Wednesday, 30 June 2010

nak jd cikgu tapi tak kesampaian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak kecil saya teringin nak jd cikgu.
biasa budak2 mcm tu lah, terpengaruh dgn cikgu sendiri.
dan saya pulak banyak dipengaruhi oleh kakak sendiri, dia kan dulu2 cikgu.

lps tu bila dah masuk sekolah menengah, terasa nak jd pensyarah pulak. upgrade la sikit.
tapi saya tak ingat, kenapa masa lps SPM saya tak mintak maktab?? ke saya mintak tp tak dpt? entahlah,dah tak ingat.

masuk UKM (pilih U ni pun sbb nak ikut jejak kakak) amik ekonomi, mmg punah lah harapan nak jd cikgu, jd pensyarah mungkin boleh lg. tapi, tamat belajar dgn result yg tak best sgt, tak dpt lah nak apply jd lecturer. kecewalah lagi..

kerja UiTM jd pembantu perpustakaan, kerja 6 bulan kot, bos mintak saya bg taklimat utk student baru. perasaan? mestilah gementar. bercakap di atas pentas di depan 1200 pelajar. gila ke? tp saya fikir positif, nak jd pekerja cemerlang mestilah sanggup terima cabaran. dan saya melepasinya dgn err..baik kot..

dan semester seterusnya, itulah tugasan saya. bagi taklimat utk student baru dan juga kendalikan kelas kemahiran maklumat. walaupun tak lg kena berdiri di atas pentas bercakap dpn ribuan pelajar cuma dlm library saja. terasa la jugak ala-ala cikgu. mujur tak bahasakan diri cikgu je. hahaha! sekarang dah hampir 4 tahun, saya buat kerja ini. kalau staf2 baru mcm suspen je nak bg taklimat, saya cuma bertenang walaupun debaran masih ada.

terima kasih bos, sbb berikan peluang ni kpd kami. - ikhlas dr staf2 library. keh keh keh

ni masa lawatan budak2 sekolah rendah. merasa la jd cikgu sekolah rendah. hahaha

5 comments:

Hasni said...

huh!!! kagum kagum kagum...sambil kesat peluh di bawah ketiak...hahahahahaha...ok la tu cikgu riena(sambil buat seperti aksi saida-kak siti di pentas AF)

Kniedaz said...

ok cikgu..xpe kami panggil riena cikgu hehe

RieNa said...

hasni, k ida : perasan cikgu nih..kembang semangkuk. hahaha

kinna said...

sy nk jd cikgu sbb keje half day :)

shaliza said...

huhu ms sekolah rendah mmg la...kalu budak pompuan=cikgu, kalu lelaki la tak polis jadi askar...
takper la,nnati leh jadi cikgu gak untuk anak2...

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...