Malang tak berbau..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Hari ini, jam 12.40 tghari, ma called saya.

Ma : ina rehat pukul berapa?
saya : pukul 1.  20 minit lg. napa Ma?
Ma : mai ambik ma kat kedai. abg man ada kat emergency hospital bm. dia jatuh bumbung!

saya pun terus loncat lah. lagi mau tunggu.

abg man, anak ke 2. selepas kakak, dia abg saya yg pertama sebelum abg lan dan abg an. seorang tukang rumah, mewarisi kerjaya ayah saya. abg man terjatuh semasa sedang bekerja. dia kata dr tingkat 1, lebih kurang 8 -10 kaki ketinggian paras dia jatuh tu.

keadaannya ; kena jahit 6 jarum di belakang kepala. dah buat x-ray, tiada pendarahan dlm kepala. Alhamdulillah. kaki dan tgn seluruh badan hanya luka2 kecil. Boleh gerak kaki tgn semua takda masalah.
Dia ditahan di wad 8 hosp BM utk dipantau. kalau takda apa2 dlm 3 hari dah boleh discaj.



tengkuk dia tak patah, tp doktor pasang alat tu untuk langkah pencegahan.


Ma sedang menenangkan anak kesayangannya ketika di wad kecemasan.


air mata abg man mengalir, saya tanya dia,"abg man nangis ni, sebab sakit ke, sedih?"

dia jawab,"sedih.."

saya kata,"abg man kan hero, superman. Abg man kuat sbb tu Allah test abg man. sikit ja ni. tanda Allah sayang ni.."

dia meleleh airmata lagi..

Ya, malang tak berbau. kita tak tau apa yg akan berlaku pd kita dlm masa terdekat atau masa panjang. Jadi, kena sentiasa bersedia.

Comments

Ummu afif said…
Allah masih sayangkan abang man.. semoga dugaan ini akan lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
RieNa said…
begitulah hendaknya. amin.
Thara said…
kesiannya :( i pray for abg man's speedy recovery. amin.
RieNa said…
amin. thanx Tiqah.
leeja said…
Riena, semoga abg man cepat sembuh.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::