lagu tangkap leleh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Bila2 pun saya mendengar lagu ini, saya akan mengalir air mata.

dari zaman sekolah lagi, lagu ini bisa meruntun hati.

dah lama tak dengar lagu ni,

dan baru2 ni, masa ikuti slot terakhir program motivasi abg cik Afif, lagu ni diperdengarkan utk adik2 dlm program tu.

bkn adik2 tu je yg nangis, makcik2, kakak2 yg kat belakang ni pun nangis sama.


SELAMAT TINGGAL IBUKU

Sewaktu Azan Mendayu-Dayu
Ibuku Pergi Meninggalkanku
Perginya Takkan Kembali Lagi
Kerana Takdir Telah Menentukan

Doa Restu Kuutuskan Untukmu Ibu
Semoga Diri Ibu Bahagia
Di Akhirat Yang Kekal Abadi

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang
Kerana Kaulah Ibu Yang Tercinta
Baktimu Padaku Tidak Terkira
Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu
Namun Kutetap Mengingatimu
Kasihku Padamu Seperti Dulu
Selamat Tinggal Ibuku

Penyanyi asal : Nada Murni
Penyanyi lain : Soutus Sofwa
dipopularkan : Kump. Saujana
(download disini : http://www.4shared.com/get/76949886/b8c17851/Selamat_Tinggal_Ibuku.html )

saya membayangkan kalau Ma tiada lagi dlm hidup saya, sambil dgr lagu ni. alamak, dah meleleh air mata ni.

ma, rindu kat ma. baliklaa cpt2, takyahlah duduk bangi tu lama2...



Comments

kinna said…
lagu nasyid ni mmg sedih..pentomin kt sekolah dl ada lagu ni..sj nk soh ibubapa nangis :(
RieNa said…
kat irshad dulu kalau bab nak suh bdk2 insaf,mesti pasang lagu ni. tapi insafnya kejap je la.lps tu buat lg..;p
Cik Z@i Pen@nG said…
hehehe...tingat ms dok asrama dl...adessss...

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...