Monday, 26 April 2010

:: cerita campur-campur ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kita totalkan semua cerita lah malas nak buat entry banyak2.
gambar kemudian2 nanti taruk.


cerita 1 : Kisah di Terengganu
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. perjalanan baik. kawan2 yg turut serta pun ok. sepanjang dalam innova tu payah nak lelap,ada saja cerita dari kak syimah, rizal, hidir, kak ida dan jugak driver kitorang,abg chot. mmg meriah.

sepanjang kursus, dapat berkenalan dgn ramai senior staffs uitm, mmg rasa bertuah join bengkel kesatuan kali nih.(thanx rizal sbb bawak adikmu ini), banyak pengalaman yg dpt dikongsi, cerita2, seronok sgt dapat berkongsi cerita dgn kakak2/abg2 'otai' uitm nih.

untuk kakitangan kerajaan, ada sesuatu yang bakal diumumkan pada 13 mei nanti semasa perhimpunan hari pekerja di Putrajaya. so tunggulah tarikh tu nanti. itulah yang diberitakan oleh Presiden CUEPACS, Tn Hj Omar Osman masa bengkel hari tu. apa agaknya??hmmmm.. ;)

gambar nanti saya upload. tunggu gambar2 dari kamera canggih Rizal.

cerita 2 : kisah Aisyah Nawal sepanjang kena tinggal.
mcm saya ckp, saya je yg poyo nak tinggal anak. sedangkan Nawal baik2 saja dlm jagaan ayahnya. masa duduk dgn Mak Lang (1st day) dia ok saja, masa duduk dgn Mak Tam(2nd day) pun dia ok saja. takde la nak menangis, nak buat peel pelik2. banyak jugak lah Nawal makan puji sepanjang 3 hari tu. saya cuma lafaz Alhamdulillah. cuma bila nak tidor malam dia agak gelisah, tapi masih tak menangis.Ayah Nawal kata dia mcm tercari2 sesuatu, tp akhirnya terlena bila yang dicarinya tak ketemu. kesian anak ummi..

(tidor malam nawal kebanyakan nya bermula di bawah ketiak saya. sekuat mana pun dia berguling2, berpusing2, tp akhirnya dia akan merapati badannya pd saya,dan terlelap di lengan saya. begitulah selalunya..sbb tu bila ummi takda, dia gelisah,mungkin mencari bau ketiak ummi. hahahah! busuk lah ummi ni..)

Alhamdulillah, ummi semakin yakin untuk meninggalkan Nawal nanti. Nawal anak yang baik. Nawal anak yang sentiasa membahagiakan dan menyenangkan hati ummi dan ayah..Amin...

Cerita 3 : Kisah Ayah dan penyakitnya.
Sekembalinya saya dari Terengganu pd khamis mlm jumaat jam 11 malam, keesokkannya  saya dan abg an bawa ayah saya ke Hospital Lam Wat EE (LWEH) di Penang. Mcm ni, ayah  menghidapi penyakit buah pinggang (berikutan dr kencing manis), sekarang sudah sampai stage perlu cuci darah @ Dialisis. jadi tujuan ke LWEH untuk jumpa doc, check samada ayah saya boleh dibuat pembedahan fistula (saluran di tgn untuk proses dialisis). dan kalau semua ok, boleh set appointment untuk pembedahan tu.

AKAN TETAPI, selepas pemeriksaan dan X-ray, doc mendapati urat tangan ayah sgt halus, dan TIDAK BOLEH  dibuat fistula. jadi doc mencadangkan ayah ke Hospital Besar PP (GH Penang) untuk buat pembedahan lain iaitu dengan memasang 1 alat lain di tgn ayah untuk menggantikan urat tgn ayah bg membolehkan proses dialisis dibuat. (kenapa saya rasa macam taip karangan SPM ni??)

walaupun keadaan ayah mcm tu, tapi dia masih boleh bertahan tanpa perlu buat dialisis. sbb ayah belum muntah2, belum pening2,bdn ayah tak bengkak2 sperti pesakit buah pinggang lain. darah ayah pun belum mencecah tahap kritikal untuk segera buat dialisis.

Kasihan ayah... sepanjang di LWEH dari jam 8.30 pg - 1.15 pm, ayah hanya duduk di kerusi roda dan termenung. sesekali abg an menyorongkan ayah ke tandas untuk buang air kecil. saya sesekali merenung ayah dari jauh, untuk mencari gerak rasa dan hati ayah, namun raut wajah tua ayah jelas menunjukkan ketenangannya.

balik dari hospital, ayah bersuara,"ayah tak mau lah buat benda tu. biaqlah ayah macam ni. ayah dah tua.." 

ya, air mata saya menitis ketika menaip ini.

buat adik-beradikku, cucu2 ayah, anak2 saudara ayah, atau sesiapa yang mengenali ayah, doakan kesejahteraan ayah saya, doakan kesembuhannya, amin ya robbalálamin..

tak mampu menaip lagi. kemudian2 lah.

4 comments:

Thara said...

syukur kak riena dah balik :) tiqah doakan ayah kak riena kembali sihat mcm dulu insyaallah.

RieNa said...

amin..thanx tiqah. :)

s.c.h.u.l.t said...

doa moga ayah kamu sihat dan diberikan kekuatan menempuh dugaanNYA

RieNa said...

amin..thanx syud. :)

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...