Cabaran sebagai ibu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sejak seminggu ini, Nawal sgt mencabar kesabaran atau kemampuan saya sebagai ibu.
dari hari saya bercuti utk pulang ke kg di KB, sehingga lah malam td, saya belajar banyak perkara tentang perihal seorang anak.

biasanya, Nawal sgt senang dijaga. selagi dia kenyang, cukup tidor, boleh lasak, dia ok saja. malam2 dia akan tidur awal dan membolehkan saya buat kerja2 lain dan tidor awal disisinya.

ok, bermula dr hari pertama di kelantan, kami bermalam di Tumpat,kampung abg ipar saya.
Nawal tak tidor awal spt biasanya. dan dia menangis di tgh malam.
saya rasa dia panas, sbb lepas tanggalkan baju dan seluar, dan saya kipaskan dia dgn suratkhabar, baru dia tidor.

hari seterusnya, pun dia menangis di malam hari. entahla, saya rasa dia penat, atau lenguh2, atau tak biasa di tempat baru. selain sikapnya yg berubah menjadi lebih 'garang' dan pemarah, dia jugak sgt-sgt lasak. alahai.. penat ok.

bila balik ke BM , timbul masalah lain. masa nak tinggalkan dia di rumah Mak Lang, dia menangis nak ikut saya. aduh..anak ummi, kalaulah ummi boleh bwk kamu ke library ni, awal2 lg ummi dah bwk tau. saya keraskan hati, tinggalkan dia dgn keadaan dia menangis. masuk hari rabu, baru dia tak nangis dah,itupun puas dipujuk.

masalah lain, dia sembelit la pulak..nangis2 masa teran berak. dgn saya sekali menangis tgk dia.(ada saya statuskan dlm facebook). dia berdiri sambil genggam tgn saya, muka dia berkerut2 sambil menangis, dia genggam tgn saya kuat. boleh bayangkan tak? mmg kesian giler, sudahla di rumah Lahaq Yooi, cuma ada saya dan dia, ayahnya kerja, Tok nawal ke surau, aduh..dgn Ma saya mengadu, nak bwk ke klinik time tu hujan lebat pulak,mcm mana nak dukung masuk kereta lg, lalu saya bertahan dan berdoa tanpa henti.

masalah sembelit dia dah selesai selepas saya bwk ke klinik pd ptg selasa dan tukar nestumnya.(salah saya sbb bg nestum cerelac utk toddler 1 year,rupanya nawal tak layak lg mkn nestum tu, tak sesuai utk perutnya.di kelantan 4 hari nestum tu lah dia mkn,byk pulak. maafkan ummi syg, ummi ingat nawal dah 11 bln dah boleh mkn nestum utk umo 1 thn, rupanya tak sesuai utk nawal. ummi janji tak buat lg. )

dan semalam, nawal asyik menangis. tak dpt tidor lena. perut kembung pulakkk..aduh..saya pulak semalam ntah kenapa letih yg amat, rasa nak tidor cpt, tp anak menangis mcm mana nak tidor? saya mengeluh tanpa sedar, dan ma menegur saya."itu baru anak sorang.cuba ingat org lain yg anak ramai.." - mujur jugak semalam bermalam di kg petani rumah ma.

terima kasih ma, ma buat ina ingat pd Noorihan, yg beranak 3, dah la siang kerja teruk,(engineer ok), balik rumah anak berderet menunggu utk diuruskan.penatnya Arn berbanding saya.

apa-apapun, saya bersyukur dgn pengalaman ini. bukan senang utk jd ibu, tp anak adalah anugerah Ilahi yg saya sgt syukuri. walaupun Nawal memberi cabaran utk saya, namun dia jugak yg memberi kebahagiaan dan kegembiraan utk saya, ya, BAHAGIA YG TERAMAT.

Nawal, ummi akan buat apa saja utk kamu. asalkan kamu membesar dgn sihat dan sempurna. amin.


Comments

kinna said…
kdg2 anak sorg lg susah handle berbanding anak 'berceretek'..huhu
elmo chemo said…
kesian kak bdak kcik baya nawal kena sembelit.

anak buah saya pun pernah kena sebab ma dia masuk kan sikit susu coklat budak umur 1 tahun dalam susu anak dia. anak dia baya nawal ni la.
RieNa said…
Kinah : bila anak dah pandai berdikari oklah sikit..

elmo ; haa..kan. budak kalau belum sethn jgn laa cuba2 bg benda2 utk budak umo sethn. perut dia takleh terima lg kandungan khasiat2 utk budak 1 year ++. akak pun dah insaf nih.
MyzwaR said…
aku selalu mengingatkn diri & wife... apa jua yg kita rasa... bersyukur lah... sbb x semua org rasa apa yg kita rasa... org yg lama kepingin anak tp belum dikurniakan Allah, x pernah rasa apa yg kita rasa... jd redha & terima seadanya... bersyukur seadanya...
RieNa said…
muhd : mcm tu lah yg aku dan suami selalu ingatkan diri. bersyukur dgn apa yg Allah takdirkan utk kita. :)

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...