Thursday, 20 May 2010

trend terkini tp..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

serba salah saya nak tulis ni. tp sbb byk sgt tgk org dok buat, konon2 cantik, tergerak hati saya utk tulis hal ini.
sama-sama lah kita ambil iktibar. yang baik jadikan tauladan, yg buruk buang dlm longkang.


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.

(Riwayat Muslim).
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”


- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
(hadis saya copy dr blog ini dan ini. Tolong rujuk kitab utk lebih detail)

adakah tulisan berwarna merah itu merujuk kepada gaya tudung seperti ini?





maaf, gambar dr google. terus membawa ke capaian ini
(terima kasih tuan tanah).


11 comments:

Am said...

hehe..baru jek smalam adik saya bgtau fesyen skrg ni pakai sanggul tinggi...saya sound kat dia...as far as i know masa blaja dedulu...sanggul tinggi ni mcm bonggol unta...

tetiba arini baca entry ni plak hehe...

RieNa said...

itulah, kita kdg2 tau ikut je,tanpa melihat lbh dalam.

p/s : thanx sudi singgah!

shaliza said...

apa yang cantik sgt tinggi2 macam tu.
sekarang pakai tudung bukan tuntutan agama tapi tuntutan fesyen.wallahualam...

RieNa said...

shaliza : iya kan. tak lah cantik sgt, nmpk mcm pelik je.

Green Green Grass said...

cantik nian..

kinna said...

nk kiamat dh..huhu..
tp kan k riena, kalo pakai tudung ariani, pastu letak pin kat blkg leher tu pon kdg2 nmpk cm bonggol unta gak..

RieNa said...

hmm..kalau sanggul besar mungkinlah.
k riena dulu2 pin jgk kat blkg, skrg dah jarang,sbb rasa tercekik.hehehe

MyzwaR said...

maiza.. maiza... ops lari topik... ngeee~~

RieNa said...

kesian maiza, dia jd model je.ikut je apa org buat kat dia.heh!

elmo chemo said...

ta cntik la pki gini.
dlu mse perhmpunan kt skolh kn kak.
ade sorg budak ni pki snggul tgi mcm ni laa.
gi kat dpn nk amik pingat.
haa kne gelak ngn budak2 sbb sggul de tgi sgt. ssh cikgu nk sarung pingat. hik.

RieNa said...

hahahaha!!

menyusahkan pulak jadinya. kelakar lah!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...