Wednesday, 7 April 2010

:: 1 hari dlm setahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ada 1 hari dlm setahun di mana saya akan diingat oleh ramai org.
ramai yg akan wish thru sms, facebook, YM dan depan mata.
seronok betul.

paling ramai dalam FB lah. sbb FB siapkan reminder kan..
bagus betul ada FB nih.
terima kasih semua yg wish utk saya dan doakan saya.
walaupun saya tak dpt reply satu2 sbb kat opis kena block,
saya tetap hargai kalian.

dan ramai yg wish melalui entry blog ni yg di'link'kan ke FB.
entry kat sini kurang komen, entry di FB plak yg byk komen.
tak kisahlah,bendanya sama saja.

en suami hadiahkan apa?
last year dia hadiahkan handbag, tp saya simpan senyap2 je dlm almari.
dan tahun ni dia tak belikan apa2, dia cuma tanya saya nak apa.
saya bgtau saya nak sebuah Toyota Rush sebiji helmet.
sbb saya dah mula merempit ke tempat kerja.
saya mmg isteri yg baik, meminta sesuatu yg betul2 berguna. ;)
dan semalam dia bawa pulang helmet baru kaler hitam mcm kesatria baja hitam.
terima kasih, yang!

Nawal pulak hadiahkan saya dgn berjaga dari jam 3 pg sampai 6 pg.
agaknya dia nak ucapkan sesuatu utk saya,tp tak tau caranya.
jadi dia cuma memanjat saya kemudian ayahnya kemudian saya sampailah dia terlelap dibwh ketiak saya.
oh anak ummi, u're so sweet..

dalam banyak2 ucapan dan doa, tentu doa dari ma dan kakak paling buat saya tersentuh.
selalunya begitulah.
tiada siapa lg yg bleh rampas kedudukan mereka yg sgt pandai buat saya nangis pd hari lahir.

dan seperti tahun lepas, saya akan tulis balik SMS yg saya terima sepanjang 6 April :

1. happy birthday na, moga bahagia selalu.. - Pizah
2. salam, weh aku nak tidoq dah, x larat tunggu kui 12. hepi early besday my gud fren, moga sejahtera dunia akhirat insya-allah - Sarah sofian
3. slmt hari lahir utk achik! semoga dimurahkan rezeki,sehat sejahtera dan bahagia selalu disamping keluarga terchenta..amin! - Wani
4. happy birthday achik! - Syaza
5. happy birthday achik!- Ifah
6. salam, sempena hari lahirmu, kakak dan abg pi mendoakan semoga Ina sentiasa bahagia,gembira,diluaskan rezekii dan dipelihara oleh Allah sentiasa. Semoga Allah himpunkan kita bersamadalam syurgaNya. amin. - Kakak dan abg Pi.
7. Salam, happy birthday na. semoga sentiasa diberkati Allah . - Arn
8. Salam, happy birthday. semoga berbahagia selalu. tahun dpn kita akan meninggalkan angka 2 di dpn.huhu - Ilyia (iya kan. thn dpn dah 30. uwaa!!)
9. salam ina, selamat menyambut hari lahir, semoga dicurahi rahmat buat ina dan dikurniakan kebahagian dan rahmat sepanjang hayat..Amin - kak ilah kakak iparku
10. happy birthday buat ummi aisyah nawal. moga diberi ketenangan dan dimurahkan rezeki dan kesihatan terjamin. Amin! - Abg Man
11. Salam riena, selamat hari lahir, moga panjang umo,murah rezeki dan berjaya turunkan berat bdn.. - Jie (woha!)
12. Epi besday, sori lambat - Abg Lan.
13. salam sis, hepi birthday,luv ya! -  Una
14. salam na, mira terlepas bday na semalam. masih belum terlambat utk mendoakan buat Na, moga Allah berkati usiamu,moga Allah mudahkan segala urusanmu, murahkan rezekimu, berikan kebahagiaan dunia & akhirat utkmu dan keluargamu. moga anak dan bakal anak2 kelak akan jd insan soleh wamusleh..moga bahagia bersama suami tersyg sampai bila2,InsyaAllah.dinaungi dgn rahmat dan kasih sygNya..amin! - sumira (amin amin amin!)

 buat adik2, Dayah dan Lisa, terima kasih sudi call dan nyanyikan happy birthday. terharu!

bunya yang diberi oleh Ubie atas paksaan. haha! (akceli dia tanya saya, kat mana jual bunga fresh,dia nak beli kat awek kot, so saya kata beli kat saya sekuntum, tak sangka dia nak beli betul2.thanx Ubie!! sampai jeles abih kakak2 lain kat opis nih.hahaha!)


Digital kad dari rakan sekerja (terima kasih Lan!)

seronok sambut hari lahir, sbb akan dpt doa yg banyak. itu yg paling berharga dari hadiah.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...