Friday, 12 March 2010

:: sampai bila agaknya..? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam dia pulang, jam menghampiri 11.15 mlm.
dia terus berbaring sebelah anaknya yg sedang lena tidurnya.
sambil diusap2 wajah kecil itu, dia berkata sesuatu.

saya kurang jelas, sbb saya pun tgh mamai time tu.

entah berapa lama dia membelek anaknya tidur, saya tak pasti.

Subuh ini, dia ke masjid, anaknya belum bangun.
Bila dia pulang, anaknya sambut dgn sengih sengih sengih dan hulur tangan minta di dukung.
dia tukarkan lampin, basuh muka anaknya dan bermain2 sementara saya bersiap.

dan pagi ini, sebelum Nawal dan saya berangkat ke rumah mak lang dan ke tempat kerja,
berkatalah si ayah kepada anaknya,

" ayah minta maaf sayang..ayah tak sempat main dgn Nawal lama-lama."

sayu hati saya. Nawal pulak sengih sengih saja, mcm biasa.

saya harap keadaan ini tak lama. ya abang?

1 comment:

enjelinajolipit said...

tak lama la. sampai kapal selam mesia bole digunakan, abg balik la. hikhik

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...