Hari ini 230610 : A.N sudah 1 TAHUN.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Nawal sayang,
Pertama kali ummi tahu kamu wujud dlm diri ummi, bila ummi dilanda demam panas 2 hari 2 malam. Ummi ke klinik untuk ambil ubat, Doc Aziz buat urine test, dan bgtau ada kamu dlm perut ummi. Mula-mula mmg ummi terkejut, ummi tak sangka, selepas ummi keguguran bulan 8, doc nasihatkan ummi rehat 3 bln sebelum hamil lg. tapi nampaknya rezeki ummi dan ayah tiba lebih cepat, bulan 10, Alhamdulillah, ummi dan ayah hanya mampu panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. sepanjang 9 bulan kamu di dalam rahim ummi, ummi tatang dan belai sepenuh hati. sungguh, ummi dan ayah syg kamu sebelum kamu lahir lagi..

Nawal anak ummi..
Ummi lahirkan kamu dgn segala kesakitan yang ada, walaupun terpaksa dibedah, sakitnya tetap buat ummi insaf. ada org ckp, bersalin operate ni tak lah 'power' sgt berbanding bersalin normal, tp bg ummi, bersalin apa cara sekalipun, ianya tetap  mengundang kesakitan yg amat.

namun, itu adalah pengalaman terbaik untuk ummi, dan kamu adalah Anugerah Allah yg paling indah buat ummi. Saat pertama kali ummi menatap wajah kamu..air mata ummi menitis..kamu sgt cantik, sayang..

dan hari ini, Aisyah Nawal - anugerah kehidupan , sudah berusia 1 tahun. semakin bijak dan lasak. semakin banyak karenah namun menghiburkan. Ummi & Ayah doakan kamu membesar sbg anak yg solehah, yg berakhlak mulia, yg sentiasa menyenangkan dan membahagiakan hati ummi dan ayah. Amin Amin Amin!





























                                            




12 bulan = 1 tahun


doa dari Ayah :

Nawal syg, Ayah ucapkan selamat hari lahir yg pertama. Semoga jadi anak yg soleh dan diberkati Allah selalu. Ayah syg Nawal dan family kita, sgt2..
DEAR AISYAH NAWAL,
HAPPY 1ST BIRTHDAY~!!

WE LUV U SO MUCH!!


Comments

Hasni said…
Happy 1st Birthday Nawal. Cepatnye dah setahun. Semoga jadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan semua.Amin.
Farah Macho said…
selamat hari lahir nawal~cayang nawal..muahAaaahh...jadi budak baik yer..hehehe..:)
RieNa said…
amin amin amin.
terima kasih ummi hasni dan kak andi!- Nawal
عتيقه said…
waaaaaaaaaaaa
sedihnya baca post acik pasal bday nawal ni.
ayat ayat luahan rasa dari seorang ibu.
sobbbb.

Nawal,
happy birthday.
kak tnoe doakan nawal terus membesar dgn ceria,
jadi anak yang solehah,
yang akan membela ummi & ayah nawal,
yang akan berbakti pada agama & negara,
Aminnn~~~~~~~~~~~~~~~~~

♥ ♥
RieNa said…
kalau ikut hati,panjang lg nak tulis. harapan ibu sbnrnya sgt tinggi utk seorang anak.

amin amin amin.
terima kasih utk doa kak tnoe.:)
Thara said…
happy birthday nawal! yeay nawal dah setahun, dah besa, bila sampai masanya nawal dah bole baca message ni nanti, nawal kena ingat jasa ummi nawal ni pada nawal tau! bukan senang nak besakan nawal. banyak pengorbanan ummi nawal pada nawal. betol tak kak riena? (kak riena tu, ummi nawal la tu. auntie tiqah panggil ummi nawal kak riena :))

anyways, happy bday again, nawal! kpd ummi nawal, cepat post entry bday celebration nawal! misti best first celebration with the little family! :D
RieNa said…
aunty tiqah : insya-allah, nawal akan jd anak yg baik. amin.

yes, pengorbanan mana2 ibu pun, terlalu byk utk disenaraikan.

bday celebration, tunggu minggu dpn baru ada entry kot. stakat ni takde celebration lagi. ;)
RieNa said…
This comment has been removed by the author.
shaliza said…
Alamak terlambat ke acik...sori dear nawal, Happy beirtday sayang...besar nanti dengar cakap umi & ayah...semoga jadi anak kebanggaan keluarga.
kinna said…
sedih plak baca n3 ni..nawal syg, selamat hari lahir..moga berkat umur dan menjadi anak solehah buat ayah&ummi ok..
k riena, nk alamat..tx..
Anonymous said…
shaliza & kinah : amin! nawal ckp terima kasih. ;)

kinah, k riena dah emel kinah alamat. :)

- ummi nawal

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...