkg masih ikal mayang lg.hehe. serabutlah asyik tutup mata dia wpun dah ikat.
yeah, jgn bg duduk tanpa carseat @ org dewasa. budak2 ni lasak tak ingat, bahaya bahaya.

nia : welcome! thanx sudi jengah blog tak seberapa ni.

ya, mmg penat tp puas hati tgk anak2 membesar dan sihat. takpe, lasak tu tanda dia cerdik. alhamdulillah.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...