Friday, 5 March 2010

:: mari cikgu nak ajar ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, akhirnya proses untuk mengeluarkan wang simpanan di KWSP selesai sudah. dah lama menantikan saat2 ni. tercapai juga akhirnya. dgn tempoh confirm jawatan tak sampai 3 tahun, cepat lah dpt buat urusan nih.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memohon (pastikan anda dah pilih skim berpencen, kalau tak jgn harap lah dpt kuarkan duit KWSP nih.) untuk pengeluaran wang KWSP ini ialah :

1. isi borang pengeluaran KWSP 9J (AHL) - boleh download dr web KWSP
2. surat pengesahan ke dalam perkhidmatan oleh jabatan.
3. surat kelulusan pemberian taraf berpencen dr JPA
4. surat pemberian taraf pekerja berpencen dr jabatan.
5. surat tawaran kerja dan surat akuan dr jabatan
6. 1 salinan kad pengenalan
7. 1 salinan penyata bank @ muka dpn buku bank.

lps isi borang, sign dari majikan, salinan surat,ic,bank semua dah disahkan, bolehlah hantar ke pejabat KWSP yg berdekatan. kita tgklah berapa lama masa yg di ambil utk dia kreditkan duit kwsp kita ke dlm akaun kita. kawan saya hari tu seminggu je.pantas! pegawai KWSP tu ckp kat saya, dlm masa 3 minggu. kalau 3 minggu dah duit tak masuk lg, dtg pej kwsp balik.

saya puji perkhidmatan di pejabat KWSP Seberang Jaya. 5/5 bintang saya kasi ok!

saya tak dpt guna duit tu, itu khas utk urusan saya bulan 10 @ 11 nanti. moga Allah permudahkan segalanya..amin...

2 comments:

enjelinajolipit said...

baru nak dftar dgn kwsp. camno nak withdraw?

RieNa said...

ceh! tunggu 50 thn lg baru boleh. hahaha

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...