Monday, 31 May 2010

Ayahcik Nawal dah jd tunang org

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ingat tak saya pernah crita pasal abg kesayangan saya?


Sabtu lepas, dia telah bertunang dgn gadis kelate yg berasal dari Kota Jembal aka Kedai Lalat.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dgn baik. Makan pun sodap. Terkenang2 lg daging masak kicap yg super delicious dan ayam percik lazat yg direbutkan oleh saya dan kak long.

                                            
abg An sedang menatang dulang buah. Nawal dan Ayahnya mengusik ayahcik tak abis2.


                                      
Inilah tunang abg an. Namanya Zuraida. Umur muda dari saya, tapi saya tetap panggil dia kakak. hehehehe...


Ma sedang menyarungkan cincin kpd bakal menantunya, menantu ke 3 dr kelantan. :) saya dgn abg man je yg kawin org P.Pinang. :D


Bakal ayah mertua abg An sarungkan cincin.


Bergambar bersama sebahagian dari rombongan meminang. Ma nampak happy dok sebelah bakal menantu. :)



cewah..cewah..abg An nak kawen dah..semoga jodoh berpanjangan..amin...

tarikh pernikahan belum ditetapkan lagi. mungkin awal tahun depan. insya-allah.

4 hari di kelantan sgt menggembirakan. Mungkin  kerana suami sentiasa disisi. dah lama nak bercuti bersama suami. Alhamdulillah, Allah tunaikan.
tambah lg meriah dgn kakak sekeluarga, sehingga kakak pulang ke KL ptg sabtu, kami dah mula terasa sunyi.
Pulang ke BM hari ahad dgn hati yg senang. (mungkin sedikit ralat dgn berita kak long hilang henset. sedih sedih..)

p/s : tak sempat bwk nawal ke PCB. masa sgt suntuk. itu pun masih ada saudara yg tak sempat diziarahi.
p/ss : kualiti kamera semakin buruk. nampak gaya mcm kena beli kamera baru. uwaa!! gambar byk yg tak elok. tak best tak best.

Wednesday, 26 May 2010

Tag dari JPJ. hahaha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

curik tag dr cik mar yg comel. sbb bosan tak ada kerja.

 1. Adakah anda mempunyai lesen memandu
  :: musti lah. lesen saya tamat pd 13/8/10 - just to remind myself.

2. Berapa lamakah pengalaman memandu anda
  :: start dpt lesen bila ye? nak kena check dgn Ilyia ni (sbb amik lesen sama2 dgn dia kat UKM dulu). saya mula memandu bila nak ambik lesen. dah 8-9 thn mcm tu kot.


3. Pengalaman pahit ketika memandu
 :: bila accident. ketar lutut aii..mujur tak teruk.
 
4. Pengalaman manis ketika memandu
:: sejak ada nawal sbg co-pilot saya, setiap kali memandu adalah sgt sweet. bila dia membebel2 
   time saya memandu. sweet ohh~!!
 
5. 3 tabiat ketika memandu
   1. tak suka pakai seatbelt. nampak polis/JPJ baru kelam kabut.hehe
   2. kalau pasang radio mesti nak kuat2. ada anak je jd behave sikit.
   3. pegang stereng sebelah tgn. mcm lah hebat sgt.piirah!
 
6. 3 pantang time memandu
   1. pemandu lembab tp duduk lane kanan.
    2. memandu sambil bercinta. bwk kereta mcm siput. benci tau~!
   3. dok ikut belakang kereta saya rapat2. bg can suh potong tak nak plak. tak suka betul!
 
7. Pernah terlibat dengan kemalangan?
  Pernah. berundur tak tgk belakang. hentam kereta waja org. masa tu baru sebulan dpt  
  lesen.lagi, terlanggar couple yg naik moto takda lampu.mlm gelap dgn hujan lg manalah ai  
  nampak. pdn muka dia. mujur tak cedera parah.
 
8. Mereka yang bertuah di tag.
barang siapa yg bosan tak ada kerja tp ada lesen memandu, tlg jwb tag ni. :)
 

menaip sambil minum kopi radix

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

esok saya cuti.
akan bertolak ke Kota Bharu pg2. Insya-allah.
Doakan perjalanan kami selamat sejahtera.

bakal bertemu kakak sekeluarga di sana.
sudah rindu sama kak long, kak nik, abg cik dan adik ili.
diorang pun rindu jugak, tp bkn rindu kat saya, tp rindu kat Nawal.
chait!

kereta dah siap. pagi ni abg aleh bwk gi servis tgk apa yg patut.
moga takde apa2.

semoga urusan kami Sabtu nanti dipermudahkan oleh Allah SWT.Amin.

di akhiri dengan gambar cik Aisyah Nawal.



Tuesday, 25 May 2010

MBA di UiTMPP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pengumuman!!

kepada mereka yg berminat.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi UiTM Shah Alam telah meluluskan program BM 771 MASTERS OF BUSINESS ADMINISTRATION (Executive) untuk dilaksanakan di Kampus UiTM Bukit Mertajam (PP) mulai Julai 2010. 

Pendaftaran telah dibuka sekarang dan boleh dicapai di laman web rasmi IPSis  dengan mencapai pautan "online application". Kelayakan adalah mempunyai ijazah sarjana muda dengan CGPA tidak kurang 2.80 serta mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2010 dan pendaftaran pelajar baru pada 19 Jun 2010. Kuliah akan bermula pada bulan Julai 2010 pada hari Sabtu 2.30 ptg hingga 6.30 petang dan hari ahad jam 9 pagi hingga 4 petang.

SELAMAT BELAJAR!!!

Monday, 24 May 2010

11 bulan, belum lg..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

11 bulan, Nawal belum boleh berjalan lagi lah..

Nawal sedang belajar berdiri dgn kaki sendiri (aka berdikari) tanpa bergantung pd benda lain.

rilex.. byk masa lg. ummi kasi peluang nawal ambil masa berapa lama nawal nak..ummi tahu nawal boleh buat.

berusahalah! (sambil genggam ke dua2 tgn dan angkat paras bahu.) 

nawal nak tolong tok ma mengemas rumah. tapi maaf lah tok ma, jd bersepah pulak. hehehe

 
tokma nawal yg nawal sayang..

 tgk..tgk..nawal dah boleh berdiri. paling lama 20 saat.

nawal tlg ummi menyapu..ummi pegang penyapu nawal pun sibuk nak menyapu jugak.

nawal pegi rumah pak njang, pak njang bwk nawal naik motor, taktaulah mcm mana, boleh pulak nawal terlelap masa atas moto.semua orang gelakkan nawal. heh!!!


dan bila tidor malam, tempat yg paling nawal suka..atas lengan ummi..

doakan nawal cepat boleh berjalan ya!!

Sunday, 23 May 2010

:: 2 tahun ::

Semenjak kau hadir dalam Hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu Hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama Cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan Bahagia
Hingga aku terasa Indah

Maaf jika ku tidak Sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
 Lagu : Yang Terindah by Dakmie (OST drama slot akasia - Adamaya)

230508, tarikh ini, 2 tahun lepas : ketika ayg sah jd menjadi milik abang.


   Semoga bahagia akan terus jadi milik kita, kekal hingga ke syurga..Amin...



Love Letter from WiddlyTinks.com

Friday, 21 May 2010

Lunch dgn kecintaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


tengah hari ni, seperti yg distatuskan dlm facebook, keluar lunch dgn manusia2 yg gelong tp saya sayang.

Sarah sedang bercuti skrg, lps exam thn pertama (MA di HUKM). Alhamdulillah, dia lulus exam. tahniah la weh, semoga terus lulus hingga tahun ke 4.amin!

kawan-kawan tumpang gembira ada org belanja.wee~!!

the doctors : Dr. Sarah di HUKM/HKL, Dr. Lisa di HSJ.

sahabat dunia akhirat. gelong tp sayang. C-Fah, Wani dan Sarah.

The sisters : ingat adik terangkat yg akad nikah bulan 3 hari tu? Inilah dia. nak pi honeymoon nanti sampai sebulan, jealousnyaa!

1 jam lebih mkn dan berbual, mcm 5 minit saja. tak sedar makanan dah abis, jam dah 2.15. alaa..tak puas gelak laa!

pg = pagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

selamat pagi!!

suatu malam, bersmses dgn abg tersayang (abg betul, bkn suami) :

abg man : bila nak p kelantan? ai dah lupa.

saya : plan nak p pg khamis mggu dpn. nak p ke tak?

abg man : p wat pe?

saya : nak p meminang utk abg an lah. lg mau tanya. ni xtau ke bt2 xtau?

abg man : kata p pg. abg an kelantan.

saya : kata p pg. abg an kelantan. - apa abg man ckp ni? x paham lah. ni tls msg sambil lena ka?

abg man : oo..sori..baca tutup mata, pg tu pagi, ingat pg tu penang. keh3..nak p la.

saya : eiii..bt pening je la..pg tu pagi, kalau penang org tulis png. haiyaa!!!

itu lah kan, kdg2 bahasa sms ni mengelirukan. sbb tu ada sesetgh org tak suka bersms, lebih baik call terus. kalau berckp di telefon tentu masalah di atas tak jd.

dan utk blog plak, kalau taip pakai bahasa sms, mmg saya jarang baca. penat!

Thursday, 20 May 2010

trend terkini tp..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

serba salah saya nak tulis ni. tp sbb byk sgt tgk org dok buat, konon2 cantik, tergerak hati saya utk tulis hal ini.
sama-sama lah kita ambil iktibar. yang baik jadikan tauladan, yg buruk buang dlm longkang.


Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikan.

(Riwayat Muslim).
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”


- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
(hadis saya copy dr blog ini dan ini. Tolong rujuk kitab utk lebih detail)

adakah tulisan berwarna merah itu merujuk kepada gaya tudung seperti ini?





maaf, gambar dr google. terus membawa ke capaian ini
(terima kasih tuan tanah).


wira calar balar bakal bertukaarrrr

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Bermula hari ni, saya guna kereta kancil abg an.
sbb wira abg aleh masuk workshop.
oh, bkn sbb accident ke apa..kereta tu kan calar balar yg parah,jd nak selamatkan dr jadi semakin parah, kereta tu perlu di mekapkan semula.kesian tgk bahagian calar tu dah mula berkarat.

syg ohh kereta walaupun bukan toyota rush.hihihihi

sebelum kita mampu utk beli kereta yg lebih baik, lebih baru, lebih mahal, sepatutnya kita menghargai apa yg ada dgn kita sekarang.
sebab tu saya pujuk suami utk repair apa yg patut pd kereta tu.
dgn ugutan, "kalau tak mau repair kereta tu, tlg beli toyota rush!"
hahahah! itu tipu saja.

tokei kedai cat kereta tu ckp hari rabu dpn baru siap. tak sabar mau tgk kereta calar tu bertukarrrr (baca dlm nada power rangers ckp 'bertukarr!!") jd kereta wira grey yg cantik berkilat mcm toyota rush  mcm yg baru. hahaha!!

(dah 3x sebut toyota rush.  nak kena betul riena ni. kena jumpa wani baru lps rindu dendam kat kereta rush.hohoho)

terima kasih abg an, sbb sudi pinjamkan kancil kat kami.
terima kasih suami, sbb izinkan kereta tu bertukar wajah.
terima kasih ma, sbb err..sbb..err..tanpa ma, siapalah anak ma ni.. .hehehe.

(tgk pd tajuk entry mcm lah nak beli kereta baru, pd hal belum mampu..hik hik hik)

Tuesday, 18 May 2010

2 tahun di Blogspot

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sudah 2 tahun sejak entry pertama saya di sini.
ada  505 entry sejak dari 16 Mei 2008.
banyak kenangan suka duka dicoretkan disini.
beserta gambar2 yg tentunya jarang benar saya hantar cuci di kedai. haha!

saya harap, saya mampu utk terus menulis di sini, di blog syok sendiri ini.
hohoho~!!

sayang isteri punya pasal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dialog jam 12 tgh malam.

isteri : abg, ayg minta maaf,birthday abg ayg tak bg hadiah apa2 pun kat abg..
suami : takpa..abg tak kisah pun..
isteri : tp kalau birthday ayg, ayg nak hadiah.
suami : mmg pun, tp takpa, selagi abg mampu bg, abg bg la.
isteri : err..abg, esok p rope walk tak?
suami : taktau lg, pasaipa?
isteri : kalau jumpa purse murah2 beli 1 kat ayg,purse ayg dah koyak.
suami : ok,insya-allah. tp lagi baik kalau ayg pilih sendiri,abg ni bkn reti sgt.nanti kita beli.
isteri : ok!

birthday isteri, isteri dapat hadiah. birthday suami, pun isteri yg akan dpt hadiah. hahaha!!



hadiah isteri ialah  pengertian, cinta dan kasih sayang yg tak berbelah bg ok!

Monday, 17 May 2010

LWOT part 2 and last.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tgk gambar je la ye. letih acik nak buat caption. setengah dr gambar saya dah letak dalam facebook.



cukup lah kot..banyak sgt ni. kang muntah pulak tgk byk2 gambar.hehe

kalau nak tgk gambar lg boleh ke blog kak ida.(tp kalau ada gambar yg sama maafkan lah ye..maklumlah, gambar saya tumpang kamera org.ngeh ngeh ngeh)

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...