Thursday, 29 July 2010

takyah baca, entry ni pendek giler.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

selepas kereta di basuh oleh encik2 di car wash td, perasaan lega mcm baru lepas bayar hutang RM100.

kesian betul kereta tu dpt tuan / puan mcm aleh / riena ni. huhuhu~!

Wednesday, 28 July 2010

Picture of the day~!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pg tadi, tgh layan nawal menyepahkan brg2 dlm handbag saya (bukan boleh larang, larang mcm kita suruh plak, bg dia lah.)

saya amik kamera,
and said, " ok nawal, ummi nak amik gambar, senyummm!"


tau dia senyum mcm mana?

like this :



hahahahaha!! kelakar tgk gigi kapak dia yg jarang2 tu! hahahahahahahahaha!

lps tu saya amik gambar lg suruh senyum lg, tak nak dah dia. sekali tu je dia senyum..haih!

this pic is dedicated to those who miss her. :p

Tuesday, 27 July 2010

i'm a toddler~!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nawal sudah besar. Nawal bukan baby lg tau.

sbbnya.. :

1. rambut nawal dah panjang, sampai Tok Ma kena potong bahagian dpn sbb asyik tutup mata Nawal.


2. Nawal boleh duduk dlm kereta tanpa carseat, Nawal behave ok! bolehlah kalau terdesak takde carseat,nawal dah boleh jg diri sendiri. tp ummi tak galakkan sbb still bahaya. time nawal lasak sgt siapa tahu kan?


3. Nawal dah pandai minum guna straw, jadi ummi belikan nawal botol air yg ada straw tu, nawal suka minum dlm tu, abis air mineral sebotol nawal minum. Ummi, lps ni boleh buat susu nawal dlm botol ni ya! tak matured la minum dr botol susu. eheh!



4. Nawal juga dah pandai naik dan turun dari sofa dan katil. tengok, dulu nawal pernah jatuh katil tau, tp skrg nawal dah pandai turun katil sendiri. tapi ummi tak kasi nawal tidor atas katil lg, ye lah, nawal bila dah tido tak sedar diri, golek2 jatuh katil, mcm mana? so Aydein, jgn tidor atas katil lg tau! walaupun kita dah terer memanjat katil. hehe


5. Ummi selalu mengeluh tiap kali nak pakaikan nawal diaper dan baju lps mandi, sbb nawal tak reti dok diam. jenuh ummi mengumpan nawal dgn mcm2 benda supaya nawal dok diam selama 10 saat. itupun kdg2 je berjaya, selebihnya,ummi kena kejar. hehe. sorilah ummi, nawal rasa buang masa dok diam2 pakai pampes, byk keje nawal nak buat ni tau.

6. oh ya, nawal pun dah pandai berjoget bila dgr lagu. hehehe. ummi tak sempat nak rakam video lagi. ummi, nanti rakam tau!

7. dan, nawal dah mula faham apa yg org dewasa ckp. cthnya : kalau sebut nak gi jalan, laju je nawal amik kasut. kalau ummi ckp jom makan, nawal akan tadah tgn baca doa. kalau ummi kata, buang puting, malu org tgk nawal isap puting, nawal akan buang puting dan-dan tu jgk. walaupun nawal tak pandai berckp lg, tp jgn risau, nawal faham apa yg kalian ckp.. :) dan sbb nawal faham lah, maka nawal selalu tolong ummi skrg ni.. :)

8. ada beberapa perkataan yg nawal boleh sebut, mcm ayyaahh - ayah, tan - mkn, dan epeh - pampes. jadilaa buat masa ni, pelan-pelan lah kan..

9. nawal takleh jln laju2 lg, masih bertatih dan jatuh. tak sempat ummi nak on video, nawal dah jatuh dulu. hehe. takpa, ummi sabar ye, ummi tu tak sabar nak bwk nawal jln kat mengkuang dam la tu..kan?kan?

itu saja kot buat masa ni. kalau ada lg nanti nawal tulis lg ya.



seronok jd kanak-kanak. yeay!

perasaan ini perlu diluah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sekarang sedang rasa tak puas hati.
marah.
geram.

rasa perlu sgt utk diluahkan, agar lapang rasa dihati.
tapi tak boleh secara terbuka. tak baik.

kak long, ajar acik buat protected entry.
huhuhuhu

P/s : bkn hal rumahtangga, abg aleh jgn risau, bkn tak puas hati kat abg ok..hehehe

Monday, 26 July 2010

tak sempat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sebuk jaga kaunter.
kalau tak jaga kaunter pun sebuk di tempat sendiri.


tak sempat mengarang blog.

Friday, 23 July 2010

ketumbit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

minggu lepas, mata nawal naik ketumbit. sian nawal. mula2 ummi nampak mata nawal bengkak,merah2. dua hari kemudian naik biji di bibir mata. ummi tanya nawal sakit tak? nawal diam je. nangis pun tak. tak sakit la kot.

ummi bawak nawal jumpa Doc Aziz, dia belek2 mata Nawal, betullah,mmg ketumbit. baby/budak2 pun boleh naik ketumbit tau, bkn org besar2 je. Jangkitan kuman, biasalah. Doc bagi ubat sapu, ubat thn sakit dan juga antibiotik.



tgk mata nawal, dlm biji tu ada darah.


makin sepet lah anak ayah ni.


 susah betul nak ambik gambar mata dia.



nawal mengantuk. mau tidur dulu. masih tidur lena lg walaupun mata ketumbit. Alhamdulillah.

 Hmm, sakit mata nawal ni amik masa dalam 10 hari jugak. dr awal bengkak hingga biji ketumbit tu pecah dan bengkak surut. kesian anak ummi. tak apalah, ini pengalaman utk nawal dan untuk ummi jugak.

Nawal sudah setahun 1 bulan.
boleh berjalan dah tp malas berjalan. asyik takut2 dan goyang2.
mcm mana nak pupuk keyakinan dia..??

ummi cuma tahu satu : practice makes perfect.
jadi, berlatihlah selalu.


info tentang ketumbit di : SIHAT SELALU
terima kasih armouris!

Thursday, 22 July 2010

tumpang gembira

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sungguh, saya yg happy gila2 bila dpt tahu member sepejabat pregnant.
kembar tau~!!!
tahniah kak ida!
semoga kak ida dan baby2 sejahtera. amin.

mempunyai anak kembar..
hmm..tentu besar cabarannya.
kalau sorang pun dah penat termengah. apatah lg dua.
tapi Allah Maha Mengetahui.
Dia tahu ibu bapa anak2 kembar itu mampu utk menggalas tanggungjawab.

heh, tak sabar tunggu bln 2 tahun dpn.
mahu berkenalan dgn anak2 kak ida. ahaks!!


kak ida, bygkan 7 bln dr sekarang mcm mana rupanya..? ;)

Wednesday, 21 July 2010

:: Perjalanan Menuju Baitullah Part 3 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sebenarnya.. apa yg kita cari dlm hidup kita?

Nur bukan dr keluarga kaya raya. malahan dia hanya pegawai berpangkat rendah di sebuah IPTA. tapi impiannya untuk menunaikan haji bukan main-main. baginya, kalau kita betul2 berniat utk ke sana,insya-allah, Allah akan permudahkan jalan untuk kita.

 Alhamdulillah, setelah mengikuti kursus haji bersiri selama 2 tahun sejak 2009, Nur semakin yakin utk ke sana. dia bagaikan tidak sabar-sabar lg. dan pada hari Isnin dan Selasa lepas, dia mengikuti kursus haji intensif yg diadakan oleh Tabung Haji di bandarnya.

2 hari berkursus, dia bagaikan melayang ke Mekah dan Madinah. Minda dan hati nya bagikan sudah sampai di sana. dia tidak risau lg untuk meninggalkan cahaya hatinya nanti. dia yakin Allah  pelihara anaknya disini. Dia juga tahu, dia perlu siapkan diri sebaik mungkin. perkemaskan segala ibadah, siapkan mental dan rohani sebelum berangkat nanti.



 Nur & ibunya : sedang simulasi.

Apa yang dia harapkan, semoga Allah izinkan dia melaksanakan ibadah ini sebaik mungkin. amin..

bersambung..

Saturday, 17 July 2010

Abu Ada Ayam - Part II

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Rentetan dari hadiah acik kinah hari tu, sekarang ni lagu peberet Nawal ialah abu ada ayam (selain lagu hoki chokki...)
kalau mula2 dulu nawal mcm pelik2 je, tak excited sgt, tp skrg ni dia dah pandai goyang2, dah mula ikut vocab dlm lagu tu.
ummi pasangkan vcd ni bukan setiap hari, seminggu ada la dlm 3-4 kali saja. supaya nawal tak bosan.
sbb ummi belum tunjukkan flashcard lagi, ummi cuma perdengarkan lagu tu supaya nawal terbiasa.




bagus betul vcd ni. siapa berminat boleh order dari adikbijak.com. (kan kinah?)

best kan? saya pun dah biasa dgn irama ni. hari2 nyanyi. haha!

Friday, 16 July 2010

tolong basuh pinggan bleh?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

di suatu pagi..

" nawal, tolong ummi ambikkan remote tv tu."

nawal pun dgn pantas terus capai remote dan hulurkan pada ummi.

"terima kasih,syg..pandai anak ummi.."

nawal pun sengih2 tunjuk gigi jarang.

tiba2.

"nawal, tolong basuh pinggan kat dapuq." - kata ayah nawal.

"oit..melampau lah tuu!hahahahaha!!"

Sebenarnya takde pun pinggan nak dibasuh, saja nak test anak dara dia.

tak sabar tunggu nawal besar, boleh tolong ummi. moga2 dia ringan tulang.amin. :)

Thursday, 15 July 2010

10 tahun lagi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

jalan2 kat blog jemah, tgk entry dia apa akan jadi 10 thn lagi?

ya, ini idea baik utk update blog. hahaha!

10 tahun akan dtg..hmm..saya dah 39 thn.
saya rasa ada 4 anak. (tu pun kalau bleh beranak normal lps ni..harap2 bolehlaa normal taknak operate2 dah huhuhu)
nawal pun dah jd kakak darjah 4 dah..cewwah!
abg aleh insya-allah, akan jd usahawan berjaya. dah ada kedai 3 buah termasuk cawangan. pewwit!
mungkin sudah berpindah ke rumah sendiri. pakai kereta alphard. weeewooo!!

saya mungkin dah naik pangkat. jd pustakawan mungkin. atau sekurang2nya jd pembantu perpustakaan kanan.

berangan ok..tak salah punya impian. abg aleh kata, manusia yg takda impian mmg takda cita2 tau.

saya mahu jd lebih baik. dalam semua aspek.

atauu..10 thn lg..saya mungkin dah tiada dlm dunia ni..

siapa tahu kan..??

ok kak jemah, ai dah siap buat tag yu. jgn tak kawan dgn kita tau~! hahaha

selesai sudah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam dan hari ini.
selesai sudah 2 paper utk exam PTK.
taktaulah apa natijahnya. soalan mudah tp sbb tak study secara mendalam, maka ia jadi susah.

moga2 berjaya dpt aras iv. amin amin amin!

Wednesday, 14 July 2010

Journey to the day after..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

untuk peringatan kita bersama..
semoga Syurga itu milik kita..amin..amin..amin..

Tuesday, 13 July 2010

syyyyy = korek hidung. hahaha!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

video

ummi suruh buat syyyy..dia buat gaya mcm nak korek hidung plak. kelakar betul ini budak.

:: abaikan latar belakang yg sepah2, mmg time nak bg nawal tidor tu yg banyak bantal. tu blum lg nawal tunggangkan bakul mainan dia kat belakang tu.
:: suara ummi dia mmg annoying. haha! tp nasib nawal lah dpt ummi ramah mcm ni. keh keh keh
:: kualiti video mmg kurang. guna henset nokia E63 hadiah dari abg aleh (gantikan henset yg jatuh di jalanan tu..) henset tu 2mp je.
:: nawal mmg suka buat ummi geram mcm nak gigit tp selalunya dia yg gigit ummi dulu. huhuhuhu

lately, saya suka amik video nawal dr amik gambar dia. sbb keletah dia mcm2 skrg ni. rasa rugi kalau tak dirakam momen indah tu.

adeii..penat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

2 jam setengah di kaunter.
tangan dah lenguh.
sebuk, student ramai gilaaaaaaaaaaaaaaaa...

wahai puan bos yg baik hati dan encik bos yg kachak..
saya nak minta tukar unit boleh tak..?
bukan dah bosan kerja di unit ni, cuma rasa mahu bertukar angin.
dah hampir 4 tahun saya di unit ni, nak jugak rasa cabaran unit lain.

segala kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dgn ucapan terima kasih.

huhuhuhu...mcm lah bos2 baca blog saya nih..

tapi serius, saya dah tak berapa enjoy duduk unit nih.

Monday, 12 July 2010

sebuk sebuk sebuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

blog takda banyak entry mcm lepas2. last week cuma 2 entry.
maaflah, tuan blog banyak betul kerja. macamlah ada org nak baca blog dia.huhu

secara ringkasnya ;

saya sendiri
student baru UiTMPP utk sem ini berjumlah 3000 lebih. bayangkan Sudut It ni memanjang penuh. dok kaunter tgn rasa mcm paul the octopus  sotong dah. mmg tak sempat nak tulih blog apatah lg nak ziarah blog kwn2. ada masa skit waktu rehat lah. tu pun kdg2 je sbb mata mengantuk dan tgn letih nak menaip.

minggu ni nak exam PTK plak. jd ada masa skit kena belek buku. haiya. malas betul nak study2 nih.. tu pun ada hati nak sambung MA? huhuhu


Suami aka abg aleh
dia baik2 saja. sejak dia meninggalkan mkn di waktu malam, seluar dia dah longgar skit. tekanan darah pun dah turun skit (baru2 ni tekanan darah naik,yelah mkn tak jaga,kerja teruk). semoga Allah berikan dia kesihatan yg baik dan murahkan rezekinya.
oh ya, semalam dia tgk bola di rumah saja, tu pun 15 minit saja lps tu dah terlelap. letih sgt mungkin.

Aisyah Nawal
dia dah setahun 2 minggu ++. masih belum berjalan. masih lembut pinggang dan malas jugak.
selalu kena sembelit akibat mkn apa saja yg org suap.
makin byk peel. tp she's adorable. at least for me lah kan.. :)

Ma
alhamdulillah, ma dapat menunaikan haji lg tahun ni menyertai saya dan abg an. saya happy sgt2. apa lg yg lebih menggembirakan selain dr dpt menunaikan haji bersama bonda tercinta.
baru2 ni purse ma dicurik org. dalam tu ada duit kutu saya baru dapat.jumlah RM1100. mmg saya frust, tp apa nak buat. bukan rezeki saya. Moga si pencuri tu insaf satu hari nanti sebelum dia mati dgn sia2.

lain2. - semua baik2 saja. dapur rumah ma sedang diubahsuai. dan sepatutnya dapur tu kena upgrade. kalau tak asyik berlaga punggung sbb sempit . haha :)

ok dah. kita tutup entry ini dgn muka nawal yg nakal.


(gambar diambil di Puncak Mutiara Kg Pelet 10072010, terima kasih kakak sbb belanja kami. semoga Allah murahkan rezeki kakak sekeluarga. amin!)

Friday, 9 July 2010

WC Final - nak kasik chance ke tidak?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya tak pernah crita pasal bola dlm blog ni kan? walaupun org lain semua demam bola.
dah tak minat, tp ada lah update skit2 dr bebudak opis ni esp ubi dgn fendy, dorang ni bola mania lah.

pagi td, encik suami sudah menyuarakan isi hati nya,

"nanti final abg nak pi tgk bola rumah Jat boleh tak?" dgn muka paling kesian mintak simpati.

"ermmm...kan RTM tayang jgk, perlu ka kena p tgk rumah jat?"

"tgk sorg2 mana best, satgi abg bising2 ayg dgn nawal takleh tidoq pulak.abg takmau p tgk kat kedai mamak, tak best nanti gaduh. alaa..lagipun rumah jat dekat ja.."

"lagipun bola world cup kali ni abg tak tgk sgt pun, yg final ni ja abg nak tgk..." muka kesian tak bleh tahan..

kalian rasa, saya perlu bagi ke tidak..??

hehehehehe

Thursday, 8 July 2010

From Taiping with Love ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

abg aleh entah kenapa, last week lg dia ajak saya gi jalan2 ke Taiping. mulanya dia plan nak pegi hari ahad ni, tp saya ada kursus haji. bila tau je saya cuti hari rabu 7/7, terus on plan nak ke Taiping. semalam dia tutup kedai ok, TUTUP kedai. saya happy tersangatnya bila suami sanggup bercuti sbb nak bwk saya dan anak berjalan-jalan. (ya, isteri seorang businessman, saya faham.)

bertolak jam 10.30 pagi dari rumah ma.

berenti kejap di RnR Bukit Merah. Nawal naik kereta terus mengantuk. mcm biasa, dia tidor saja.

sampai di Taiping hujan renyai2. agak mendukacitakan. tp takpa, kita tunggu hujan berhenti. Alhamdulillah. cuaca baik, mendung dan tak panas.

ramai betul org P.Pinang di Zoo Taiping semalam. kakak jual tiket tu bgtau, hampir 80% yg datang zoo hari ni adalah dr P.Pinang. hehe. termasuk kami lah.

harga tiket Zoo Taiping : dewasa - RM12
kanak2 atas 3 tahun - RM8

nawal excited jumpa encik Orang Utan. terus lompat dr stroller. nak dukung saja. mujurlah ayahnya gagah utk mendukungnya dr awal hingga akhir.
org utan kat belakang tu napa ntah. dok bersandar saja.

gambar ni dedicated utk adik opismate yg tersayang UBI. hahahaha


tgh2 syok tgk binatang, hujan turun..rehat kejap.






dan nawal telah berkenalan dgn Encik Gajah. hehehehe





tapi nawal lebih excited main dgn payung kecilnya.


singgah solat di masjid tgh pekan. teruskan perjalanan ke Kuala Sepetang. terima kasih Wani sbb bagi petunjuk jalan. sbb kami mmg blur taktau nak ke arah mana.

ok, dr awal lg nampak signboard Mak Jah Mee Banjir Udang. mmg hajat nak ke situ la. rupa-rupanya kedai mak jah tutup! uwaaa!! mmg kecewa sgt. mmg ada banyak kedai2 lain cth ; pak hashim dan mak teh. dan disebabkan takmau kecewa, maka kami makan di kedai mak teh.

tapi kecewa jugak, sbb mi kuah dia tak sedap. mee goreng boleh tahan.

mee kuah abg aleh.

mee goreng saya.

harga ; mee - udang kolam : RM6
mee-  udang laut : RM10 / RM12
kami mkn mee  - udang laut.

ok, mkn dah kenyang. marilah kita pulang.

pukul 5.10pm, bertolak dr k.sepetang. kasik chance ayah tidor. dan saya memandu pulang..


Alhamdulillah, saya happy dgn trip ni. walaupun dekat dan kejap je. yang penting masa berkualiti dgn suami dan anak tercinta, bkn senang ok!
terima kasih suamiku sayang, terima kasih banyak2. kami sgt menghargainya.. ai lebiulah~!!!

teringin nak bwk anak2 saudara yg lain ke Zoo. tempat paling happening utk bebudak.

Tuesday, 6 July 2010

semalam MC, esok cuti plak.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Isnin semalam, saya dilanda cherry berry. taktaulah mkn apa. tp abg aleh tak pulak. saya saja yg merana.
jadinya, buat pertama kali utk thn 2010, saya terpaksa cuti sakit. (tak dptlah nak buat rekod bersih tanpa MC thn ni..huhu)
cik nawal pulak tiba2 demam. jadi sedang eloklah saya berehat di rumah dgn anak.

hari ni baca emel, rabu ni cuti. maknanya, hari ni kerja esok cuti plak. wah..seronoknya!!


Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa 7 Julai 2010 (Rabu) sebagai Cuti Umum Seluruh Negeri Pulau Pinang bersempena dengan Pengisytiharaan Bandar George Town Sebagai Tapak Warisan Dunia.

Cuti Umum pada tarikh 7 Julai setiap tahun diisytihar mulai Tahun 2010.



Harap maklum dan terima kasih.
ok my dear husband, kalau nawal sembuh dr demam, esok gi jenjalan ya!

Friday, 2 July 2010

aminnnn....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

video

Nawal dah pandai baca doa. tp cepat sgt nak aminkan. tak sempat nak abiskan doa dia laju2 je aminkan. haih.

Abu Ada Ayam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam nawal balik rumah, tok kata ada posmen hantar bungkusan kat nawal. nawal dah tahu dah dari siapa. terima kasih acik Kinah! belum buka hadiah lg dah tahu dr siapa. hehe

Nawal nervous jugak masa mula2 buka sampul tu, alaa..balut dgn suratkhabar lg..saja nak buat nawal suspen ye..tgk2, jeng jeng jeng..ada buku, CD dan jgk flash card!! ummi nawal ada bgtau nawal, ummi nak buatkan nawal flash card, tak sangka nak dpt flashcard free org hadiahkan. mestilah ummi dan nawal happy sgt2.

nawal tak sempat belajar lg. ummi ckp jgn risau,nawal ada banyak masa lagi. kita mula pagi2 esok ye ummi! nawal dah sabar nak nyanyi Abu Ada Ayam a a a a!!!


terima kasih acik kinah! kirim salam kat kakak Zulfa dan Amani ya!!

Thursday, 1 July 2010

kalau binatang ada FB..

Kalau binatang ada facebook, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang
tersebut kat STATUS yg mcm korang selalu post tu…

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak: isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam: Kawan2…kalu esok gua tak update…bererti gua sudah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk gua yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak: Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak: malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang  hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing: update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati: hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


kelakar gilaa~!!! hahaha. sakit perut saya gelak. sumber kelakar dari fwd emel. :))

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...