cerita bulu tangkis

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

frust betul smlm, tgk choong hann, beregu si farizizuan & zakry dan hafiz hashim main. boleh kalah pulak dgn jepun. haiiyaaa!! rasa frust sampai terus tutup tv.
(tapi 10.30 buka balik sbb nak tgk desperate housewives.hehe)

saya bukanlah peminat sukan. bola sepak langsung tak layan. kenal david beckham, ronaldinho dgn ronaldo je.tapi kalau badminton, ya, saya suka badminton.

saya ingat lagi thn 1992 dulu, saya darjah 5. time tu tgk Piala Thomas dgn family di rumah. kakak dan kak ilah sedang mengandungkan Syaza dan Azzam. bila malaysia menang Piala Thomas, 1 rumah gegak gempita bila abg2 saya melompat. mmg seronok betul.

dan ketika tu, boleh katakan 1 kampung gila main badminton.

dan sekarang, saya harap sejarah tu akan berulang. walaupun kalah dgn Jepun, saya doakan semangat pemain Malaysia takkan luntur utk berdepan dgn Denmark ptg ni. teringin rasanya nak ke Bukit Jalil dan memberi sokongan (tanpa menunjukkan isyarat lucah kpd pemain bila pemain kalah. tak baiklah sapa buat mcm tu.)

tetaplah beri sokongan pd diorang. bak kata Chong Wei, tiada siapa masuk ke gelanggang untuk kalah..

Malaysia Boleh!!!!

Comments

elmo chemo said…
yela kak. dengan tekanan lagi time main tu. kalo kita jdi dorang mau gigil2 dah.
RieNa said…
semalam menang! seronok gila! ada baiknya dorang kalah dgn jepun, baru lah blajar dr kesilapan.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

:: perihal susu ::

Salam Terakhir ...