umor baru 1 thn, tp 3x selebret.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sebenarnya ummi dan ayah tak rancang pun nak celebrate birthday nawal sampai 3 kali. mmg takde niat langsung. lagipun, apalah makna majlis birthday utk budak 1 tahun. tapi ummi bgtau nawal, di hari lahir kita sebaiknya kita bagi org makan, tanda syukur. tp jgn sampai riak. kalau nawal dah besar dan ada duit sendiri, nawal belanja ummi dan ayah makan, ok!

1st celebration - Rabu 23/6/2010 (puncak mutiara, kg pelet).
mula-mula ummi nak bawak kak long kuar makan, sbb cuma ummi, kak long dgn nawal je kat rumah tokma. jadi senang, kuar mkn kenyang2 tapayah masak dah. kak long ajak mkn kat kandang kambing, tapi ummi takut lari bajet. maklumlah, esoknya baru hari gaji, ayah pulak tak join sekali kalau tak boleh pau ayah saja. tup tup kakak naja sms kak long, ajak mkn kat kandang kambing, takpa, dia dgn kak nadia belanja sendiri. masa nak kuar tu, tiba2 pak lang mai umah tok ma, ayah ngah pun balik umah jgk, jadi lah plan tak disangka, semua org jom makan kat kandang kambing, ayahngah dgn pak lang belanja. horreeyyy!!!! maka jadilah ini unplanned celebration . hahahahahaha


kak naja birthday dia 12/6, itu abg ammar, yg tgh tu nawal laaaaaa...

baju kuning tu pak lang, tudung biru tu mak lang, baju pink tu kak maira, baju oren tu abg ammar.

tudung putih tu kak nadia, tudung hitam tu kak long gedik asyik2 mkn koayteow kungfu saja.

oh, gambaq angah,ayahngah dgn abg akil takdak pulak. mana tok ma masa ni? tok ma takdak, tok ma pi rumah ibu kat bangi. ayahcik kerja shift petang. kalau ada ramai2 lg bestt. ayah nawal? jgn tanya lah,. ayah tu kat kedai la kalau time ni. kami mkn banyakkkk puas hati. nawal naik kereta je terus terlelap atas bahu kak long.

2nd celebration.- Khamis 24/6/2010 (rumah Tok Yam)
Hari tu nawal balik umah tok dah petang, ada mak tam, mak njang, kak lia, kak dani kat rumah. semua sebuk2 bungkus mi goreng dlm bekas nak hantar kat surau. oh, mak njang buat kenduri kesyukuran utk kak dani sbb dia dpt masuk uitm. Alhamdulillah. jadi ummi join sekali dgn belikan kek dan jugak sate. ayah tutup kedai awal sbb nak baca yasin dan hantar makanan kat surau.. nawal seronok betul ayah balik kerja awal hari tu.

nawal 1st time jumpa cupcakes. geram mcm nak picit2 je semua. terima kasih acik ita sbb buatkan kek nawal yg sedap tu.



nawal yang comot bila makan kek.
nawal dgn hadiah dr kak lia. tak pandai lagi lah nak main bricks tu~!

malam tu nawal tidor lewat sebab seronok main dgn kak lia, kak dani dgn kak yon. terima kaseh tok, mak njang, pak njang, mak tam, pak tam, kakak2 sepupu nawal sbb buat nawal happy.

3rd Celebration - Sabtu 26/06/2010 Rumah Tok Ma
hari tu ummi sgt sibuk. pagi2 dah siap nak pegi hantar kak nik aka Syaza ke UiTM. tp sehari sebelum tu ummi dah siap siang ikan, rebus ikan, siapkan bahan2 nak masak laksa. ada ramai org kat rumah, sepupu ummi dr kelantan pun ada nak hantar anak dia masuk uitm jugak. jadi ummi plan dah alang2 ada ramai2 org kat rumah, ummi tempah 1 kek lg dari acik ita utk mkn ramai2.



nawal tak sihat sgt hari tu, demam kena cucuk. jadi nawal banyak terbaring dan bergolek2 saja. tp sbb potong kek punya pasal, dan pakai baju baru hadiah dr ayah, terus nawal mencergaskan diri.



terima kasih ummi, tentu ummi penat hari tu.


nawal tgk ayah sedang bacakan doa utk nawal.



okeyyy! mari potong kek skrg! nawal ajak kak naja potong sekali sbb bday dia bulan Jun jgk.


happy 17th birthday kak naja!

nawal tgk je semua2 org mkn kek.



3 org kesayangan Nawal - Tok ma, Ibu dan kakak maira.

nawal suka baju ayah beli ni. sbb ada tweety ~ ~

oh ya , ingat tak lagi Widad?
dia pun datang jugak hari tu. tp dia tido tak sempat main.

tgk, lengan dia dah sama besar dgn paha nawal. heehehe. dia dah 6.8 kg, baru 3 bln setengah. nawal umo setahun baru 7.8 kg. hahaha! baju nawal cantik hadiah dari Jijie. terima kasih Jijie!

ok, cerita celebration nawal dah selesai. penat nawal bercerita eh penat ummi taip. phewww~!! (sambil lap peluh kat dahi.)

moga bertemu lagi di celebration tahun dpn.

Comments

Cik Z@i Pen@nG said…
dok dgq2 kndang kambing tp x penah smpai lg....adessss
RieNa said…
p la sekali, lps tu kalau org crita pun kita tak ralat dah.

makanan takla sedap sgt, tp menu dia mmg variety.presentation bagus.

kawasan tenang dan damai. pondok2 dia mmg kreatif. sgt sesuai utk org p dating. hahaha
Thara said…
kandang kambing tu dkt mana tu kak riena? teringin pulak nak try pi sana bila balik penang nanti, ajak pak pian & mak azian tu skali :P

lucky nawal, baru setahun dah ada 3 celebration skali gus! happy bday again sweets! ;)
RieNa said…
kat kg pelet, sebelum sampai penanti.
jgn lupa sms kalau pi sana ok!
Thara said…
insyaallah :) kampung pelet eh. nak kena tanya mak ni. psl tiqah tak penah dgq la pulak. hehe. jap, tempat yang kak riena pi tu sebenarnya nama apa?
RieNa said…
nama PUNCAK MUTIARA, kg pelet, sblh kg petani rumah k riena. tempat tu masuk jauh ke dlm kampung, tp dari jalan besar ada signboard besarrr punya. jalan masuk tu berdepan dgn masjid kg pelet.

nanti kalau nak p call k riena lah, k riena bgtau detail. ok?
Thara said…
ok ok thanks kak riena! :D

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...