Tuesday, 22 June 2010

:: Emak ingin naik haji ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, dah tak nak godek2 layout lagi, makin digodek, makin buruk jadinya nanti. buat masa ini, bertahan lah dgn layout ini ya. janganlah tak nak buka blog ni dah bila bertukar layout. biar bertukar layout, asalkan penulis blog tetap sama ok!

semalam, saya luangkan masa untuk menonton DVD Emak Ingin Naik Haji milik kakak. Filem Indonesia ni adaptasi dari novel karya Asma Nadia mmg sgt menyentuh hati. (baru lepas sebak tgk final episod Nur Kasih, lps tu teresak2 pulak tgk DVD ni. haih, sensitif betul!)


Cerita mcm ni,
Ada seorang  Emak yg sgt berhajat untuk mengerjakan haji di Mekah, usianya sudah 61 tahun, kerjanya sehari2 hanya membuat kuih. Dia ada seorang anak, Zein, yg juga seorang duda beranak 1. Zein hanya seorang pelukis jalanan dan cuma menjual lukisan untuk menyara hidup.

Mereka ada jiran, org kaya, yg setiap tahun buat haji dan umrah.  hubungan mereka dgn jiran ni kira baik jgk lah. anak perempuan org kaya ni berhati mulia dan rapat dgn emak sejak kecil. suatu hari anak Zein, sakit dan perlukan pembedahan yg biayanya 5 juta rupiah. Emak cuma punya 5 juta tabungan utk ke Mekah, jd nak tak nak Zein terpaksa minta tolong dr emak.

zein buntu memikirkan cara utk biaya emak ke Mekah sehinggalah satu pasaraya menawarkan kupon utk tunai haji. kupon tu kalau kumpul byk2, dan kalau bertuah nombor naik, dptlah menunaikan haji dgn tajaan pasaraya tu. Zein kumpul dgn sungguh2 sambil berdoa semoga ada rezeki utk emaknya.

di suatu tempat lain, ada seorang ahli politik yg mahu mengerjakan haji semata2 kerana title haji tu, supaya dia dapat memancing undi pd pilihanraya akan datang.

kemuncak kesedihan saya bermula ketika nombor kupon Zein telah terpilih sbg antara 5 yg bertuah utk menunaikan haji. Zein sgt happy, berlari2 dia balik utk bgtau emak,tp emak takda kat rumah. Zein tulis note, letak atas meja. "ada kejutan buat emak" lps tu dia berlari lagi sambil bertalbiah, Labaikkallahum malabaikk!

Zein accident, kena langgar dgn ahli politik tu, kupon2 dia bertaburan.T_T

dia suatu saat Zein sedang kesakitan, di suatu saat lain, anak perempuan Haji yg kaya tu sedang bertarung nyawa utk melahirkan anak sulong.

Zein selamat, cuma kaki dan tgn dia lemah. dia tak dpt melukis dgn baik lg.

Endingnya, Emak dan Zein dapat juga menunaikan haji dgn biaya ikhlas dr anak perempuan Haji yg kaya itu.sbb dia bernazar, kalau dia dan babynya dilahirkan selamat, dia nak bantu emak tunaikan haji.
boleh tgk review disini utk bahasa yg lebih cantik. hehehe

ok, dah. sedih kan? tp sgt memberi makna utk org2 yg teringin sgt utk menunaikan haji.
Masa last sekali tu, filem ni tunjuk emak dan Zein di mekah, tawaf keliling Kaabah. aduhai, terharu sgt2. rasa rindu yg tak terhingga pd Kaabah (walaupun saya tak pernah ke sana lagi..)

Filem ini sgt bagus utk tontonan semua. :)

5 comments:

shaliza said...

saya pun teringin sangat..tapi belum mampu.

RieNa said...

sekurang2nya ada keinginan. tak apa, kita menabung ok?

Nazz@Purple said...

dgr cerita pun dh terharu..belum nazz tgk lagi..erm...(T_T)

kinna said...

sedihnye..sy dpt bygkan betapa susah org indon nk kumpul duit..kt mesia kita mewah..

RieNa said...

nazz : kalau tgk sure menangis. T_T

kinah : betul. tp kita tak syukur.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...