Posts

Showing posts from April, 2010

Patah tumbuh hilang berganti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam, kena dengar ceramah pendek dr ustaz salleh, gara2 terjatuhkan handphone pemberiannya. huhu
dia tak marah, cuma nasihat agar kejadian sama tak berulang.
dahlah telepon mahal. huhu
mujur jugak, abg aleh keluarkan memori kad dr hp tu 2 mlm lepas, jadik sempatlah selamatkan gambar2 nawal dan video2nya yg beratus tu. kalau tak, mmg saya menangis la semalam.

itu yg boleh rilex je bila sedar telefon dah hilang, sbb ingat yg memori kad nya ada pd abg aleh. lega rasanya.

sekarang, dah ada telefon yang lain, bukan yang baru, bukan yg canggih. biasa2 sj. boleh lah utk sementara.
(padan muka dah tak pakai hendset cantik.huhuhu)

jadi, pd kwn2, sanak saudara, tlg sms saya no kalian ya. saya masih pakai no yg sama.

ya, patah tumbuh hilang berganti, walaupun yg hilang itu gading, skrg pakai tanduk saja. uwaa~!!

hilang!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tgh sedih ni. takut pun ada jugak..


handphone kesayangan yang dihadiahkan suami thn lepas hilang..
terjatuh masa naik moto td agaknya..

saya letak dlm poket jaket, lps tu lalu di jalan yang tgh dibaiki. naik motor dah mcm naik kuda td.
rasanya jatuh kat situ lah..

abislah tepon kesayangan ai..huwaaaa~!!!!

kawan2, tlg emel no anda kat saya ya : arienaz@yahoo.com

Gambars di Dungun, Terengganu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semua ni gambar2 dari kamera canggih Rizal.

singgah minum petang di pantai Kelulut, Marang (kedai 008) saya sedang sibuk SMS suami.

 Day 1  Berdiri dari kiri : M.Rizal, Hidir. Duduk dari kiri : Kak Syimah, K ida, sapa lg tuan punya blog lah.
 Tn Hj Omar Osman, Presiden CUEPACS dan Saudara Zulkiflie , Pengerusi KKUUiTM Malaysia

Kumpulan saya terpilih sebagai kumpulan terbaik. caya lah!!

Kumpulan 1@ UiTM, best best!


dan gambar kumpulan lagi. 
 ini bas yg ada kat kuala terengganu. pelik kan bas ni? tp unik!

ok, seterusnya gambar2 dari kamera yang tak canggih, kamera digital saya. huhuhu

my breakfast. diet apakah mcm ni??


 pantai Dungun, bertentangan dgn Hotel UiTM Terengganu, cantik tapi sayang tak boleh mandi. :((
 dan ini lah bas unik tu.


ok, dah abis. :)


Manusia ni kadang2 tak bersyukur.

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya jumpa artikel ni ketika 'merayau-rayau' di alam cyber.
moga bermanfaat untuk dikongsi bersama. Insya-Allah.

link : http://www.oyak.net/forum/index.php?topic=690.0

Jangan berkira tambang haji « on: May 25, 2009, 01:12:59 PM »

Stokin itu letaknya di kaki

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pagi ni, sedang saya bersiap2 untuk ke tempat kerja.
saya letakkan handbag, botol air, kunci kereta dan stokin setempat.
Nawal terus merayap ke arah brg2 tu,mcm biasa, cubaan untuk tolong 'mengemas'.
dia capai stokin, dan saya menanti untuk tgk apa yang dia nak buat.

dia nak masukkan stokin ke dlm mulut kah?
dia nak baling stokin tu mcm selalu dia baling brg lain kah?
dia nak beri stokin itu pd ayah nya kah?
dan kah kah yang lain.

guess what.
nawal ambil stokin dan letakkan di kaki.
berusaha untuk masukkan kakinya ke dlm stokin warna coklat ummi.
tapi tak berdaya.

syabbas bete!!
anak ummi pintar dan jugak adil .

p/s : Adil = meletakkan sesuatu kena pd tempatnya.
p/ss : stokin tu stokin fresh sudah basuh ya,bukan stokin dah dipakai. hehehe

Award Blogger yang gojes

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dalam dunia blogging, passing award atau tag atau survey around bloggers adalah benda biasa. sesetgh bloggers layan je, sesetgh lagi mungkin tak endah.

saya pulak, bergantung pd keadaan, kalau ada masa, mood tgh rajin, saya layan aje. seronok jugak. sbg menghargai org yang ingat kat kita.
tapi kalau dtg mood malasss, atau sebuk, mungkin tak sempat nak layan jgk.
it's depends.

dan hari ini saya terima award dr kak ida, agaknya kak ida je blogger yang ingat saya. hehe
 trima kasih kak ida, kida pun gojes jugak.hehehehe


 kalau dapat bunga betul2 sejambak mcm ni, seronok jugak.. :)

dan saya passing award ini kepada semua pembaca blog saya. anda gorgeous pd mata dan hati saya. :)

cerita Ikhlas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kata pepatah ; IKHLAS itu seperti semut hitam yang merayap di atas batu hitam di dalam gua yang gelap. jadi, siapa yang boleh nampak semut tu?hanya Allah yang tahu..Subhanallah.


Kisah dari emel, saya cuma fwd. sumber tidak diketahui.kredit kepada pengarang.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

                  Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-a…

Nawal @ 10 months

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

23/4 - nawal genap 10 bulan.
sekarang ni macam2 gelagat dia yang buat hari2 saya sgt ceria.

:: kalau nyanyi pok amai2 amai, laju je dia bertepuk tangan.
:: pandai melambai @ bye bye
:: kalau  suruh dia tahan bas, "hooopppp!!" dia akan angkat tgn ke depan, mcm tahan bas.
:: "siapa nama Aisyah Nawal, angkat tgn!" - dia angkat tgn ke atas. kalau mood baik sgt,2-2 tgn sekali dia angkat.
:: kalau zikir subhanallah,alhamdulillah,wa lailahaillallah..kdg2 dia tepuk,kdg2 dia goyang bdn ke depan dan belakang.
:: pandai main cikuu cakkk!
:: pandai main wa wa wa wa bulan!
:: main2 cok cok pin awal2 lg dia tutup ketiak, geli nanti kena geletek.
:: pandai main sep! (mcm give me 5 tu..)
(semua ala-ala kampung punya, anak saya mmg budak kampung, dan saya bangga dgn itu. hahaha)
:: nampak gaya mcm lambat lg boleh berjalan, sbb tapak kaki dia kecik, masih tak stabil kalau berdiri.
:: memanjat, berdiri sebelah kaki mmg kep…

:: cerita campur-campur ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kita totalkan semua cerita lah malas nak buat entry banyak2.
gambar kemudian2 nanti taruk.


cerita 1 : Kisah di Terengganu
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. perjalanan baik. kawan2 yg turut serta pun ok. sepanjang dalam innova tu payah nak lelap,ada saja cerita dari kak syimah, rizal, hidir, kak ida dan jugak driver kitorang,abg chot. mmg meriah.

sepanjang kursus, dapat berkenalan dgn ramai senior staffs uitm, mmg rasa bertuah join bengkel kesatuan kali nih.(thanx rizal sbb bawak adikmu ini), banyak pengalaman yg dpt dikongsi, cerita2, seronok sgt dapat berkongsi cerita dgn kakak2/abg2 'otai' uitm nih.

untuk kakitangan kerajaan, ada sesuatu yang bakal diumumkan pada 13 mei nanti semasa perhimpunan hari pekerja di Putrajaya. so tunggulah tarikh tu nanti. itulah yang diberitakan oleh Presiden CUEPACS, Tn Hj Omar Osman masa bengkel hari tu. apa agaknya??hmmmm.. ;)

gambar nanti saya upload. tunggu gambar2 dari kamera c…

:: cerita2 akan ditangguhkan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baru masuk kerja hari ni. kerja petang pulak tu.

ada banyak cerita.
ada banyak gambar.
taktau nak update yang mana dulu.


oleh itu,
sila tunggu sebentar.

:)

:: tetap bertahan ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ummi dah pergi tinggalkan nawal. 
sedih. T_______T

takpe sayang, 3 hari je. khamis malam nanti insya-allah, ummi balik ye sayang...
jaga diri baik-baik.
jaga ayah baik-baik.
ummi sayang kalian...

Kini tiba saatnya kupergi
Kumohon jangan tangisi walau perih
Suatu saat nanti untukmu disini
Ku akan kembali…

Cobalah tetap bertahan Untukku
Dan coba terus bertahan menantiku
Sampai hari nanti sampai ku kembali


- Tetap Bertahan, by Wali Band.


3 hari yang sarat dgn kerinduan...


:: tak sihat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ummi demam. belum tinggal Nawal lg, ummi dah rasa tak sihat.

Esok, akan tiba jua.

Tag 5-FIVE-KHAMSAH

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

udah2 lah tgk gambar baby tu, sadis menyayat hati betul. moga pelakunya insaf.

ok, terima kaseh kakak ida sbb bg award teddy bear yg comels ni. riena kan mmg suka kena tag. ngee~!!


Sekarang kita tengok syarat-syarat nak dapat bear comel seperti di atas.
Syarat-syaratnya:
:: Copy award ni macam dapat Grammy Award. - siap.
:: Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni. - saya panggil dia kida.hehe
:: Tajuk post korang mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH - (tp pasaipa k ida punya tajuk takde pun?haa..haaa..)

1- FIVE name that people call you      1. riena      2. ummi      3. achik      4. na      5. maksu
2- FIVE important dates in your life     1. 3/1/07 - start keja gomen.     2. 17/5 - hubby's bday     3. 25/8 - ma's bday     4. 23/6 - nawal's bday     5. 23/5 - anniversary

3- FIVE things that you done yesterday     1. makan      2.  tidor.      3. jamban      4. driving      5. masak nasik :)
4- FIVE ways to be happy  …

:: menangis di pagi Jumaat ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

terima emel di pagi hari.
lantas air mata berjuraian.
hampir teresak2.


kenapa sanggup buat mcm ni pd anak ni? apa salah dia?? apa dosa dia?walaupun saya tak tahu dia anak siapa, apa kes sebenarnya, tp dgn gambar ini, dah cukup utk membuat hati sesiapa pun bagai disiat2.
langsung ingatan terbang pd Nawal, semalam dia digigit nyamuk, pun dah buat saya rasa bersalah kerana terlepas pandang.

pada anak ini, ummi pasti kamu  akan berbahagia di syurga Nya..


perkahwinan Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kalau dulu, saya letak gambar2 perkahwinan anak lelakianwar ibrahim, hit blog saya naik skiit.

kali ni try letak gambar perkahwinan umie aida dgn datuk paduka khairuddin. kita tgk nanti mcm mana.

(umie aida sgt cantik. pasal baju dia jgn ckplah, seksi! )

sori, pic tunggang langgang. malas nak edit. :D



:: duta Kedai Jahit Amy ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Nawal sangat bertuah, sebab ada nenek a.k.a Tok Ma yang pandai menjahit. Tok ma nawal dah menjahit sejak umur 14 thn, sekarang tok ma dah 61 tahun. punya lah lama tok ma menjahit. kesian tok ma. tangan tok ma dah bengkak sbb selalu pegang gunting.
mata tok ma pun dah letih bila menjahit. sebenarnya tok ma dah tak berapa nampak bila nak menjahit atau menggunting, tp sebab pengalaman tok ma yang lebih 40 tahun tu, tok ma dah boleh agak-agak je nak gunting kat mana, nak jahit kat mana. kiranya mmg otai habislah.
kedai jahit tok ma kat Mara BM tu pun dah lama tok ma sewa, dah 30 tahun..lama betul~!!

sayangnya, ummi nawal tak pandai menjahit. walaupun dah berkali-kali ummi nawal belajar menjahit dgn tok ma. tp masih tak pandai2. ummi tahu tulis blog je. jahit baju tak pandai. hehe.
ini baju nawal yang pertama tok ma jahitkan.  cantik kan?
  ini baju kedua. 2-2 guna kain cotton yg lembut, tak panas dan serap air.


dan ini baju ke 3, selua…

:: cerita panas!! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah 2 hari library takde aircond.
panas siot!
ada kipas pun masing2 berebut mcm budak2..
kesian budak2 ni masuk library lps tu berkipas dgn buku masing2.

semalam nawal bangun nangis2, pukul 3 pagi. bg susu tak nak, bg puting dia baling.
wah,bleh tahan ganas jugak anak dara ai.
puas dipujuk,didukung tak jalan jugak.
last2 ayahnya basahkan bdn, baru senyap sikit. letak atas tilam merengek2, letak atas tikar buluh baru diam.
agaknya dia panas, tidor atas tikar tu sejuk sikit.
haih,mcm2 lah. tu pun kira ummi tidorkan dia dengan tak berbaju. agaknya kalau pakai baju lg kuat dia mengamuk.

itu baru panas dunia. akhirat tak rasa lagi. alahai.

sekian, cerita panas hari ini. hehehe~!!


:: Love is forever .. ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
sesapa pun, kalau bercinta, mesti berharap supaya cinta kekal selamanya. kalau boleh, hingga ke syurga.  2,3 hari lepas, baca blog my good friend, tok and pah nya are so sweet. loving each other till now. tersentuh hati saya.
dan semalam, dapat emel dari farah, pun buat saya touching jugak. meh lah kita tgk apa yg buat saya tersentuh sangat.
one old man, walking slowly to the ward.

he wants to meet his lovely wife..
korang tgk lah sendiri. the pictures tell us a lot.
yeah, their love last forever. till the end. walaupun dah berkedut seribu, namun cinta masih abadi. walaupun dah tak larat, namun masih berusaha utk membahagiakan diri masing2.
saya berdoa, moga saya dan suami mampu untuk jd seperti ini. love is forever..